Archive for the ‘Hukum Alam Semesta/Universal Law’ Category

Ilmu…

Tuesday, February 2nd, 2010

Jika kita rajin membaca dan mendengar berita di media-media utama, pasti kita ketahui ramai yang tertipu dengan pelbagai sistem yang berpandukan pada perkataan JUTAAN dan juga RIBUAN ringgit. Ramai yang berlumba-lumba memasuki sistem yang dikatakan akan membawa peserta ke dalam landasan menjadi seorang jutawan. Ribuan ringgit dilaburkan. Ada yang untung dan ramai yang rugi. Semua mahu KAYA.

Taukeh Ternak Lintah melarikan jutaan ringgit. Taukeh Ternak Ikan Keli menghilangkan diri. Banyak lagi taukeh atau pengumpul “duit tanpa lesen” ini melesapkan impian ribuan peseta mahu jadi KAYA. Luruh segala cita-cita dan juga harapan menggunung para perserta ini. Mereka menaruhkan risiko untuk mendapatkan sesuatu yang mereka percaya akan membantu mereka keluar dari kepompong kesusahan atau meraih hidup senang dengan cara “duit buat duit”

Selain itu, di merata bandar kita dapat melihta sendiri puluhan hingga ratusan pencuba nasib meneka nombor dengan harapan mendapat rezeki terpijak. Ada yang bertaruhkan beberapa ringgit, ada yang memperjudikan puluhan atau mungkin ratusan ringgit sehari. Harapannya??…mahu jadi KAYA… mahu dapat DUIT TERPIJAK.

Benarkah ini cara yang betul mahu hidup senang? Adakah ini cara yang digunakan oleh Syed Mokhtar, Ananda Krishna, Datuk Mustapa dan ramai lagi jutawan di Malaysia mencapai impian mereka? Berapa ramai yang benar-benar KAYA dan SUKSES dengan cara begini?

Sebenarnya, Orang yang menggunakan kaedah seperti yang disebutkan di atas adalah mereka yang berpegang pada prinsip HIDUP INI SEKADAR NASIB, HIDUP INI HANYA KEBETULAN, HIDUPAN INI ADALAH PERJUDIAN. Mereka tidak percaya atau tidak yakin mereka mempunyai KEMAMPUAN untuk mencorakkan kehidupan berdasarkan apa yang mereka mahu. Mereka HILANG KAWALAN ke atas kehidupan mereka sendiri. Mereka membiarkan hidup mereka bergerak ditiup oleh pergerakan alam. Untuk sabut timbul!

HIDUP adalah ILMU. ILMU itu penyuluh jalan merentas kehidupan kita. Mahu sukses adalah ilmu. Mahu KAYA juga adalah ilmu. Islam menekankan pembangunan AKAL dengan ILMU. WAJIB kita belajar. Apakah prinsip atau hukum untuk berjaya? Apakh rahsia dan prinsip untuk mencapai kekayaan?

Individu ramai yang membiarkan nasib menentukan takdir merkea. Walhal, Allah swt menekankan betapa manuia itu yang perlu menggbah nasib mereka.

Berapa ramai yang tahu kunci yang mencorakkan nasib mereka banyak di dalam diri mereka sendiri? Berapa ramai yang tahu apa peristiwa atau pengalaman yang mereka lalui adalah ditarik oleh diri mereka sendiri? Adakah mereka tahu betapa mereka mampu mengawal perjalanan kehidupan mereka dengan menggunakan kemampunan yang mereka miliki?

Inilah masalahnya. Ramai yang malas untk belajar mengubah kehidupan mereka. Mereka mahu kaya mudah tanpa ilmu. Kerana itu ramai yang tertipu.

Perbezaan ketara antara seorang yang gagal dengan individu yang sukses bukan pada paras rupa. Bukan juga pada tahap pendidikan. Bukan juga latar belajang kehidupan. Tetapi perbezaan yang paling ketara adalah ilmu yang dimiliki.

Ilmu itu kunci membangunkan potensi ayng dimiliki oleh seseorang insan.

WORKSHOP KUASA MINDA & ENERGI KEJAYAAN – FEB 2010

Saturday, January 23rd, 2010

Sukses adalah energi. Manusia yang SUKSES dikelilingi dengan energi atau AURA kejayaan. Samada kita sedar atau tidak, manusia berkomunikasi dengan alam (unconscious communication) untuk menghasilkan apa yang mereka lalui di dalam perjalanan kehidupan setiap hari.

Energi Diri atau AURA akan bertindakbalas dengan Energi Alam seperti Hukum Tarikan. Ini semua adalah FITRAH ciptaan Allah-Tuhan Pencipta Alam Semesta. Mana mampu kita menentang dan menongkah FITRAH yang telah dituliskan oleh-Nya.
Qada’ itu adalah hukum yang pasti. Mana mungkin api itu tidak panas. Seperti juga mana mungkin Matahari itu terbit dari Barat?.

Kerana itu adalah Hukum yang telah ditentukan oleh Sang Pencipta. TETAPI Tuhan Yang Esa mahu membuktikan Ke Esaan-Nya, Nabi Ibrahim as tidak terbakar oleh api kerana Qadar atau takdir yang hanya difahami oleh Allah swt. Begitu juga matahari yang diberitakan akan keluar dari Barat pada akhir zaman kerana membuktikan KUASA Yang MAHA Esa.

Hari ini, kita juga berdepan dengan pelbagai hukum alam yang berinteriksi berdasarkan KUASA ENERGI. Dengan memahami dan mengetahui hukum tersembunyi ini, Insya Allah Ilmu Kejayaan semakin terbuka buat kita semua.

Saya akan mengendalikan satu Workshop Holistik tentang sains Kejayaan yang merangkumi sains metafizik. Bagi yang sudah kerap gagal atau bagi yang ingin meneroka ilmu yang sangat bernilai ini, sila berkunjung ke web alternatif saya di alamat berikut:

www.al-qudrah.com/aktiviti-latihan

sekian

Amar Mahmood

Qada’, Qadar & Takdir (Nasib)

Wednesday, January 20th, 2010

RUJUKAN: BUKU ‘EMPAYAR MINDA MUSLIM’ OLEH DR DANIAL BIN ZAINAL ABIDIN Di http://formulacemerlang.com/

SOALAN: Dr Danial apakah maksud qada dan qadar, mubram dan muallaq. Dan apakah kaitannya dengan usaha serta ikhtiar yg kita lakukan? ( Di http://formulacemerlang.com/ )

JAWAPAN: Qada dan qadar ialah ketetapan Allah yang telah ditentukan sejak dari azali lagi berdasarkan ilmuNya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian seperti mana yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, sebelum kejadian alam semesta, Allah menetapkan gas atau asap akan memenuhi angkasa raya diikuti dengan kejadian bintang-bintang dan planet-planet dan itulah sebenarnya yang telah berlaku tanpa dapat dihalangi. Allah menetapkan satu bahagian oksigen perlu bercantum dengan dua bahagian hidrogen untuk menjadi air dan hakikat ini tidak dapat diubah sampai ke bila-bila. Allah menetapkan kaum wanita dan bukannya kaum lelaki yang mengandung dan melahirkan anak dan hakikat ini juga tidak boleh diubah. Allah menetapkan mata sebagai alat untuk melihat dan telinga untuk mendengar dan fungsi ini akan berterusan sampai ke bila-bila. Allah menetapkan setiap yang hidup pasti merasai mati dan tidak ada seorang pakar perubatan pun yang mampu mengubah kenyataan ini. Semua ini dan yang lain-lainnya tidak dapat diubah sebab ia adalah ketetapan Allah sejak dari azali lagi berdasarkan kebijaksanaanNya yang tanpa batas dan ia telah menjadi hukum alam yang dikenali sebagai hukum sebab musabab dan sebab akibat. Justeru, hukum alam yang berkait rapat dengan kehidupan manusia ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar.

Isu yang hangat diperkatakan tentang qada dan qadar ialah, adakah tindak tanduk manusia juga telah ditentukan oleh Allah sejak dari azali lagi?

Syed Sabiq di dalam kitabnya Al-Aqaid Al-Islamiyah berkata: “Imam Al-Khathabi telah berkata: ‘Ramai orang mengira qada dan qadar adalah pemaksaan Allah ke atas hambaNya dan manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebenarnya pandangan yang seperti ini adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah berdasarkan ilmu Allah yang Maha Mengetahui tentang kejadian yang akan berlaku berhubung semua perkara..’ Pengetahuan Allah tentang sesuatu perkara tidak akan mempengaruhi kehendak hamba itu.” Di zaman Omar Al-Khattab ra, seorang lelaki telah ditangkap kerana mencuri dan beliau telah dibawa menghadap khalifah Omar. Lelaki itu telah disoal: “Mengapa kamu mencuri?” Lelaki itu menjawab: “Kerana Allah telah mentakdirkan ini ke atas diri saya.” Khalifah Omar ra amat marah dengan lelaki ini lantas beliau terus berkata: “Pukul lelaki ini dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong tangannya.” Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: “Mengapa hukumannya begitu berat?” Berkata Omar Al-Khattab ra: “Kamu akan dipotong tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah.” Maksudnya, manusia diizinkan Allah utk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar. Hukum sebab musabab atau sebab akibat adalah takdir. Manusia dapat menolak takdir dengan takdir yang lain kerana kesemua itu telah dicipta dan ditetapkan oleh Allah bagi manusia. Justeru, takdir lapar dapat dihilangkan dengan takdir makan, takdir dahaga dapat dihilangkan dengan minum dan takdir mengantuk dapat dihilangkan dengan tidur.

Mengikut sebuah riwayat yang sahih, khalifah Omar Al-Khattab ra enggan memasuki kampung tertentu di Syam kerana ketika itu ia sedang dilanda wabak taun. Sahabat Abu Ubaidah ibn Jarrah ra bertanya kepada Omar ra: “Mengapa kamu lari dari takdir Tuhan?’ Omar ra menjawab: “Aku lari dari takdir Allah kepada takdir yang lain.” (Tarikh At-Tabari) Kesemua ini menunjukkan, Allah tidak pernah mengikat dan menzalimi manusia malah sebaliknya manusia telah diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya sendiri. Walau bagaimanapun, segala keputusan manusia tidak boleh keluar dari ruang kemanusiaan yang telah Allah tetapkan dan Allah sejak dari awal lagi telah mengetahui segala keputusan yang akan diambil oleh manusia.
Takdir mempunyai beberapa bahagian, pertama ialah takdir di dalam ilmu Allah yang azali. Ia bermaksud Allah telah mengetahui segala-galanya sebelum ia benar-benar berlaku. Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak mungkin berubah secara mutlak. Jika ia berubah ia mencacat kesempurnaan Allah dan hal ini adalah mustahil di sisi Allah. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi hamba-hambaKu.” (Surah Qaaf ayat 29) Takdir ini dikenali sebagai qada mubram atau ‘takdir yang pasti’ dan mengingkarinya akan menyebabkan seseorang menjadi kafir mengikut ijmak ulama.

Takdir yang kedua ialah takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz dan ia dikenali juga sebagai takdir mu’allaq. Mengikut K.H. Sirajuddin Abbas di dalam buku 40 Masalah Agama, takdir ini boleh berubah dari masa ke semasa, sebagai contoh, jika seseorang telah ditakdirkan hidup hingga ke usia 60 tahun, dan beliau sering menghubungkan tali persaudaraan dengan manusia, Allah mungkin menambah umurnya melebihi 60 tahun. Atau jika seseorang telah ditulis akan memasuki neraka kemudian di hujung hidupnya beliau bertaubat dan melakukan amal salih dengan penuh keikhlasan, berkemungkinan beliau akhirnya akan dimasukkan ke dalam syurga. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab.” (Surah Ar-Ra’d ayat 39) Imam Baijuri di dalam kitab Tuhfatul Murid Syarh Jauharatut Tauhid berkata: “Lauh Mahfuz, mengikut pendapat yang hak, menerima penghapusan dan penetapan.” Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik.” (TIrmIzi) Justeru, Omar Al-Khattab ra pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini ketika bertawaf: “Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku. Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan.” Dalam bab mencari jodoh, nabi sendiri menyuruh kita memilih pasangan yang betul. Oleh kerana kita disuruh memilih secara yg betul, kita mempunyai pilihan. Justeru, berusahalah dan dalam konteks perkahwinan berusahalah utk mencari jodoh berdasarkan landasan agama dan mintalah petunjuk Allah tentangnya. Allah tidak pernah menzalimi manusia.

Memahami “Operating System” Alam Semesta..

Sunday, December 27th, 2009

Mengendalikan beberapa program latihan sepanjang tahun ini, mendedahkan saya dengan ramai peserta. “Sambil menyelam, sambil minum air” kata pepatah orang-orang tua.

Saya sempat melakukan beberapa survey (ibarat “training analysis need” yang digunakan oleh kebanyakan Trainer Korporat) untuk mengetahui apakah keperluan dan kehendak yang sepatutnya diketahui dan difahami oleh kebanyakan individu yang mempunyai keinginan untuk sukses di dalam kehidupan mereka.

Walaupun banyak pendapat mengatakan subjek “Law of Attraction” atau Hukum Tarikan semakin merudum minatnya dikhalayak peminat dunia pembangunan diri,saya mendapati subjek ini menjadi semakin penting dan sepatutnya menjadi pengetahuan yang patut difahami ….eh kebanyakan dari kita.

Mungkin bagi sesetengah penulis atau penceramah, subjek Hukum Tarikan adalah satu “trend”. Ia adalah akibat gelombang komersial yang dilantunkan oleh Tim Pemasaran buku “The Secret”. Mereka menggunakan kekuatan media dan komersial dalam membangkitkan minat dan keinginan orang ramai tentang subjek ini.

Tetapi bagi yang sudah lama mendalami bidang minda dan juga energi, Hukum Tarikan adalah satu dari prinsip yang sudah dikongsi puluhan tahun dahulu. Ia adalah ASAS kepada hampir kebanyakan subjek-subjek baru yang sedang hangat dibicarakan oleh hampir kesemua pakar mahupun ikon terkenal dunia. Baik ia Jack Canfield, Bryan Tracy, Joe Vitale, Bob Proctor, T Harv Harker, R. Kiyosaki dan ramai lagi ikon yang tidak mampu saya sebutkan di sini sebenarnya membawa secara tidak disedari konsep ini.

Di Indonesia juga semakin ramai pakar pembangunan diri dan jurulatih mereka membicarakan subjek ini. Cuma yang membezakannya adalah pendekatan dan kaedah yang di ambil.

Saya mengambil langkah berani membawa satu seminar yang akan memgupas secara total subjek Hukum ALam Semesta ini. Program yang akan dipanggil Seminar HUKUM TARIKAN.

Disebalik ramai individu berhempas pulas melawan arus dan hukum alam ini, kebanyakan mereka yang sukses adalah yang bergerak dan bertindakbalas dengan baik pada satu sistem “operating” alam ini. Allah Swt-Tuhan kepada Alam Smesta ini telah mencipta FITRAH buat segala ciptaanya. Yang menentang dan melawan FITRAH adalah yang melawan kebaikan. Jika matahari difitrahkan dari timur ke barat, jika bola yang dilantunkan ke atas akan jatuh semula ke bawah, begitu juga dengan banyak lagi FITRAH ALAM SEMESTA yang tidak mampu dilihat dan difahami secara fizikalnya.

Inilah sains METAFIZIK. Dunia SPIRITUAL yang sepatutnya kita fahami dan hayati supaya kita bersatu dengan ALAM dengan penuh energi kebahagian dan dilimpahi kemakmuran.

Seminar ini akan digerakkan mulai tahun 2010. Ia akan bermula pada bulan hadapan.

Saya MENJEMPUT rakan-rakan dan peminat dunia ALAM BAWAH SEDAR dan DUNIA METAFIZIK untuk menghadiri SEMINAR yang akan saya kendalikan pada bulan JANUARI ini. Bagi pengamal dan peminat penyembuhan dan terapi energi, saya alu-alukan kehadiran anda untuk memahami secara ilmiah dan saintifik apakah itu DUNIA ENERGI ALAM.

Sila rujuk artikel di bawah untuk keterangan lanjut.

Salam Sukses….

SEMINAR HUKUM TARIKAN!

Friday, December 25th, 2009

“Bagaimana Menggunakan Hukum Tarikan Untuk merealisasikan Kejayaan & Kemakmuran di dalam hidup Anda Sekarang!”
Hidup Anda Bertindakbalas Berdasarkan Oleh HUKUM ALAM Yang Berfungsi Mengikut FITRAH Yang Diciptakan Oleh ALLAH SWT. KETAHUILAH Bagaimana Anda MAMPU Menggunakan HUKUM Ini Untuk Memanifestasikan KEINGINAN Dan IMPIAN Anda.

Asalamualaikum wbt,

Telah banyak buku ditulis dan mengungkapkan ”rahsia” sukses. Telah banyak seminar motivasi dan kejayaan yang diselenggarakan. Telah banyak peserta yang mempraktikkan apa yang ditulis di pelbagai buku dan yang diajarkan oleh ramai Speaker mahupun Penceramah. Namun bagaimanakah hasilnya?

Kajian membuktikan bahawa BANYAK yang tidak berhasil mencapai apa yang diimpikan walaupun telah melakukan usaha yang kuat, mengikuti segala strategi, mempraktiskan pelbagai teknik, dan melakukan apa yang mampu mereka lakukan . TETAPI mengapa ini semua masih terjadi?

Jawapannya sangat MUDAH. Pelbagai pelatihan dan buku tersebut tidak mengulas secara mendalam RAHSIA dan KUNCI SUKSES yang paling asas iaitu RAHSIA HUKUM ALAM atau dikenali sebagai Universal Law.

Hukum Alam Semesta Yang Tersembunyi!
Anda telah mendengar dan mengetahui tentang satu hukum alam yang kerap disebut oleh ramai individu. TETAPI, ADAKAH ANDA BENAR-BENAR MEMAHAMINYA DAN MENGHAYATINYA?

pendekatan Penyembuhan & Psikologi Energi.

Untuk Pertama Kalinya.. SEMINAR HUKUM TARIKAN (Law Of Attraction) Dikendalikan SECARA TOTAL Di dalam Bahasa Melayu

SEMINAR HUKUM TARIKAN (LAW OF ATTRACTION-LOA)

10hb Januari 2010 Pukul 10.00am – 16.00om

Kuala Lumpur

Yuran Penyertaan : RM150.00

(Tempat adalah TERHAD)

Jurulatih: Amar Mahmood

Ketahui Rahsia Perubahan Luar Biasa untuk Hidup Anda, Seperti yang Telah Dialami Oleh Jutaan Individu Yang Menggunakan dan Mengetahui HUKUM ALAM Ini!

Workshop ini akan memberi Manfaat Kepada Peserta Untuk:-

•Memahami dan Mengetahui FITRAH ALAM yang menjadi KUNCI segala kejayaan.
•Mengaktifkan dan memperkuat KUASA TARIKAN di dalam diri untuk meraih KEJAYAAN, khususnya dalam aspek yang anda kehendaki. (menjadi Magnet Kejayaan).
•Memahami dan Memanfaatkan HUKUM TARIKAN Untuk mencapai IMPIAN dan MATLAMAT Anda.
•Mengetahui apakah “Operating System” yang bekerja di Alam Semesta ini.
•Mengetahui jawapan mengapa Orang gagal terus mengundang kegagalan manakala Individu berjaya kerap merai kejayaan.
•Mengetahui elemen-elemen POTENSI TERSEMBUNYI (Hidden Potential) yang menjadi KUNCI kepada kejayaan di dalam kehidupan.
•Mengetahui kaedah dan tips mudah meningkatkan daya tarikan (magnetik) anda untuk mengundang kejayaan dan kemakmuran-Untuk Mengubah Kehidupan Anda.
•Mengembangkan dan Peningkatan Kesedaran Melalui Pembelajaran Dari Alam Bawah Sadar
•Mempunyai kemampuan untuk mampu menarik dan mengatur keberuntungan sehingga lebih mudah mendapatkan kejayaan.
•Meningkatkan sensitiviti peserta dengan energi diri, rumah, pesekitaran diri dan Alam Semesta.
Apa yang akan anda pelajari?

Melalui Program yang disusun secara holistik, ilmiah dan inspirasi ini, Seminar akan mendedahkan:

Sesi 1

•Energi Makro Kosmo- Hukum Alam Semesta
•Memahami Apakah Itu Fitrah Alam
•Apakah itu Hukum Tarikan
•Kenapa & Bagaimana Hukum Tarikan beroperasi di dalam kehidupan anda.
•Apakah itu Hukum Getaran dan bagaimana hukum asas ini sepatutnya benar-benar difahami sebelum dari pada hukum yang lain.
•Bagaimana memastikan Hukum Getaran ini diapplikasikan secara betul.
Sesi II

•Energi Mikro Kosmo-Sistem Aura Manusia
•Dan banyak lagi Yang HANYA AKAN DIDEDAHKAN DI SEMINAR tersebut!!!

Note:

Di Dalam Seminar Satu Hari Ini Anda Akan Dibawa Kepada Suatu Pemahaman Dan Pengalaman Baru Tentang Alam Bawah Sadar (Metafizik) Anda Yang Belum Anda Ketahui Selama Ini!!!

PASTIKAN ANDA MENGHADAPI TAHUN 2010 DENGAN ILMU DAN PENGETAHUAN AKAN MEMBANTU ANDA MENCAPAI MATLAMAT DAN IMPIAN ANDA DENGAN LEBIH MUDAH DAN CEPAT!!!
***

Untuk mengikuti WORKSHOP atau PROGRAM yang dianjurkan oleh kami, Sila uruskan pembayaran anda melalui:-
Bank : MAYBANK – 1540-1738-3350
Akaun : Amar Mahmood

Kemudian hantarkan nama dan detail bayaran anda melalui email ke :- amar_sukses@yahoo.com atau SMS ke 017-6839638.

Sekian …Terima Kasih

Tim Pengurusan Al Qudrah Training & Consultancy

Memahami Alam Bawah Sedar

Tuesday, December 22nd, 2009

Evolusi dunia pencerahan ilmu dan pengetahuan melalui situasi dan abad yang sangat memberangsangkan. Kebelakangan ini, pengetahuan tentang dunia yang ghaib semakin dikupas dan dapat diterangkan dalam bentuk yang lebih ilmiah.

Jika sebelum ini, mandi bunga, penggunaan air tawar, penggunaan mentera dan pelbagai lagi ritual tradisional diamalkan tanpa sebab dan alasan yang santifik serta ilmiah. Hari ini, manusia moden masih menggunakan ritual ini TETAPI dengan pemahaman dan penerimaan yang lebih jelas dan bersebab.

Hari ini, mandi bunga boleh dilakukan tanpa perlu mencari bunga-bunga tertentu jenis atau warnanya. Ini kerana ia sudah boleh diperolehi dalam bentuk pati bunga yang telah ditenagakan dan dibotolkan. Air tawar pulah telah dikomersialkan dalam bentuk yang lebih mudah diterima penjelasannya. Ada air yang telah ditenagakan dan digelombangkan, ada air yang ditulis di atas pinggan putih dan terbukti mempunyai molekul air yang cantik dan indah. Malahan ada juga air yang telah diprogramkan melalui kaedah-kaedah tertentu berdasarkan aliran yang dimiliki oleh mereka.

Dunia metafizik semakin diangkat ke atas permukaan untuk lebih mudah dilihat dan difahami. Alam bawah sedar mula diberi kesedaran (consciousness). Dahulu manusia tidak “sedar”. Secara fizikal mereka tidak tahu, TETAPI mereka merasai.

Pengetahuan sains dan fizik meletakkan metafizik menjadikan “lebih sedar” dan “mudah dilihat” oleh manusia moden. Kita semakin tahu ada Alam Bawah Sedar. Walaupun masih ramai yang tidak sedar. Tetapi perubahan semakin kuat berlaku. Makin ramai individu yang mahu sedar dan mahu tahu dunia metafizik.

Dahulu ramai yang tidak tahu ada AURA di keliling tubuh manusia. Tetapi sekarang makin banyak produk AURA dilahirkan yang menjelaskan “dunia tidak sedar” semakin disedari. Dahulu dunia perubatan tradisional banyak yang dilihat mistik TETAPI hari ini disebalik mistik semakin banyak perubatan aliran energi yang mula diterima pakai dan dijadikan alternatif kepada perubatan moden yang lain.

Dahulu ramai yang tidak sedar adalah HUKUM yang bekerja di alam semesta ini. Mereka hanya tahu menyebut nasib dan takdir yang mereka lalui. Mereka tidak memahami HUKUM atau FITRAH yang diciptakan oleh Sang Pencipta Alam Semesta ini. Kini ada pelbagai hukum dilontarkan dan dibahaskan. “The Secret” meletuskan HUKUM TARIKAN. Ada HUKUM GETARAN. Ada HUKUM KESEIMBANGAN. Ada QUANTUM FIZIK. Ada HUKUM PASANGAN. Dan macam-macam prinsip dan fitrah yang dizahirkan.

Ini semua dunia bawah sedar. Walaupun ramai yang mula sedar, masih banyak alam bawah sedar yang masih belum dikupas dan diketahui.

Saya mempunyai visi mahu menyelami dunia metafizik ini dengan lebih agresif tahun mendatang ini. Kerana disebalik yang tersurat terdapat yang tersirat. Disebalik yang dilihat fizikal terdapat metafiziknya. Disebalik yang sedar terdapat alam yang tidak disedarinya. Kerana itulah FITRAHnya. ADA HUKUM PASANGANNYA….

4 Sebab Utama Kenapa Matlamat Gagal Dicapai

Monday, December 21st, 2009

Tahukah anda kenapa kebanyakan matlamat, azam atau impian yang diingini oleh kita selalunya gagal? Hari ini saya ingin berkongsi 4 sebab utama kenapa kebanyakan individu gagal mencapai matlamat mereka.

1. Kebanyakan Individu TIDAK MEMBINA matlamat TETAPI SEKADAR menyebut secara “lalu sahaja” AZAM atau IMPIAN mereka.

Mereka menganggap AZAM atau MATLAMAT hanya sekadar ucapan dimulut pada setiap tahun baru. Mereka tidak mengatahui bahawa PEMBINAAN MATLAMAT adalah satu PROSES dan memerlukan pengetahuan yang betul supaya MATLAMAT yang kita inginkan lebih mudah dan cepat menjadi realiti.

2. Tidak Ada Langkah Seterusnya Atau “Action Plan”.

Bagi yang sudah mempunyai MATLAMAT pula, selalunya tidak mempunyai tindakan seterusnya (next step) untuk  merealisasikan matlamat. Atau kebanyakannya tidak melakukan satu langkah yang sangat penting. Ini yang selalu dipanggil  “ACTION” atau TINDAKAN.
Kebanyakan dari kita memang mempunyai IMPIAN atau AZAM tetapi HANYA untuk beberapa hari sahaja. Selepas itu  ia akan dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang langkah untuk menjadikannya kenyataan.

Malahan, kajian pasikologi mendapati kurangnya tindakan adalah sebab nombor satu kebanyakan individu gagal mencapai impian mereka. Individu tersebut biasanya mempunyai sikap kurangnya komitmen seratus peratus (100%) di atas MATLAMAT mereka sendiri.

3. Mempunyai “Halangan Minda (limiting belief)” Terhadap Matlamat Yang Ditetapkan.

Ini merupakan salah satu sebab yang selalu menjadi penghalang terbesar kepada kejayaan merealisasaikan impian atau matlamat seseorang individu. Ramai individu gagal kerana halangan yang tercipta di dalam minda mereka (mindet). Mereka inginkan kejayaan tetapi mereka secara tidak sedar (unconscious) menghalang kejayaan untuk hadir ke dalam kehidupan mereka. Secara HOLISTIK, minda dan emosi selalu menjadi penghalang terbesar kepada manifestasi matlamat mereka.

4. Gagal FOKUS Kepada Matlamat.

Tahukah anda bahawa perbezaan ketara antara individu yang sukses dengan individu yang biasa adalah individu sukses selalu membayangkan kejayaan di dalam minda mereka berbanding individu yang lain. Semakin kita fokus dan melihat matlamat kita di dalam minda atau pemikiran kita, semakin cepat proses manifestasi matlamat yang ditetapkan oleh mereka berlaku.

Berdasarkan kepada 4 sebab utama ini, kita perlulah bermuhasabah supaya peratusan kejayaan matlamat kita tahun akan datang akan semakin baik berbanding tahun sebelumnya.

Energi Tahun Baru..

Saturday, December 19th, 2009

Seminggu dua ini kita akan sibuk menerima pelbagai ucapan dan kiriman yang bertujuan untuk meraikan kedatangan tahun baru. Semalam kita meraikan sambutan Maal Hijrah dengan kesyukuran kerana diberikan kesempatan untuk terus berada di BUMI ALLAH ini. Minggu hadapan sekali lagi kebanyakan dari kita akan menerima puluhan kiriman ucapan untuk menyambut kedatangan tahun baru 2010.

Seperti biasa, tahun baru selalu datang dengan AZAM dan MATLAMAT yang baru. Mungkin juga kedatangan tahun baru ini ibarat menjadi sempadan merenung dan meneliti semula apa yang telah kita lalui sepanjang setahun yang lepas.  Mungkin bagai sesetengah individu, ia tidak memberi sebarang kesan kepada kehidupan harian mereka.

Tetapi saya ingin berkongsi dengan anda NOTA berikut:

Orang yang gagal adalah orang yang hanya memikirkan kehidupan mereka hari ini sahaja.  Makan dan soal pakai hanya sekitar hari ini. Esok bukan di dalam pemikiran mereka. Bagi orang yang biasa-biasa, mereka memikirkan sebulan dan ke sebulan. Mereka merancang berdasarkan dari tempuh sebulan. Manakala orang yang sederhana pula sudah mula memikirkan VISI mereka dan PERANCANGAN mereka untuk tempuh setahun.

Tetapi bagi orang yang berjaya, mereka biasanya kerap merancang dan melihat diri mereka untuk 3 ke 5 tahun akan datang. Mereka mahu LIHAT apa yang mereka lakukan pada tempuh tersebut. Tetapi lain benar bagi ORANG  yang LUAR BIASA, mereka mempunyai perancangan dan wawasan yang LUAR BIASA JAUH KE DEPAN. Mungkin 10 tahun..mungkin 20 tahun. Dr Mahathir mempunyai wawasan 2020. Setiap syarikat yang besar menetapkan visi dan misi mereka untuk setiap 10 tahun. Malahan kebanyakan pemimpim besar negara mempunayai perancangan masa depan yang mececah puluhan tahun kedepan.

Untuk peringatan kita…Pemimpin Agung kita; Nabi Muhammad saw selalu memikirkan umatnya pada akhir zaman. Iaitu ribuan tahun kedepan dari zaman baginda. Betapa BESARNYA JIWA RASULLAH, mengambarkan betapa besarnya pemikiran Baginda yang sepatutnya kita ‘model‘kan dan kita tiru supaya kita berjaya dan memenuhi impian kita seperti yang telah ditunjukkan oleh Baginda..Insya Allah.

Inilah yang dipanggil “The Magic of Thinking Big”.

Saya juga mempunyai visi yang besar. Bagaimanapun, hari ini bukanlah hari untuk saya berkongsi tentang visi saya. Saya sekadar ingin berkongsi sedikit cerita   dan pengalaman di pentas ini.

Setahun yang lepas saya ibaratkan sebagai FRASA “pembelajaran” saya. Seawal tahun 2009 lagi saya benar-benar melalui pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang mematangkan saya. saya percaya Allah swt ingin menyediakan saya untuk saya mencapai impian saya. Hanya selepas ogos 2009 baru saya dapat meluahkan apa yang banyak terkumpul dan tersimpan di dalam minda saya. Saya percaya, ia adalah persiapan untuk hari-hari mendatang.

Berbakikan beberapa bulan, Alhamdulillah saya mampu menterjemahkan beberapa idea dan perancangan saya dengan baik. Peluncuran Bengkel Terapi Emosi-EFT, Program Pembangunan Karakter-”Aku Sukses Mindset” Untuk Pelajar dan sudah semestinya terbangunnya AL Qudrah Training & Consultancy benar-benar meceriakan dan memberi sedikit kepuasan buat saya. Alhamdulliah atas rahmat dan limpahan kemakmuran dan berakat dari-Nya.

Hari ini saya lebih bersedia. Insya Allah dipermudahkan Allah swt dan dengan izinNya, saya akan merealitikan beberapa idea besar untuk tahun mendatang. Walau visi dan wawasan saya belum mencapai pemikiran orang yang luar biasa jauhnya, saya percaya pandangan dan jauhnya visualisasi minda ini sudah mendekati prinsip-prinsip orang yang berjaya.

Harapan saya, moga semua rakan-rakan pembaca menikmati kedatangan ENERGI TAHUN BARU ini dengan IKTIZAM dan SEMANGAT PERUBAHAN. BERANI BERUBAH adalah inti kepada kejayaan. Hanya orang yang benar-benar mahu berubah akan berjaya.  Saya doakan kejayaan buat kita semua.

Salam kemakmuran…

Puasa: Sebagai Satu Terapi Holistik (Artikel 1)

Friday, September 4th, 2009

Daripada Uthman bin Abi al-‘As, telah bersabda Rasulullah SAW: “Puasa itu perisai, yang akan melindungi seseorang hamba daripada api neraka”. (Hadith)

Puasa adalah ibadah yang wajib dilakukan umat Islam. Puasa merupakan satu pelatihan dan terapi yang ampuh untuk menjadikan kita sebagai seorang insan yang lebih baik dari sebelumnya.

Ibadah puasa harus dihayati melangkaui takrif menahan diri dari lapar dan dahaga. Puasa merupakan satu terapi untuk kita bermuhasabah. Ia menuntut kesabaran dan memberi kekuatan pada mereka yang memanfaatkannya sebaik mungkin.

Puasa (bahasa Arab: ???) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara’ bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri.

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…….”

Ada empat (4) unsur penting yang kerap disebut sebagai melengkapi diri kita sehingga kita dapat hidup sebagai seorang Insan. Keempat unsur itu menjadikan kita sebagai individu yang kita lalui hari ini.. Keempat-empatnya adalah Jasmani (fizikal), Otak (Akal), Hati (Emosi), dan Kerohanian (spiritual).

 Di sinilah kita dapat melihat betapa besar peranan ibadah puasa dalam pembentukan peribadi. Ini kerana Puasa menunjukan kaedah atau satu terapi yang patut ditekuni kerana menyentuh keempat-empat elemen  yabg disebutkan di atas dengan jelas dan tepat.

Orang yang berpuasa, akan terawat (terpelihara) kesehatannya, karena sesuai dengan keterangan para dokter, puasa dapat menyembuhkan, setidak-tidaknya mengurangi penyakit tekanan darah tinggi, jantung, paru-paru, dan lain-lain.

 Ramadhan merupakan suatu hadiah, anugerah kepada dunia kesihatan kerana ia mampu meningkatkan taraf kesihatan masyarakat. Melalui kajian sains didapati berpuasa, akan menurunkan kadar glukos darah, tekanan darah, khasnya tekanan darah sistolik dan juga lipid darah. Puasa juga turut menurunkan berat badan.  Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996.  Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang  menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.

Hikmah puasa pada kesihatan sangat banyak. Di samping manfaat fisiologi badan, ibadah puasa turut menambahkan kesihatan jiwa setelah dikaji dari sudut psikologi. Bacaan al-Quran pula meningkatkan daya ingatan di samping ketenangan jiwa. Solat tarawih pula melalui suatu kajian mendapati akan membakar rata-rata 10 kalori tenaga setiap raka`at, di samping meningkatkan kesihatan tulang, otot, sendi dan lain-lain.

Satu sumbangan besar ibadah puasa Ramadhan kepada manusia adalah dalam membantu mengatasi masalah merokok. Ramai perokok sering kali memikirkan untuk berhenti dari merokok dan sebahagian besar telah pun mencubanya beberapa kali. Kebanyakan mereka sedar yang merokok itu merosakkan kesihatan mereka dan juga menjejaskan kesihatan orang-orang di sekeliling mereka. Melalui kajian-kajian, didapati 70 peratus dari perokok-perokok ternyata telah pun mencuba berhenti merokok dan 40 peratus dari perokok-perokok mencuba berhenti setiap tahun. Kita telah kenal pasti sebab-sebab yang menyukarkan seseorang untuk berjaya berhenti merokok dan di antara punca utama ialah sifat ketagihan terhadap nikotin, suatu bahan yang terdapat dalam kandungan asap rokok. Perokok mengalami kesukaran berhenti merokok kerana tubuhnya yang telah terbiasa dengan dadah nikotin yang mana ketiadaannya dalam masa dua hingga empat jam akan mula mengalami gejala gian. Walaubagaimanapun, pada bulan Ramadhan al-Mubarak seorang perokok yang kuat sekalipun boleh berhenti merokok mulai dari sahur hinggalah masa berbuka yang melebihi 12 jam.

Sudah tentu hikmah puasa tersebut sangat banyak baik untuk kepentingan peribadi maupun untuk kepentingan masyarakat pada umumnya. Diantara hikmah-hikmah tersebut yang terpenting dan mampu dijangkau oleh akal pikiran manusia sampai saat ini antara lain :

a. Memelihara kesihatan jasmani (Fizikal)

Sudah menjadi kesepakatan ahli perubatan, bahawa hampir semua penyakit bersumber pada makanan dan minuman yang mempengaruhi organ-organ pencernaan di dalam perut. Maka sudah sewajarnyalah jika dengan berpuasa organ-organ pencernaan di dalam perut yang selama ini terus bekerja mencerna dan mengolah makanan untuk sementara diistirahatkan mulai dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari selama satu bulan.

Dengan berpuasa ini maka ibarat mesin, organ-organ pencernaan tersebut diservis dan dibersihkan, sehingga setelah menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan Insya Allah kita menjadi sihat baik secara jasmani maupun secara rohani. Hal ini memang sudah disabdakan oleh Rasulullah SAW dalam salah satu haditsnya yang diriwayatkan oleh Ibnu Suny dan Abu Nu’aim yaitu :

Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda : “Berpuasalah maka kamu akan sehat”

(HR. Ibnu Suny dan Abu Nu’aim)

Juga dalam hadits yang lain dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda :

“Bagi tiap-tiap sesuatu itu ada pembersihnya dan pembersih badan kasar (jasad) ialah puasa”

(HR. Ibnu Majah)

Dalam penelitian ilmiah, kebenaran hadis ini terbukti antara lain :

1. Fasten Institute (Lembaga Puasa) di Jerman menggunakan puasa untuk menyembuhkan penyakit yang sudah tidak dapat diubati lagi dengan penemuan-penemuan ilmiah dibidang perubatan. Method ini juga dikenal dengan istilah “diet” yang bererti menahan / berpantang untuk makanan-makanan tertentu.

2. Dr. Abdul Aziz Ismail dalam bukunya yang berjudul “Al Islam wat Tibbul Hadits” menjelaskan bahwa puasa adalah obat dari bermacam-macam penyakit diantaranya kencing manis (diabetes), darah tinggi, buah pinggang, dsb.

3. Dr. Alexis Carel seorang dokter internasional dan pernah memperoleh penghargaan nobel dalam bidang perubatan menegaskan bahwa dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan.

4. Mac Fadon seorang dokter bangsa Amerika yang berjaya mengubati pesakitnya dengan  berpuasa setelah gagal menggunakan ubat-ubat ilmiah.

Beruntunglah mereka yang dapat berpuasa selama bulan Ramadhan, karena puasa itu bukan sahaja dapat membersihkan Rohani manusia juga akan membersihkan Jasmani manusia itu sendiri, puasa sebagai alat penyembuh yang baik. Semua alat pada tubuh kita senantiasa digunakan, boleh dikatakan alat-alat itu tidak berehat selama 24 jam. Alhamdulillah dengan berpuasa kita dapat merehatkan alat pencernaan kita lebih kurang selama 12 jam setiap harinya. Oleh karena itu dengan berpuasa, organ dalam tubuh kita dapat bekerja dengan lebih teratur dan berkesan.

Perlu diingat ibadah puasa Ramadhan akan membawa faaedah bagi kesehatan rohani dan jasmani kita bila ditunaikan mengikut panduan yang telah ditetapkan, jika tidak maka hasilnya tidaklah seberapa malah mungkin ibadah puasa kita sia-sia sahaja.

Allah berfirman yang maksudnya:

“Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (s.al-A’raf:31)

 Bersambung…..

Sumber: Artikel ini ditulis semula berdasarkan beberapa penulisan ilmiah yang boleh diperolehi di internet.