Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

August 29th, 2008 at 12:21 pm

Psikologi Kemakmuran: Bagaimana dengan ikon ini pula?

Kalau semalam saya kongsi salah satu rahsia untuk mencapai kejayaan. Hari ini saya ingin membuka satu lagi rahsia yang telah digunakan oleh ramai individu yang telah mencapai kemakmuran di bumi Allah swt ini.

Ikon yang saya sisipkan gambar di belah ini sudah dikepung oleh pesaing-pesaing politiknya dalam PRU yang lepas. Penggal pemerintahannya di Kelantan yang lepas juga hanya di hujung tanduk (hanya kelebihan satu kerusi DUN sahaja). Di awal pemerintahannya 18 tahun dahulu, beliau diserang seolah kerajaannya jatuh dalam masa tak sampai 100 hari. Tetapi makin ditekan, makin di sanjung ikon ini. Makin diganyah makin kuat sokongan buat insan ini.

Musuh politiknya sudah “angkat tangan” menyerah kalah. Tak lain dan tak bukan…kunci kejayaan beliau adalah REDHA dan PASRAH pada Penguasa Alam Semesta ini. “Dari pada Allah kita datang …kepada Allah jua kita kembali”.

Inilah falsafah atau prinsip kemakmuran yang mula disedari oleh pencari-pencari kemakmuran di Barat sekarang ini. Mereka menyebut “let go”. Ada yang panggil “to release”. Dan ada yang menyebut “give back” kepada “universe”. Tetapi maksudnya adalah “BERSERAH” dan “MENYERAHKAN” kembali apa yang telah kita buat kepada Tuhan Yang Maha Esa. Sehebat-hebat manusia, kta hanya makhluk yang lemah di sisi Allah swt.

Cuba anda surf di google perkataan ini “letting go” atau “let go”. Nescaya muncul puluhan web atau buku yang ditulis oleh penulis barat kebelakangan ini dan dibahaskan serta diajar dalam kebanyakan workshop atau bengkel pembangunan diri. Inilah yang dipanggil gelombang SPIRITUAL QUATION (SQ) atau kecerdasan kerohanian.

Islam telah mengajar penganutnya dengan doa, munajat, solat hajat dan solah istiqarah.Belum lagi dengan tahajudnya. Ini semua adalah kunci mencapai kemakmuran. Selepas kita berusaha, kita patut berserah. Baik dalam soal kejayaan, kekayaan, kebahagiaan dan sebagainya. Bila kita IKHLAS berserah…Insha Allah, apa yang kita lalui akan dipermudahkan dan dimakbulkan walau kita sukar mahu mempercayainya.

Wallahu Alam…

AMAR MAHMOOD

1
  • 1

    nice pic …..

    dagangputra on August 29th, 2008

 

RSS feed for comments on this post | TrackBack URI