AL QUDRAH Training Center
Zaman moden yang semakin kompleks dengan pelbagai isu-isu kehidupan yang dihadapi oleh setiap individu telah memberikan kesan yang besar kepada perubahan drastik di dalam bidang pembangunan diri di seluruh dunia. Jika dahulu pendekatan di dalam bidang ini hanya tertumpu kepada pembangunan ASPEK FIZIKAL seperti peningkatan imej diri, perubahan tingkah-laku dan fisiologi, mempelajari kemahiran dan perubahan diri melalui konsep motivasi. TETAPI hari ini pembangunan di dalam aspek yang lebih luas seperti aspek MENTAL, EMOSI dan SPIRITUAL atau KEROHANIAN semakin dititikberatkan. Maka istilah-istilah baru seperti Kecerdasan Emosi (Emotional Quotient-EQ), Kecerdasan Spiritual/Kerohanian (Spiritual Quotient-SQ), Pembangunan Mindset, Kekuatan Minda/Mental dan sebagainya sudah semakin berkembang dan menjadi pendekatan yang popular di negara-negara yang lebih maju di dalam bidang TRANSFORMASI DIRI ataupun PERUBAHAN DIRI ini.

Di Malaysia, aspek ini juga semakin difahami dan mula dijadikan sebutan oleh ramai pemimpin-peminpin negara terutama atas subjek pembangunan diri yang lebih menyeluruh. Malangnya, kebanyakan program latihan dan kursus yang dianjurkan di Malaysia dikendalikan oleh Speaker atau Motivator yang dijemput (diimport) dari negara luar seperti dari negara barat , Indonesia dan Singapura yang sudah tentu akan melibatkan kos yuran penyertaan yang lebih tinggi realitifnya.
Akibatnya, kebaikan dan keberkesanan pendekatan HOLISTIK ini tidak dapat dinikmati oleh sebahagian besar individu yang inginkan perubahan lantaran masalah kos dan kesukaran mendapatkan latihan sebegini di tempat mereka.
PUSAT PEMBANGUNAN INSAN : AL-QUDRAH Training & Consultancy
AL-QUDRAH Training & Consultancy (AL-QUDRAH) merupakan Pusat Pembangunan Insan/Diri yang mengkhusus di dalam BIDANG LATIHAN dan PERUNDINGAN di dalam subjek pembangunan diri atau juga lebih dikenali sebagai Modal Insan. Umumnya, pusat latihan ini (AL-QUDRAH) telah dibangunkan berdasarkan situasi perubahan suasana di dalam bidang ini di Malaysia.
Sila klik banner di bawah ini untuk ke Laman AL QUDRAH
AL-QUDRAH dibangunkan dengan konsep atau pendekatan HOLISTIK (menyeluruh) iaitu mengabungkan satu sistem latihan bersepadu kombinasi beberapa modaliti utama di dunia pembangunan diri dan saikologi moden seperti :-
- Pembangunan Minda/Mindset yang memberi penumpuan pada sistem kepercayaan seseorang individu berdasarkan modaliti seperti Neuro Lingkustik Programing (NLP), Hipnosis dan Sains Minda.
- Memperkasaan dan Mengoptimakan Kekuatan Minda dari modaliti seperti Silva Mind Method, Sub-Conscious Reframing/Repatterning, dan KUASA MINDA.
- Penekanan Prinsip-prinsip saikologi EQ dan SQ atau dikenali dengan Kecerdasan ESQ.
- Pendekatan Psikologi Energi dalam menghadapai kepelbagaian masalah saikologi moden.
Pusat Pembangunan Insan ini diasaskan oleh En. Amar Mahmood yang merupakan seorang Jurulatih, Juruterapi, Speaker dan Penulis yang membawakan pendekatan HOLISTIK di dalam kaedah latihan yang beliau kendalikan di bidang pembangunan diri ini.
Pusat latihan ini didirikan dengan inisiatif menyediakan satu alternatif kepada pendekatan modal insan yang sudah sedia ada dan menjadi tunjang pembangunan sha’siah pembangunan diri sebelum ini. Pusat latihan ini juga menawarkan satu alternatif package latihan yang lebih “localize” atau bersifat lebih mesra dengan situasi masyarakat Melayu khasnya dan Malaysia umumnya berbanding dengan penceramah yang didatangkan dari luar.
Sehingga hari ini AL-QUDRAH masih memberi penumpuan kepada pembangunan para pelajar dan remaja yang menjadi “foundation” atau asas kepada modal insan pada masa akan datang. Bagaimanapun, pusat ini akan menawarkan kepelbagaian jenis latihan yang pendekatan holistik pada kelompok yang lebih matang berdasarkan situasi dan keadaaan pada masa akan datang. Pusat ini juga sedia menawarkan kepakaran dan pengalaman kami ke luar negeri Melaka berdasarkan pemintaaan dan situasi dari masa ke semasa. Terutamanya berkaitan isu-isu perubahan diri, pembangunan minda dan pencapaian kecemerlangan di dalam kehidupan.
Kebanyakan kursus dan program latihan yang kami tawarkan adalah dibangunkan dan didesain berdasarkan pengalaman dan kepakaran jurulatih-jurulatih kami di dalam bidang ini.
Pihak kami amat berminat bekerjasama dengan Tuan/Puan samada di dalam kursus yang kami tawarkan atau untuk menganjurkan bengkel-bengkel di tempat Tuan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi menerusi email kepada :-
pusatlatihan_alqudrah.yahoo.com
Pusat Latihan ini beroperasi di alamat berikut :-
AL-QUDRAH Training & Consultancy (MA0137431-X)
81-1, Jalan TU 41 Taman Tasik Utama
Air Keroh, 75450
Melaka
Email: pusatlatihan_alqudrah@yahoo.com
Email: amar_sukses@yahoo.com

