Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

September 9th, 2008 at 3:04 pm

Soalan dari Pembaca

Saya menerima satu soalan tentang artikel yang saya tulis di bawah artikel ini (Islam: Tersirat dan tersurat). Soalannya berkisar tentang perubahan tabiat mental dan sikap individu.

Seorang pembaca ingin tahu kenapakah seorang individu yang telah berpuasa cukup 30 hari tetapi masih mudah kembali kepada sikap (yang tidak baik/negatif) sebelum puasa pada hal perubahan kekal akan berlaku selepas tempoh 30 hari seperti kajian sains neuro yang saya sebut di artikel tersebut.

 Sebenarnya, jawapan mudahnya adalah ramai orang berpuasa hanya setakat melakukan apa yang disuruh oleh Allah swt. Mereka tidak MENGHAYATI MAKSUD yang tersurat dan tersirat di sebalik apa yang Allah swt wajibkan pada manusia.

“Tidaklah Allah swt itu menjadikan sesuatu pada manusia tanpa kebaikan disebaliknya?”

Kerana itu ramai orang yang berbuka puasa akan “berbuka” secara berlebih-lebihan. Ada yang berbuka dengan penuh pembaziran. Pada hal HIKMAH berpuasa adalah untuk merehatkan organ dalam tubuh manusia dan merasai kesusahan yang dihadapi oleh orang yang tidak berkemampuan menikmati kelimpahan makanan seperti kita.

Kenapa mereka lakukan bergitu?…JAwapannya , mereka tidak memahami dan menghayati HIKMAH yang tersurat dan yang tersirat. Mereka hanya mengikuti apa yang disuruh tetapi tidak belajar memahami INTInya (maksud hakikat dan maarifat).

Begitu juga dengan sikap manusia, PUASA adalah latihan mengubah tabiat mental dan tabiat fizikal manusia. Tetapi jika kita tidak menghayatinya, maka kita akan kembali kepada apa yang kita lakukan seperti sebelum bulan kita berpuasa.

Contoh lainnya yang kita boleh jadikan panduan adalah SOLAT. SOLAT itu secara hikmahnya (selain hikmah besar yang lain) adalah mengubah perjalanan kepada perjalanan yang LURUS (yang diredhai Allah swt). Tetapi kenapa masih ramai yang belum dapat mengubah perjalanan kehidupan walau kerap mendirikan SOLAT?

HAYATI HIKMAH di sebalik SOLAT itu. SOlat itu TERAPI DIRI yang hebat. KAjian terbaru menunjukkan SOLAT YANG KHUSYUK adalah pada gelombang minda Alpha-Theta. SOLAT yang tak khusyuk adalah pada gelombang Beta (asyik fikir pekara yang lain). Kerana itu, untuk mencapai KHUSYUK perlu FOKUS pada bacaan dan maksudnya. Seperti kita membuat meditasi untuk mencapai gelombang alpha-theta. KITA PERLU FOKUS pada SESUATU. Untuk mencapai alpha-theta, kita tidak boleh PAKSA. Ia adalah latihan. Sama seperti SOLAT. Untuk mencapai khusyuk tidak boleh dipaksa. Ia Perlukan latihan. Imam atau pendiri SOLAT perlu melagukan bacaan ayat di dalam SOLAT. KENAPA..? Hikmahnya, ia membawa minda lebih cepat pada gelombang alpha-theta atau minda separa sedar. Bukankan menyanyi atau irama berada pada otak yang kanan. Pintu pada gelombang minda separa sedar?

Jadi, kenapa ramai kita tidak berubah atau mencapai apa yang kita pohon semasa kita bersolat?

Adakah kita pada gelombang KHUSYUK atau pada gelombang BETA?

Fikirkanlah…

AMAR MAHMOOD 

1
  • 1

    Satu blog yang amat disenangi. Bagimanan dengan yang lain?

    Awang on October 2nd, 2008

 

RSS feed for comments on this post | TrackBack URI