Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

August 31st, 2008 at 7:47 am

Salam Kemerdekaan dan Selamat Menyambut Ramadhan..

Buat semua rakan taulan, teman-teman dan pembaca blog yang dikasihi. Saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan. Sesungguhnya kemerdekaan itu bukan setakat apa yang kita fahami hari ini. Tetapi kemerdekaan yang sering dilupakan adalah perjuangan kita mencapai kemerdekaaan diri. MERDEKA dari fizikalnya, MERDEKA dari mentalnya, MERDEKA dari emosinya dan MERDEKA dari kerohaniannya. Kalau nak huraikan nanti jadi panjang.

Maka kedatangan RAMADHAN yang mulia ini bersamaan kita menyambut hari kemerdekaaan yang ke 51 ini boleh menjadi masa yang baik untuk kita bermuhasabah diri dengan melihat samada kita benar sudah MENIKMATI merdeka jiwa yang benar.  Adakah kita sudah bebas dan menjadi tuan pada tubuh badan ini atau kita masih “terikat” (atau terjajah) dengan pelbagai anasir-anasir “ghaib” yang ada dalam diri kita.

Muga Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk sepanjang kita menjalani IBADAT PUASA ini.

Selamat Menjalani Ibadat Puasa!

AMAR MAHMOOD

7
  • 1

    SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG PENUH BERKAT INI,COACH!!!!

    SOHAINA on August 31st, 2008
  • 2

    Selamat kembali buat anda Sohaina. Moga dipermudahkan menjalankan ibadat puasa tahun ini :)

    Amar Mahmood on August 31st, 2008
  • 3

    ya..ya.. slamat berpose buat coach jugak..moga kita sentiasa dibwh lembayung barakah salamah dariNYA

    izumie on September 1st, 2008
  • 4

    ameen…

    eilanur on September 1st, 2008
  • 5

    Puasa memberi peluang kepada kita untuk merehatkan tubuh dan dissasociate dari keperluan badan yang biasa seperti makan, minum dan lain-2 nikmat yang dilarang ketika berpuasa. Supaya kita berfikir…

    NoorAza on September 2nd, 2008
  • 6

    Salam ramadhon master! Selamat berpuasa!

    hafiz on September 2nd, 2008
  • 7

    Terima kasih atas salam dan selamat. Moga kita diberkati dan diberi kesejahteraan dalam menjalani ibadat puasa.

    Amar Mahmood on September 2nd, 2008

 

RSS feed for comments on this post | TrackBack URI