Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

September 12th, 2008 at 8:56 pm

Apakah makanan yang baik untuk otak dan minda?

Apa yang kita makan boleh member impak pada kesihatan dan kekuatan mental kita. Tetapi, kurangnya kesedaran tentang pekara ini akan merugikan kita kerana kesan pemakanan ini akan menjejaskan prestasi otak dan minda dalam kehidupan kita setiap hari. Bagaimanapun saya akan member beberapa makanan sahaja.

  • Ikan adalah salah satu makanan yang baik untuk otak. Terutamanya ikan yang kaya dengan Omega-3.  Ia akan melancarkan peredaran darah melalui pembuluh darah ke otak. Selain itu terdapat beberapa lagi vitamin seperti EPA dan DHA yang ada pada ikan dapat memberi kesihatan dan pertumbuhan yang baik kepada otak dan seterusnya minda. 

Memandangkan, ikan yang dijual di pasar semakin banyak tercemar dengan bahan pengawet dan mungkin bagi yang sukar memasukan ikan dalam diet mereka, saya cadangkan anda mengambil minyak ikan (Fish Oil) yang banyak terdapat di pasaran. Pilih minyak ikan yang bermutu dan kaya dengan Omega 3. Ambil sesudu setiap pagi terutama baik anak-anak yang ingin ke sekolah dan mereka yang menggunakan banyak kekuatan otak dan minda di tempat kerja. Ia membantu meningkatkan daya focus, konsentrasi, kekuatan mental dan sebagainya.

  • 2.       Ambil Jus Blueberry.  Walaupun jus buah yang lain juga memberi kebaikan pada otak, tetapi Blueberry mempunyai nilai yang tinggi dalam meningkatkan kadar memori dan pertumbuhan otak. Kajian sains neuro mendapati pengambilan blueberry akan meningkatkan pertumbuhan sel otak di dalam hippocampus iaitu unit yang mengawal kekuatan memori individu. Ia juga mampu mengurangkan tahap penuaan pada otak.
  • 3.       Bayam dan Brocolli. Meningkatkan asid folic yang bertindak dalam pertumbuhan otak. Ia juga dapat mengawal keseimbangan kadar air di dalam darah. Kalau boleh dapatkan bayam organik. Makin bagus dan mantap!

 Itu sahaja . Nanti kita sambung lagi. Tapi ada orang cakap makan tempe juga bagus untuk otak. Nanti saya cuba “survey” dulu…

AMAR MAHMOOD

3
  • 1

    bagaimana dengan kismis?

    aurakaya on September 13th, 2008
  • 2

    Memang Kismis bagus untuk minda. Maaf tertinggal. Artikel ini sebenarnya ditulis saat menunggu berbuka semalam. Bila ingin tentang juadah berbuka teringat pulak makanan untuk otak. Nanti saya detailkan lagi artikel ini.

    Jika sesiapa ada maklumat tentang makanan baik ntuk otak boleh forwardkan sekali.

    Kongsi ilmu.

    Amar Mahmood on September 13th, 2008
  • 3

    Salam Amar,
    Wah! kalau hendak ikutkan banyak tu utk makanan otak dan minda, tak pe saya kongsi ilmu apa yang saya tahu. Kalau terdapat kesalahan betulkan ya.
    Memang benar makan tempe tu memang nya bagus kerana dia banyak lecithin. Lecithin penting kerana 30%otak manusia adalah lecithin. Ia juga adalah bahan mentah yang diperlukan untuk menghasilkan bahan dipanggil acethycholine. Ini penting untuk otak kerana ia berfungsi sebagai “gum”, pelekat dalam sel-sel otak. Jika boleh, berikan anak lecithin dalam bentuk capsule atau bijian/granules.
    Omega-3 didapati dari minyak ikan(bukan cod liver oil)dan beberapa jenis tumbuhan saperti flax seed. Omega-6 didapati dari Evening Primrose oil, soya, tempe, kuaci bunga matahari, wheat germ dan walnuts. Kita boleh juga gunakan supplements, Total EFA.
    Minum Tea contoh lipton tea atau lebeh bagus Green Tea kerana dia berperanan mencegah kerosakan sel oleh free radical. Inilah dinamakan antioxidant yg sangat diperlukan. Untuk vitamin A betacarotene yg terkandung dalam banyak buah buahan atau sayuran, terutama yg berwarna kuning atau oren, saperti labu merah carrot, mangga dan keledek, Ia juga boleh didapati dari yoghurt, telur, minyak masak,ikan, kacang.
    Mengikut Iman Al-Ghazali ada empat jenis makanan: kurma, madu lebah, minyak sapi dan emping padi amat baik untuk tenaga ingatan. Sabda Nabi SAW “Demi Allah yang aku dalam genggaman-NYA, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu didalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.”
    Wah! sebenarnya banyak lagi tak habis kalau hendak diceritakan. Tak pe saya berhenti disini dulu nanti masa mengizinkan sambung lagi. Akhir selamat menjalani ibadah puasa di bulan yg penuh barakah ini. Hingga ketemu lagi. Salam Semua.

    Rass on September 14th, 2008

 

RSS feed for comments on this post | TrackBack URI