Selepas kehadiran dua buah tangan karya Master Hazil Azran Ramli iaitu “Aura Penyembuhan Reiki” & “Aura Personaliti Warna”, kini hadir pula satu lagi buku dari Keluarga KAMK iaitu dari Saudara Fakhroll a.k.a Aurakaya.
Tahniah buat beliau atas kelahiran buku terjemahan beliau iaitu “Law of Attraction: HUKUM TARIKAN” tulisan Michael Loser.
![]()
Saya teringat saat kali pertama berkenalan dengan beliau di kursus KAMK yang pertama sekitar bulan Januari lepas. Beliau melahirkan impian untuk menulis dan menjadi seorang jurulatih dalam bidang ini. Tak sangka dalam tempoh lapan bulan, beliau telah berjaya mencapai impian menghasilkan sebuah buku walau dalam bentuk terjemahan.
Untuk pengetahuan anda, PTS Publication menetapkan standard yang tinggi bagi sesiapa yang berminat untuk menterjemahkan buku di sana (Anda perlu mengikuti kursus dan ujian bertulis sebelum layak menterjemah). Tambahan untuk menterjemahkan sebuah buku aliran sebegini, pasti ilmu dan pengetahuan yang tinggi amat diperlukan supaya penterjemahan itu nanti memenuhi maksud yang hendak disampaikan oleh penulis asal. Kalau tidak akan menjadi seperti penterjemahan filem-filem dvd yang sangat mengelikan hati kita jika kita mengikutinya.
Saya tahu beliau sedang dalam projek terjemahan terbaru. Moga buku “The Secret” nanti juga dapat beliau terjemahkan. Kalau sebelum ini beliau menjual buku orang lain di premis beliau, nampaknya beliau sudah ada modal untuk mempromosikan buku terjemahan tersebut di samping menberi kesedaran yang lebih luas tentang subjek ini di dalam masyarakat.
Jadi Aurakaya…ada satu lagi impian Tuan yang perlu dimanifestasikan iaitu menjadi seorang jurulatih pembangunan diri. Jadi bila lagi..?
Tahniah buat anda dan buat rakan-rakan…siapa pula selepas ini???
AMAR MAHMOOD


Tahniah aurakaya..
moga terus sukses
Tahniah saudara AuraKaya,
Semoga suadara bertambah maju dan berjaya.
Salam Ramadhan dan salam penuh keberkatan di bulan mulia ini. Terima kasih kepada anda semua kerana memberikan sokongan moral kepada saya. Semoga anda juga dapat memiliki apa yang anda impikan. Saya bersyukur kerana salah satu impian saya kini sudah hampir terlaksana.
Cuma impian yang coach Amar tanyakan itu (berkenaan untuk menceburi bidang coaching) saya kena banyak dapatkan tips dari coach Amar terlebih dulu kot.
Untuk pengetahuan semua, Coach Amar turut membantu saya memberi tips bagaimana untuk mula2 propose penerbit dahulu.
Semoga warga KA-MK yang lain turut sukses dalam apa jua bidang yang ingin anda inginkan. Nak tahu caranya kenalah baca buku tu..hehehehe..
Kepada semua para Alumni KA-MK yang berminat membeli buku ni direct melalui saya, insya-allah bolehlah saya berikan diskaun sket.
wah!!! HEBAT !!!
saya bangga…
tahnah aurakaya !!!!!
semoga terus berjaya dan berjaya..
Wah.. Edisi bahasa melayu.. mesti ramai yang akan membaca buku ini. Best-nyer !!!
Tahniah saudara AuraKaya.
harap2 gitulah.. thanks.
mudah-mudahan selepas ni kalau ada edisi cetakan ke-2 boleh la saya minta testimoni dari kengkawan untuk dimasukkan dlm buku tu.
Pada asalnya untuk edisi cetakan pertama ni pun saya bercadang nk minta testimoni dari coach Amar kita, tapi pihak penerbit beritahu supaya tunggu untuk cetakan kedua nanti baru mereka akan pertimbangkan untuk memuatkan testimoni para pembaca tempatan. Buat masa ni guna je testimoni omputih yg dh diterjemahkan..
Wah..bagus Aurakaya. Buku nie memang saya dah baca edisi Inggeris. Tapi saya tetap akan beli edisi Aurakaya.
Saya juga tak akan ketinggalan memiliki buku ini. Tahniah pd penulis Aurakaya.
Memamg kita kurang penulis2 dlm pertejemahan ilmu barat, tidak saperti Jepun dan China. Dimana penulis2 nya digalakkan menterjemahkan ilmu2 dari Barat. Hendak2 kata kata terminologi yg payah hendak difaham akan maksudnya. Sy pun dapati ramai kalangan blogger sebenarnya berkebolehan. Ada tu dalam rancangan utk penulisan karya mereka. Semoga mereka semua berjaya.