Dua hari lepas anak sulung saya bertanyakan tentang malam Lailatul kadar. Isha-nama panggilannya bertanya “Kenapa kita tidak diberitahu bilakah akan berlakunya malam Lailatul kadar?…Kan kalau kita tahu, bolehlah kita berdoa sepanjang malam tu.”
Saya hanya tersenyum dan menjawap; “Sebenarnya, malam tersebut sengaja dirahsiakan kerana mempunyai hikmah. Hikmah tersembunyinya adalah supaya kita mempergiatkan atau memperkuatkan ibadat dan amalan kita sepanjang 10 hari terakhir bulan ramadhan” Bukannya semakin sibuk dengan persiapan menyambut syawal.”
Anak saya yang berumur sembilan (9) tahun itu mengangguk dan terus tersenyum.
Itulah hikmah tersembunyi yang semakin hilang dan tidak difahami oleh kita. Jika kita melihat sekeliling kita; tampak sepuluh hari terakhir ini menjadi malam “bikin duit” atau malam buat kuih atau sebagainya untuk persiapan menyambut syawal. Bazar ramadhan dipanjangkan hingga menjejak ke subuh. Pusat membeli belah menlanjutkan tempuh operasi hariannya. Pesta-pesta jualan semakin penuh dengan manusia usai waktu berbuka puasa.
Hikmahnya sepuluh malam terakhir ini TAMPAK makin NIPIS dan KELAM. Saya termenung mengingati suara lembut tok guru saya atas pesan beliau itu.
Sebenarnya malam LAILATUL KADAR adalah satu malam metafizik yang penuh dengan rahsia dan hikmah. Seperti mana yang berlaku pada malam ISRA’ dan MIKRAJ. Islam sebenarnya penuh dengan isi yang TERSIRAT dan TERSURAT. Dari kalimah syahadatnya, solatnya, puasa dalam ramadhan, zakat fitrah hingga ibadat hajinya. Belum lagi kisah-kisah Nabi-Nabi yang banyak menceritakan kisah secara fizikalnya. tetapi mempunyai hikmah secara metafiziknya. Cuba ingat semula kisah bagaimana Rasulullah saw “dibedah” oleh Malaikat Jibrail untuk dibersihkan hati @ qalbunya.
Terlalu banyak pekara metafizik yang telah dikupas oleh ulama-ulama dan ahli –ahli pemikir Islam dahulu tetapi semakin dilupakan oleh kita. Malam Lailatul kadar akan terus menjadi malam yang penuh dengan rahsia misteri metafiziknya. Ia bukan untuk dicari-cari tetapi ia akan dibuka pada mereka yang layak. Hanya mereka yang dihijapkan akan dapat melihat malam rahsia itu.
Wallahu’ Alam…..
Amar Mahmood


Ya, ianya makin kelam ditelan oleh nilai ringgit yang bertahta dikalbu sesetengah manusia.
Senang hati ana membaca artikel2 sebegini, buat diri menjadi ‘ingat’.
Memang benar “Islam sebenarnya penuh dengan isi yang TERSIRAT dan TERSURAT. Kalau Rasulullah saw “dibedah” apa makna nya. Untuk ke tingkatan2 tertentu tak sebarangan hati dpt kesana. Aduh…sayu rasanya. Syukran artikel ini satu peringatan.
Salam coach..apa khabar…lama sungguh tak mencoretkan sesuatu..namun tetap jengah disini selalu…ke’busy’an hampir berakhir sudah ..tapi akan mula lagi episod ke’busy’an yang lain pulak hehe..alhamdulilah..baby baru (reiki i-medic - bio-energy theraphy centre) terlahir sudah di 10ramdhan terakhir ini..semoga adalah hikmah lailatul qadar yang menempiaskan cahaya hikmahnya pada usaha kami ini…boleh mula melawat kami di bangsar…cuma official launching akan dibuat lepas raya..dnt worry kami akan war2kan dan jemput coach..kena datang tau…
Salam buat semua. Dan salam kembali buat Nurul aka An-Nur.
Saya selalu juga jenguk blog Nur. Dan mengikuti perkembangan proses reiki i-medic. Saya dah cuba tinggalkan message dalam blog tersebut tetapi kerap tersangkut.
Anyway..insha Allah saya akan hadir jika diberitahu. Bolehlah buat healing sekali.
Tahniah dan moga sukses!
yeah..kak nur ( pelik le pulok panggey name ni ).. nanti kita same2 kasi healing sama itu coach amar ya !
hehehe..
Boleh saja coach..saya bagi tips baik punya…hahaha..(ni nak lawan tokey pulak ni)..gurau saja.. Maaf tak tau kenapa asyik bermasalah kat blog..demam berjangkit kot..takpa nanti kita heal ramai2…
si eilanur tu apa hal lak nak kena healing.. gatai kot nooo…hihi
Dia memang sengal.. ngeh ngeh..
ler pulak?
Saya ada dengar tentang kisah ni, secara pekiraan malam lailaturqadar blh di cari dengan di asingkan huruf2 hijariah tu. katanya dpt di bahagi dengan nombor 9 atau 3. cuba-cubala tengok.