Semua individu INGIN berjaya..

Alhamdulillah, semalam saya selesai mengendalikan satu program seminar anjuran Kerajaan Negeri Melaka. Seminar tersebut adalah Seminar Kecemerlangan & Peningkatan Taraf Hidup Peringkat Alor Gajah.

Program sehari ini mendedahkan saya dengan ratusan peserta yang hadir dengan keinginan membina dan menjana kecemerlangan di dalam hidup. Saya terharu kerana ramai juga yang berumur di dalam lingkangan 50 tahun. Rata-rata dengan pelbagai situasi kehidupan, pengalaman dan jerit perih kehidupan.

Saya hadir dengan perkongsian ilmu dan pengetahuan untuk mereka berubah dan berjaya.

Kalangan mereka adalah ibu tunggal, mereka yang mempunyai masalah di dalam kehidupan dan mempunyai keinginan tetapi tidak tahu bagaimana mahu ke depan.

Saya gembira kerana mendapat pengalaman berharga semasa berdepan dengan peserta. Tahniah buat INSPIM terutama kepada En Hafiz dan En Aznan yang banyak membantu.

Insya Allah, program seterusnya adalah peringkat Melaka Tengah akan dijayakan.

Saya akan memuat turunkan beberapa gambar buat koleksi di Blog ini.

Salam

One Response to “Semua individu INGIN berjaya..”

  1. saya juga ingin berjaya !!~~

Leave a Reply