Archive for the ‘WORKSHOP/PROGRAM/iklan’ Category

Maklumat Terkini Program Latihan

Wednesday, February 10th, 2010

Bagi yang berminat mendalami tentang Terapi Meridian yang terkenal iaitu EFT atau dipanggil Emotional Freedom Technique, saya akan mengendalikan workshop yang akan mendedahkan keseluruhan kaedah dan teknik mudah mengunakan Terapi EFT ini.

Workshop tersebut juga akan berkongsi tentang sains metafizik Hukum Tarikan atau dipanggil Law of Attraction.

Peserta akan mengetahui bagaimana energi diri dan alam bertindakbalas menghasilkan atau memanifestasikan IMPIAN anda.
Sila rujuk ke blog alternatif saya di :- www.amar-mahmood.blogspot.com

TERKINI! – Hukum Tarikan + MindPower + Terapi EFT

Thursday, January 28th, 2010

“Bagaimana memanifestasikan KEJAYAAN & KEMAKMURAN di dalam hidup Anda Sekarang Dengan Mengenal, Memahami dan Memanipulasikan KUASA ENERGI!”

WORKSHOP YANG MENGGABUNGKAN 2 MODUL LATIHAN MENJADI SATU PROGRAM YANG PASTI MEMBERI IMPAK TRANSFORMASI KEPADA ANDA!!!

Bengkel berasaskan pendekatan terapi ini secara khusus dibangunkan dengan tujuan untuk membantu peserta mengalami TRANSFORMASI KEHIDUPAN secara TOTAL Dan HOLISTIK serta menjalani kehidupan YANG LEBIH POSITIF & BERMAKNA.

Workshop ini adalah satu PACKAGE latihan yang merangkumi ketiga-tiga elemen penting seorang insan iaitu:

» Minda (merangkumi kekuatan Minda dan Mindset)
» Emosi (Kecerdasan dan Merawat Emosi)
» Spiritual (Kesedaran kerohanian dan membangunkan nilai-nilainya)
Workshop ISTIMEWA ini dirangka KHUSUS akan memberi manfaat berikut kepada peserta:-

» Meningkatkan kemampuan Potensi Otak dan Kekuatan Minda peserta untuk membantu memperbaiki tahap hidup mereka.
» Menikmati perjalanan kehidupan yang lancar dan lebih mudah apabila dapat menyelaraskan kehidupan dengan Hukum Alam Semesta seperti HUKUM TARIKAN.
» Perubahan positif pada minda akan memberi impak luarbiasa kepada tahap keyakinan, harga diri, motivasi dan keinginan untuk sukses di dalam apa sahaja bidang yang diceburi.
» Kesedaran tentang Medan Aura diri dan Kemampuan mempunyai daya tarikan (magnet) yang mampu menarik pelbagai impian dan pengalaman positif di dalam diri.
» mengetahui pelbagai teknik dan kaedah untuk menjana AURA positif di sekeliling diri.
» Kemampuan merawat dan melakukan “Self-Healing” pada diri samada pada masalah kesihatan fizikal, peningkatan Daya Aura, masalah emosi, isu psikologi, Pembangunan Mindset dan pelbagai lagi isu-isu kehidupan setiap hari.
» Mengubah perjalanan nasib yang dihadapi. Serta mengetahui prinsip asas di dalam menikmatan kejayaan secara total di dalam diri.
» Bukan sekadar motivasi TETAPI peserta mempunyai KUNCI PALING PENTING untuk melakukan TRANSFORMASI DIRI sebaik tamat latihan nanti.
» Peningkatan Kesedaran Emosi (EQ) dan Spiritual (SQ).

MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI DI WEB BERIKUT:-

http://al-qudrah.com/aktiviti-latihan/

Bolehkah Masalah Yang Dihadapi Di dalam Kehidupan Dirawat?

Monday, January 25th, 2010

Sepanjang penglibatan saya di dalam bidang pembangunan diri, saya dapati betapa rendahnya kesedaran tentang masalah kehidupan terutamanyan berkaitan psikologi (seperti kerap gagal di dalam bidang yang diceburi, masalah keyakinan diri, mengalami kesusahan, nasib malang, kerap menghadapi emosi kesedihan, susah hati, murung atau merasa tidak bahagia di dalam kehidupan, dan sebagainya) dikendalikan dengan betul dan berkesan.

Selalunya jika kita pening kepala, demam, sakit badan, atau mengalami pelbagai masalah kesihatan fizikal, kita akan SEGERA berjumpa ahli perubatan untuk mendapatkan nasihat. Selalunya klinik dan hospital adalah lokasi yang dicari.

Sebalikya masalah kehidupan (seperti yang saya sebutkan di atas) yang kerap dihadapi dan selalunya memberi kesan yang sangat besar di dalam kualiti kehidupan yang dihadapi oleh ramai individu- tidak pula mencari ahli atau nasihat dari mereka yang sepatutnya. Selalunya mereka menghadapi situasi dan masalah tersebut bersendirian tanpa panduan dan ilmu yang betul. Bagi yang ada inisiatif, akan berusaha menghadiri ceramah motivasi atau mencari buku-buku yang mampu memberi semangat dan inspirasi untuk mereka.

Saya tidak katakan pekara itu salah, kerana memang itu adalah sebahagian dari kaedah yang boleh digunakan untuk mencari “ubat” atau mungkin ia mampu menjadi “ubat” kepada masalah kehidupan tersebut.

Saya berpendapat, MOTIVASI BUKAN RAWATAN YANG CUKUP terutama bagi mereka yang menghadapi masalah kehidupan yang lebih besar. Bagi setakat kurang semangat, mudah sedih atau gagal dalam peperiksaaan, mungkin motivasi boleh membantu. TETAPI masalah kehidupan seperti gagal dalam kerjaya, bisnes, takut menghadapi masa depan, rasa rendah diri yang kronik, masalah emosi yang teruk dan sebaginya memerlukan rawatan dan nasihat dari mereka yang ahli di dalam bidang tersebut.

Jika sakit fizikal dirujuk kepad doktor perubatan, saya percaya masalah kehidupan juga patut dirujuk atau mendapatkan nasihat dari ahli psikologi.

Kerana itu kebanyakan ceramah motivasi tidak mampu memberi impak besar di dalam perubahan situasi kehidupan yang dihadapi oleh seseorang individu. Ini pandangan saya.

Di barat, pusat terapi psikologi dan kounselor bertauliah telah menjadi satu profesion yang dihormati dan dipercayai oleh masyarakat mereka. Mereka tidak memandang ringan permasalahan kehidupan yang mereka hadapi. Malahan mereka kerap berjumpa dan mendapatkan nasihat dari pakar psikologi.

Ini sudah menjadi sebahagian dari proses pembangunan diri atau pengembangan potensi diri mereka.

Amar Mahmood

Konsultan/Juruterapi

WORKSHOP KUASA MINDA & ENERGI KEJAYAAN – FEB 2010

Saturday, January 23rd, 2010

Sukses adalah energi. Manusia yang SUKSES dikelilingi dengan energi atau AURA kejayaan. Samada kita sedar atau tidak, manusia berkomunikasi dengan alam (unconscious communication) untuk menghasilkan apa yang mereka lalui di dalam perjalanan kehidupan setiap hari.

Energi Diri atau AURA akan bertindakbalas dengan Energi Alam seperti Hukum Tarikan. Ini semua adalah FITRAH ciptaan Allah-Tuhan Pencipta Alam Semesta. Mana mampu kita menentang dan menongkah FITRAH yang telah dituliskan oleh-Nya.
Qada’ itu adalah hukum yang pasti. Mana mungkin api itu tidak panas. Seperti juga mana mungkin Matahari itu terbit dari Barat?.

Kerana itu adalah Hukum yang telah ditentukan oleh Sang Pencipta. TETAPI Tuhan Yang Esa mahu membuktikan Ke Esaan-Nya, Nabi Ibrahim as tidak terbakar oleh api kerana Qadar atau takdir yang hanya difahami oleh Allah swt. Begitu juga matahari yang diberitakan akan keluar dari Barat pada akhir zaman kerana membuktikan KUASA Yang MAHA Esa.

Hari ini, kita juga berdepan dengan pelbagai hukum alam yang berinteriksi berdasarkan KUASA ENERGI. Dengan memahami dan mengetahui hukum tersembunyi ini, Insya Allah Ilmu Kejayaan semakin terbuka buat kita semua.

Saya akan mengendalikan satu Workshop Holistik tentang sains Kejayaan yang merangkumi sains metafizik. Bagi yang sudah kerap gagal atau bagi yang ingin meneroka ilmu yang sangat bernilai ini, sila berkunjung ke web alternatif saya di alamat berikut:

www.al-qudrah.com/aktiviti-latihan

sekian

Amar Mahmood

Memahami “Operating System” Alam Semesta..

Sunday, December 27th, 2009

Mengendalikan beberapa program latihan sepanjang tahun ini, mendedahkan saya dengan ramai peserta. “Sambil menyelam, sambil minum air” kata pepatah orang-orang tua.

Saya sempat melakukan beberapa survey (ibarat “training analysis need” yang digunakan oleh kebanyakan Trainer Korporat) untuk mengetahui apakah keperluan dan kehendak yang sepatutnya diketahui dan difahami oleh kebanyakan individu yang mempunyai keinginan untuk sukses di dalam kehidupan mereka.

Walaupun banyak pendapat mengatakan subjek “Law of Attraction” atau Hukum Tarikan semakin merudum minatnya dikhalayak peminat dunia pembangunan diri,saya mendapati subjek ini menjadi semakin penting dan sepatutnya menjadi pengetahuan yang patut difahami ….eh kebanyakan dari kita.

Mungkin bagi sesetengah penulis atau penceramah, subjek Hukum Tarikan adalah satu “trend”. Ia adalah akibat gelombang komersial yang dilantunkan oleh Tim Pemasaran buku “The Secret”. Mereka menggunakan kekuatan media dan komersial dalam membangkitkan minat dan keinginan orang ramai tentang subjek ini.

Tetapi bagi yang sudah lama mendalami bidang minda dan juga energi, Hukum Tarikan adalah satu dari prinsip yang sudah dikongsi puluhan tahun dahulu. Ia adalah ASAS kepada hampir kebanyakan subjek-subjek baru yang sedang hangat dibicarakan oleh hampir kesemua pakar mahupun ikon terkenal dunia. Baik ia Jack Canfield, Bryan Tracy, Joe Vitale, Bob Proctor, T Harv Harker, R. Kiyosaki dan ramai lagi ikon yang tidak mampu saya sebutkan di sini sebenarnya membawa secara tidak disedari konsep ini.

Di Indonesia juga semakin ramai pakar pembangunan diri dan jurulatih mereka membicarakan subjek ini. Cuma yang membezakannya adalah pendekatan dan kaedah yang di ambil.

Saya mengambil langkah berani membawa satu seminar yang akan memgupas secara total subjek Hukum ALam Semesta ini. Program yang akan dipanggil Seminar HUKUM TARIKAN.

Disebalik ramai individu berhempas pulas melawan arus dan hukum alam ini, kebanyakan mereka yang sukses adalah yang bergerak dan bertindakbalas dengan baik pada satu sistem “operating” alam ini. Allah Swt-Tuhan kepada Alam Smesta ini telah mencipta FITRAH buat segala ciptaanya. Yang menentang dan melawan FITRAH adalah yang melawan kebaikan. Jika matahari difitrahkan dari timur ke barat, jika bola yang dilantunkan ke atas akan jatuh semula ke bawah, begitu juga dengan banyak lagi FITRAH ALAM SEMESTA yang tidak mampu dilihat dan difahami secara fizikalnya.

Inilah sains METAFIZIK. Dunia SPIRITUAL yang sepatutnya kita fahami dan hayati supaya kita bersatu dengan ALAM dengan penuh energi kebahagian dan dilimpahi kemakmuran.

Seminar ini akan digerakkan mulai tahun 2010. Ia akan bermula pada bulan hadapan.

Saya MENJEMPUT rakan-rakan dan peminat dunia ALAM BAWAH SEDAR dan DUNIA METAFIZIK untuk menghadiri SEMINAR yang akan saya kendalikan pada bulan JANUARI ini. Bagi pengamal dan peminat penyembuhan dan terapi energi, saya alu-alukan kehadiran anda untuk memahami secara ilmiah dan saintifik apakah itu DUNIA ENERGI ALAM.

Sila rujuk artikel di bawah untuk keterangan lanjut.

Salam Sukses….

SEMINAR HUKUM TARIKAN!

Friday, December 25th, 2009

“Bagaimana Menggunakan Hukum Tarikan Untuk merealisasikan Kejayaan & Kemakmuran di dalam hidup Anda Sekarang!”
Hidup Anda Bertindakbalas Berdasarkan Oleh HUKUM ALAM Yang Berfungsi Mengikut FITRAH Yang Diciptakan Oleh ALLAH SWT. KETAHUILAH Bagaimana Anda MAMPU Menggunakan HUKUM Ini Untuk Memanifestasikan KEINGINAN Dan IMPIAN Anda.

Asalamualaikum wbt,

Telah banyak buku ditulis dan mengungkapkan ”rahsia” sukses. Telah banyak seminar motivasi dan kejayaan yang diselenggarakan. Telah banyak peserta yang mempraktikkan apa yang ditulis di pelbagai buku dan yang diajarkan oleh ramai Speaker mahupun Penceramah. Namun bagaimanakah hasilnya?

Kajian membuktikan bahawa BANYAK yang tidak berhasil mencapai apa yang diimpikan walaupun telah melakukan usaha yang kuat, mengikuti segala strategi, mempraktiskan pelbagai teknik, dan melakukan apa yang mampu mereka lakukan . TETAPI mengapa ini semua masih terjadi?

Jawapannya sangat MUDAH. Pelbagai pelatihan dan buku tersebut tidak mengulas secara mendalam RAHSIA dan KUNCI SUKSES yang paling asas iaitu RAHSIA HUKUM ALAM atau dikenali sebagai Universal Law.

Hukum Alam Semesta Yang Tersembunyi!
Anda telah mendengar dan mengetahui tentang satu hukum alam yang kerap disebut oleh ramai individu. TETAPI, ADAKAH ANDA BENAR-BENAR MEMAHAMINYA DAN MENGHAYATINYA?

pendekatan Penyembuhan & Psikologi Energi.

Untuk Pertama Kalinya.. SEMINAR HUKUM TARIKAN (Law Of Attraction) Dikendalikan SECARA TOTAL Di dalam Bahasa Melayu

SEMINAR HUKUM TARIKAN (LAW OF ATTRACTION-LOA)

10hb Januari 2010 Pukul 10.00am – 16.00om

Kuala Lumpur

Yuran Penyertaan : RM150.00

(Tempat adalah TERHAD)

Jurulatih: Amar Mahmood

Ketahui Rahsia Perubahan Luar Biasa untuk Hidup Anda, Seperti yang Telah Dialami Oleh Jutaan Individu Yang Menggunakan dan Mengetahui HUKUM ALAM Ini!

Workshop ini akan memberi Manfaat Kepada Peserta Untuk:-

•Memahami dan Mengetahui FITRAH ALAM yang menjadi KUNCI segala kejayaan.
•Mengaktifkan dan memperkuat KUASA TARIKAN di dalam diri untuk meraih KEJAYAAN, khususnya dalam aspek yang anda kehendaki. (menjadi Magnet Kejayaan).
•Memahami dan Memanfaatkan HUKUM TARIKAN Untuk mencapai IMPIAN dan MATLAMAT Anda.
•Mengetahui apakah “Operating System” yang bekerja di Alam Semesta ini.
•Mengetahui jawapan mengapa Orang gagal terus mengundang kegagalan manakala Individu berjaya kerap merai kejayaan.
•Mengetahui elemen-elemen POTENSI TERSEMBUNYI (Hidden Potential) yang menjadi KUNCI kepada kejayaan di dalam kehidupan.
•Mengetahui kaedah dan tips mudah meningkatkan daya tarikan (magnetik) anda untuk mengundang kejayaan dan kemakmuran-Untuk Mengubah Kehidupan Anda.
•Mengembangkan dan Peningkatan Kesedaran Melalui Pembelajaran Dari Alam Bawah Sadar
•Mempunyai kemampuan untuk mampu menarik dan mengatur keberuntungan sehingga lebih mudah mendapatkan kejayaan.
•Meningkatkan sensitiviti peserta dengan energi diri, rumah, pesekitaran diri dan Alam Semesta.
Apa yang akan anda pelajari?

Melalui Program yang disusun secara holistik, ilmiah dan inspirasi ini, Seminar akan mendedahkan:

Sesi 1

•Energi Makro Kosmo- Hukum Alam Semesta
•Memahami Apakah Itu Fitrah Alam
•Apakah itu Hukum Tarikan
•Kenapa & Bagaimana Hukum Tarikan beroperasi di dalam kehidupan anda.
•Apakah itu Hukum Getaran dan bagaimana hukum asas ini sepatutnya benar-benar difahami sebelum dari pada hukum yang lain.
•Bagaimana memastikan Hukum Getaran ini diapplikasikan secara betul.
Sesi II

•Energi Mikro Kosmo-Sistem Aura Manusia
•Dan banyak lagi Yang HANYA AKAN DIDEDAHKAN DI SEMINAR tersebut!!!

Note:

Di Dalam Seminar Satu Hari Ini Anda Akan Dibawa Kepada Suatu Pemahaman Dan Pengalaman Baru Tentang Alam Bawah Sadar (Metafizik) Anda Yang Belum Anda Ketahui Selama Ini!!!

PASTIKAN ANDA MENGHADAPI TAHUN 2010 DENGAN ILMU DAN PENGETAHUAN AKAN MEMBANTU ANDA MENCAPAI MATLAMAT DAN IMPIAN ANDA DENGAN LEBIH MUDAH DAN CEPAT!!!
***

Untuk mengikuti WORKSHOP atau PROGRAM yang dianjurkan oleh kami, Sila uruskan pembayaran anda melalui:-
Bank : MAYBANK – 1540-1738-3350
Akaun : Amar Mahmood

Kemudian hantarkan nama dan detail bayaran anda melalui email ke :- amar_sukses@yahoo.com atau SMS ke 017-6839638.

Sekian …Terima Kasih

Tim Pengurusan Al Qudrah Training & Consultancy

Workshop Emotional Freedom Technique (KL-Dec’09)

Monday, December 7th, 2009

TAHUKAH ANDA …60 ke 90% daripada rawatan di klinik dan hospital adalah berkaitan dengan masalah emosi dan stres. 

WORKSHOP TERAPI EMOSI : EMOTIONAL FREEDOM TECHNIQUE (EFT)

Workshop berasaskan pendekatan terapi ini secara khusus didesain dengan tujuan untuk membantu peserta pelatihan mengalami Transformasi Kehidupan secara holistik dan menjalani kehidupan dengan lebih positif.  

Apakah anda :  

  1. Mempunyai motivasi yang tidak stabil?
  2. Kerap rasa takut, marah, bimbang yang melampau, runsing, takut dan pelbagai situasi emosi di dalam bidang yang anda ceburi?
  3. Telah mencuba pelbagai cara untuk memotivasi diri, mendatangi berbagai seminar, membaca banyak buku positif, melakukan afirmasi, visualisasi, dreambuilding, goalsetting namun masih juga gagal mengubah / meningkatkan situasi kehidupan anda?
  4. Ingin mempunyai kemampuan untuk menarik dan mencapai kejayaan dengan lebih cepat dan mudah?
  5. Ingin menjadi magnet yang menarik pelbagai situasi, keinginan dan impian Anda?

Jana Kecerdasan Emosi (EQ) Anda Sekarang!

Manusia adalah “makhluk beremosi”. Dengan emosi, kita sebagai seorang insan dibezakan dengan makluk Allah yang lain. Di dalam menghadapi kehidupan zaman moden yang penuh dengan cabaran dan tekanan, kita tidak mampu lari dari menghadapi pelbagai emosi yang akan mempengaruhi setiap situasi dan keputusan yang kita lalui di dalam kehidupan kita.

KESIHATAN EMOSI (Emotion Health) mempunyai kesan besar kepada POTENSI DIRI yang mampu dijana oleh seseorang indvidu. Individu yang sihat mempunyai EMOSI YANG POSITIF seperti kegembiraan, ceria, damai, bahagia dan sebagainya. Insan yang BERFIKIRAN POSITIF juga datang dari EMOSI YANG POSITIF.

Jika kita sering mengalami stres, ketakutan, runsing, gementar, takut dan pelbagai lagi emosi negatif yang lain, bagaimanakah kita mampu  menjana MINDA yang POSITIF?. Apatah lagi  untuk menjana KEKUATAN MINDA (Mind Power) yang kita dimiliki ini?.

Tahukah Anda? Di dalam buku David Goleman (1995) yang terkenal “Emotional Intellingence” mengatakan:-

80% kejayaan seseorang bergantung pada EQ atau Kecerdasan Emosi-nya berbanding dengan cuma lebih kurang 20% sahaja yang disebabkan oleh IQ atau Kecerdasan Intelek-nya.

Pendapat ini sejajar dengan pandangan yang mengatakan kita memerlukan lebih daripada  kemampuan IQ untuk lebih berjaya dalam hidup. Antara kajian terkenal yang dijalankan oleh seorang pakar saikologi Mayer (1993) mendapati:- 

Mereka yang mempunyai tahap IQ yang tinggi, tidak semua mencapai kejayaan yang cemerlang sama ada dalam kerjaya mereka, mahupun dalam kehidupan peribadai masing-masing. Sebaliknya individu yang mempunyai EQ yang tinggi memperlihatkan pencapaian kehidupan yang lebih tinggi terutamanya melibatkan bidang kepimpinan.

Emosi Memberi Kesan Besar kepada Kesihatan Tubuh Anda

EMOSI negatif jika tidak ditangani dengan baik dan berkesan akan memberi impak negatif kepada kesihatan tubuh fizikal. Fakta menunjukan stres adalah ‘pembunuh senyap’ kerana KAJIAN TERKINI MENDAPATI HAMPIR 80% DARI MASALAH KESIHATAN BERPUNCA DARI MASALAH EMOSI DAN STES. Kerana itulah stres dikenali sebagai PUNCA utama kepada hampir kebanyakan penyakit yang dihadapi oleh ‘manusia moden’.Masalah jantung, hipertension atau darah tinggi, sakit saraf, lemah antibodi, obesiti, penuaan, migrain melampau dan sebagainya adalah simptom dari masalah emosi.

Individu yang gagal mengurus dan mengendalikan emosi mereka sering mengalami situasi kehidupan yang negatif.

Tahukah Anda Bagaimana Emosi Mempengaruhi Nasib Dan perjalanan Kehidupan Anda? 

Ramai dari kita tidak sedar bagaimana KUASA TARIKAN EMOSI mempunyai kesan yang sangat besar di dalam kehidupan kita setiap hari. Kerana itu orang melayu selalu mengatakan bahawa rumahtangga atau suami isteri yang selalu bergaduh di rumah akan menjauhkan rezeki mereka. Dan orang-orang tua juga sangat marah jika di pagi hari anak-anak menangis atau berlaku pergaduhan di rumah. Ini kerana ia akan memberi nasib yang tidak baik sepanjang hari. Ini membuktikan bagaimana emosi yang negatif HANYA MENARIK NASIB dan SITUASI KEHIDUPAN YANG NEGATIF kepada Anda.

Ini sebenarnya menjelaskan HUKUM TARIKAN atau popular dengan panggilan LAW of ATTRACTION yang mengatakan, “kita menarik apa yang kita vibrasikan atau kita getarkan“. Ramai manusia fokus pada kejayaan tetapi sebenarnya mereka hanya mengetarkan energi kegagalan atau ketakutan di sekeliling medan energi atau medan aura mereka. Malahan jika dibandingkan antara individu yang sedang berfikiran positif dengan seorang individu yang sedang marah, ramai setuju bahawa energi orang yang marah adalah lebih terasa getarannya.  

Atas kesedaran betapa pentingnya kesedaran dan ilmu untuk mengurus emosi dan stres, kami di AL QUDRAH Training & Consultancy telah mengendalikan satu program pengurusan emosi dan stres yang HOLISTIK (menyeluruh) dan ILMIAH. Melalui program  ini kami akan mendedahkan satu TERAPI EMOSI YANG PALING TERKENAL DAN POPULAR di seluruh dunia. Terapi ini juga telah digunakan oleh ribuan ahli perubatan, psikologis dan kounselor di dalam dunia pembangunan diri.

WORKSHOP Yang MENJANA KUASA POTENSI EMOSI Anda!

  “Pelajari Terapi yang mengabungkan Kaedah Perubatan Kuno Cina yang telah berusia lebih dari 2,000 tahun dengan  TEKNOLOGI TERKINI di dalam perubatan  alternatif  penyembuhan energi….”  

Terapi Emotional Freedom Techniques (EFT) adalah kaedah rawatan energi yang mengapplikasikan falsafah dan prinsip perubatan akupuntur dengan rawatan alternatif penyembuhan energi (Bio-energi). Ia dikenali sebagai Cabang Rawatan Energi yang dikenali sebagai Psikologi Energi (Energy Pyschology) di khalayak pakar-pakar perubatan alternatif dan juga pakar saikologi moden.  Kaedah ini adalah berdasarkan pertemuan terkini berhubungkait antara sistem energy(tenaga) manusia, emosi dan kesihatan tubuh fizikal Anda. Ia sangat POPULAR dan MENDAPAT sambutan yang positif dan luas dari pelbagai golongan individu.

EFT diasaskan oleh Gary Craig seorang Jurutera yang telah mendalami perubatan alternatif selama bertahun-tahun sebelum itu. EFT direkodkan telah berjaya menyelesaikan ribuan kes yang meliputi masalah kesihatan emosi, kesihatan fizikal dan isu-isu pencapaian cemerlang diri (rujuk laman rasmi EFT iaitu www.emofree.com untuk mendapatkan ribuan testimoni yang telah didokumentasikan di laman web tersebut).

Tujuan pelatihan secara spesifik meliputi:

1.    Membantu peserta pelatihan mengenal, mengetahui dan mengurus emosi yang dihadapai setiap hari.

2.    Membimbing peserta kaedah yang betul dan berkesan teknik terapi diri (self-therapy) yang secara klinikal telah teruji mampu dengan sangat cepat membantu seseorang untuk mengenali dan menghancurkan mental block penghambat sukses dalam banyak aspek kehidupan.

3.    Peserta pelatihan mampu melakukan self-therapy dengan efektif, cepat, dan permanen. 4.  Mengaktifkan dan memperkuat The Law of Attraction dalam diri untuk meraih kejayaan.

5.    Meningkatkan 3 KUASA KECERDASAN manusia iaitu kecerdasan Minda, Emosi dan Spiritual.

6.    Menemukan missing link yang menjadi kunci keberhasilan di dalam aspek kehidupan (Success Magnet)

Apa yang Akan Anda Perolehi Dari Workshop ini? Program yang dikendalikan untuk dua hari  ini akan mendedahkan :-

  • Falsafah dan prinsip disebalik Kuasa Pembebasan Emosi
  • Manusia dan Sistem Energi Hayat
  • Pengurusan dan Kecerdasan Emosi(EQ)
  • Memahami Stres dan  Kesan Psikosomatik
  • Hukum Tarikan  (Law of Attraction) & Kuasa Energi
  • Hubungan antara minda, emosi dan spiritual
  • Kaedah menjana Potensi Minda dan Mengakses Kemampuan Minda Bawah Sedar.
  • Cara Kerja Otak, Memori, dan Fikiran
  • Mengarahkan Fikiran dan Perasaan Agar Bekerja Selaras dengan Tujuan Anda,
  • Meningkatkan Kecerdasan Emosi (EQ),
  • Meningkatkan Kecerdasan Spiritual (SQ),
  • Menghilangkan Hambatan Emosi dan Rasa Takut Sukses,
  • Penyelarasan antara Fikiran (Thought), Emosi (Emotions) dan Kepercayaan (Beliefs)
  • Hubungan Kesedaran (Consciousness), Emosi (Emotions), dan Kepercayaan (Beliefs)
  • Memahami Emosi
  • Emosi Sebagai Bahasa Doa Yang Efektif
  • Memahami dan Memanfaatkan The Law of Attraction(LOA) dalam mencapai goals / Impian
  • Teknik Terkini Terapi Emosi yang Terkenal iaitu Emotional Freedom Technique (EFT)
  • Keseluruhan Prosedur  dan Protokol EFT berdasarkan Manual Rasmi EFT.
  • Basic Tapping Procedure
  • The Short Cut Application
  • Applikasi dan Terapi EFT berkaitan isu Fizikal dan Emosi
  • Membongkar 30 tips yang akan meningkatkan kemampuan minda dan emosi anda.
  • Dan banyak lagi….

Berikut adalah MANFAAT yang akan diperolehi oleh peserta yang mengikuti program ini:-

Kemampuan Mengurus dan Membebaskan diri dari PELBAGAI ISU EMOSI baik yang ringan mahupun kepada masalah EMOSI yang berat dalam tempuh yang singkat (minit hingga ke jam berbanding dari bulan atau ke tahun. Contoh : trauma, fobia, rungsing/anxiety, risau, takut, gementar, kesedihan, murung/depresi, panik/kecemasan dan lain-lain lagi)

Mengatasi masalah kesakitan dan simptom fizikal walaupun method yang lain telah gagal sebelumnya (contoh migrain teruk, pening kepala, sakit sendi, hipertension, gejala simptom stres, jantung berdebar, sesak nafas, penyakit kronik seperti kanser/barah-sebagai mengatasi masalah ketidakstabilan emosi dan pelbagai sakit fizikal yang lain).

Mengatasi tabiat atau habit negatif seperti mengigit kuku jari, ketagihan merokok, masalah makan yang menjurus kepada obesiti, gangguan tidur/insomnia dan sebagainya.

Memecahkan halangan minda (limiting belief/mental block), memprogram semula mindset atau kepercayaan positif, meningkatkan kecerdasan otak seperti penumpuan dan daya fokus) dan membina fikiran yang positif.

Menjadi terapi pelengkap kepada pelbagai teknik dan kaedah pembangunan diri yang lain seperti KUASA MINDA dan HIPNOSIS.

Terapi yang berguna dalam meningkatkan PRESTASI kerjaya, bisnes, akademik, pencapaian persembahan (peak performance), pembangunan pesonaliti dan sebagainya.

Siapakah Yang Patut Menghadiri WORKSHOP Ini?

  • Mereka yang menghadapi masalah emosi seperti murung, risau, runsing, sedih, takut dll.
  • Mereka yang ingin mengubah (membangunkan) dan meningkatkan potensi kekuatan minda
  • Mereka yang selalu tertarik dengan subjek tentang HUKUM TARIKAN, KUASA MINDA, PENYEMBUHAN ENERGI, ESQ dan lain-lain.
  • Ibubapa yang mempunyai anak bermasalah atau yang ingin meningkatkan prestasi belajar anak.
  • Suami Isteri, yang ingin menjaga atau meningkatkan hubungan.
  • Pelajar/Remaja yang mempunyai masalah atau yang ingin meningkatkan prestasi.
  • Dokter, ahli kesihatan alternatif, Juruterapi rawatan energi dll, demi meningkatkan keberkesanan proses penyembuhan pelanggan.
  • Ahli Psikologis, Kounselor, Motivator, Jurulataih dll; untuk membantu menangani isu  dan masalah saikologi klien.
  • Pengurus, Pemimpin, Peniaga/Bisnesman, Pegawai Sumber Manusia dan lain-lain,
  • untuk mengatasi dan meningkatkan prestasi kerja dan pembangunan diri.
  • Mahasiswa atau pelajar, yang ingin meningkatkan prestasi akademik.

Sekian..

Amar Mahmood

Konsultan/ Jurulatih
AL QUDRAH Training & Consultancy
No 81-1 Jalan TU41
Taman Tasik Utama
Air Keroh Melaka
 

“Jana KECERDASAN Dan KUASA EMOSI  Anda  Hari Ini Dengan TERAPI EMOSI Yang Telah Dimanfaatkan Oleh Ribuan Individu.

Package Program A.   Workshop dalam Bahasa Melayu B.   Manual Workshop C.   Sijil Penyertaan D.   Koleksi Ebook tentang EFT termasuk 2 Ebook oleh Juruterapi terkenal EFT bernilai RM150.00

Workshop : Yuran selepas diskaun adalah RM350.00 (yuran asal adalah RM450.00)
Tarikh : 19hb Disember 2009
Lokasi : Kuala Lumpur (tempat akan diberitahu sedikit masa lagi)
Masa : 10.00am-4.00pm

Untuk mengikuti WORKSHOP atau PROGRAM yang dianjurkan oleh kami, Sila uruskan pembayaran anda melalui:-
Bank : MAYBANK  - 1540-1738-3350
Akaun : Amar Mahmood

Kemudian hantarkan  nama dan detail bayaran anda melalui email ke :- amar_sukses@yahoo.com atau SMS ke 017-6839638.

Sekitar Seminar Kecemerlangan E-Kasih Negeri Melaka

Monday, November 23rd, 2009

Tarikh : 21hb Nov 2009
Jam : 9am Hingga 4.00pm
Dewan Japerun Rumbia Alor Gajah Melaka
Anjuran : Kerajaan Negeri Melaka melalui Insitut Pengurusan & Intergiti Melaka(INSPIM)




 

Semua individu INGIN berjaya..

Sunday, November 22nd, 2009

Alhamdulillah, semalam saya selesai mengendalikan satu program seminar anjuran Kerajaan Negeri Melaka. Seminar tersebut adalah Seminar Kecemerlangan & Peningkatan Taraf Hidup Peringkat Alor Gajah.

Program sehari ini mendedahkan saya dengan ratusan peserta yang hadir dengan keinginan membina dan menjana kecemerlangan di dalam hidup. Saya terharu kerana ramai juga yang berumur di dalam lingkangan 50 tahun. Rata-rata dengan pelbagai situasi kehidupan, pengalaman dan jerit perih kehidupan.

Saya hadir dengan perkongsian ilmu dan pengetahuan untuk mereka berubah dan berjaya.

Kalangan mereka adalah ibu tunggal, mereka yang mempunyai masalah di dalam kehidupan dan mempunyai keinginan tetapi tidak tahu bagaimana mahu ke depan.

Saya gembira kerana mendapat pengalaman berharga semasa berdepan dengan peserta. Tahniah buat INSPIM terutama kepada En Hafiz dan En Aznan yang banyak membantu.

Insya Allah, program seterusnya adalah peringkat Melaka Tengah akan dijayakan.

Saya akan memuat turunkan beberapa gambar buat koleksi di Blog ini.

Salam