Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

September 5th, 2008 at 2:56 pm

Ramadhan ESQ

Salam Ramadhan

Sempena Ramadhan al-Mubarak ini, renungkan sejenak MAKNA Ramadhan buat diri kita. Tafsiran kata Ramadhan yang berasal daripada ‘a l - Ra m a d a ‘ bermaksud sangat panas, manakala kata Ramadhan membawa maksud literal sebagai membakar segala dosa-dosa. Dalam erti kata lainnya bererti MEMBERSIHKAN DIRI dari segala kekotoran dosa (energi negatif).

Fakta: “Penyebab pelbagai penyakit fizikal atau psikologi negatif adalah kerana terganggunya aliran sistem energi tubuh.”

Dosa adalah pengistilahan dalam ilmu spiritual untuk merujuk kepada ENERGI NEGATIF atau tenaga yang merosakkan dan memudaratkan. Makna yang tersirat amat besar meliputi segenap aspek kehidupan samada bersifat fizikal mahupun psikologi. Dosa merupakan KOTORAN dalam sistem Bio-energi tubuh yang akan menghasilkan HAMBATAN ENERGI (energy blockage). Jika terbiar tidak dibersihkan atau dicuci, akan merebak umpama virus seterusnya membentuk sebuah kekuatan negatif yang akan menjadi MAGNET yang menarik lebih banyak kekotoran kepadanya. Ia juga akan menghalang ALIRAN ENERGI POSITIF yang secara fitrahnya diperlukan untuk menjaga keharmonian dan kesihatan tubuh fizikal & psikologikal (emosi, minda & roh). Walaupun erti DOSA tidak terikat penjelasannya sebagai energi negatif, namun dalam sudut psikologi energi; ia merupakan sebahagian dari kompenan untuk menguraikan maksud energi negatif ini dari sudut keagamaan.

Oleh kerana AGAMA merupakan aspek penting dalam pengolahan dan pembentukkan set kerohanian insan, maka definasi dosa sebagai energi yang negatif kepada sistem bio-energi manusia haruslah dilihat kepentingannya demi mencari penawar terhadapnya.

Selanjutnya KLIK DI SINI!

Oleh: Master Hazil

 

RSS feed for comments on this post | TrackBack URI