Hari ini saya ingin berkongsi sedikit perkembangan terkini tentang aktiviti saya kepada saudara sekalian. Artikel ini lebih personel dan lebih panjang. Tetapi saya perlu war-warkan supaya manfaatnya melebar kepada mereka yang memerlukannya.
Baiklah…
Islam diamanahkan kepada Rasulullah saw dengan siap terkandung satu PRINSIP saikologi kejayaan yang wajip kita pelajari. Prinsip kejayaan tersebut kerap saya sentuh dan saya lontarkan di dalam penulisan saya di sini. Prinsip tersebut adalah VISI atau MATLAMAT. Atau kadang kala kita sebut juga sebagai IMPIAN.
Al Quran dengan indah telah melukiskan gambaran dan imaginasi tentang Syurga. Berulang-ulang kali gambaran dan keindahan tentang syurga difirmankan oleh Allah swt kepada pembaca Al Quran.
Islam menjadikan syurga sebagai VISI atau MATLAMAT TERAKHIR Umat Islam. Hikmah yang boleh kita ambil adalah supaya visi kita diakhirat nanti melekat di dalam minda sehingga menjadi pendorong atau menjadi motivasi kepada kita untuk berkerja dan berusaha mendapatkan visi kita tadi.
Kita wajib mengambil pengajaran dari prinsip yang diterjemahkan dari Al Quran tersebut. Semua manusia perlu punya visi atau matlamat dalam memotivasikan diri mereka untuk mencapai impian mereka. Ia tidak terkecuali buat diri saya.
Selepas penerbitan buku Rahsia Minda Jutawan, saya melibatkan diri di dalam bidang latihan pembangunan diri dengan bergerak sebagai “freelance trainer”. Bererti saya menjalankan aktiviti pelatihan tanpa satu platform fizikal yang tetap. Kebanyakan aktiviti di Melaka di jalankan oleh sebuah syarikat latihan kendalian rakan saya. Kebanyakannya berbentuk “In house” training dan skop yang kecil. Manakala di peringkat nasional saya menjalankan aktiviti kerjasama bersama seorang jurulatih yang saya hormati iaitu Master Hazil dalam sesi Bengkel Kuasa Aura Magnet kekayaan (Insya Allah akan war-warkan jadual barunya).
Alasan saya kurang memberi penumpuan dalam bidang ini kerana saya terikat dengan dua lagi perniagaan yang telah saya kendalian lama sebelum saya menceburi bidang pembangunan diri. Ini menyebabkan aktiviti saya dalam bidang latihan agak terbatas.
Tetapi selepas hampir tiga tahun di dalam bidang ini, saya dapati banyak pekara yang boleh saya sumbang dan kongsikan di dalam membawa sesuatu kelainan di dalam bidang ini. Pengamatan saya ada banyak subjek yang penting tetapi kurang ditekankan terutama di dalam masyarakat melayu.
- Pertamanya, kurang kesedaran dari masyarakat.
- Kedua kurang jurulatih yang membawa pedekatan ini secara serius.
- Ketiga masalah yuran penyertaan kursus/program yang tinggi kerana ia dibawa/dikendalikan oleh jurulatih dari luarnegara.
- Dan keempat, kursus atau penyediaan pengetahuan ini sangat terhad hanya di kota-kata besar sahaja. Terutamanya di KL dan Selangor.
Berlainan jika dibandingkan dengan perkembangan di beberapa negara luar. Saya beberapa kali ke Indonesia dan saya juga mengikuti rapat perkembangan ilmu di dalam bidang pembangunan diri di sana. Saya tertarik dan sangat terkesan dengan apa yang berlaku di dalam cara mereka membawa kepelbagaian kaedah dan modaliti di dalam bidang pembangunan diri. Bukti terdekat yang kita boleh bandingkan adalah dengan melihat bagaimana kepesatan buku-buku terutama di dalam bidang ini diterbitkan dan dihasilkan. Mereka sangat produktif dan kaya dengan kepelbagaian.
Jika anda tidak percaya cuba anda risik syarikat-syarikat penerbitan buku di Malaysia. Tanya mereka bagaimana pesatnya bidang penerbitan di Indonesia. Jika ditakdirkan lambakan buku-buku mereka diterjemahkan dan dilepaskan di Malaysia mahu ‘tercungap-cungap’ penulis Malaysia mengejar skop ilmu yang mereka kupas di sana. Ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya.
Justeru tidak hairan ada beberapa syarikat besar dari sana yang berjaya menembusi pasaran di dalam bidang pelatihan di Malaysia. Begitu juga dari negara jiran Singapura yang turut terlibat menganjurkan banyak kursus-kursus pembangunan diri di Malaysia.
Kebanyakannya adalah dari pendekatan yang sangat kurang disediakan di Malayasia iaitu pendekatan pembangunan dari segi minda, emosi dan kerohanian. Di Malaysia bukan tidak ada yang cuba menperkenalkan pendekatan ini sebenarnya..tetapi masih sedikit penyertaannya dan kurang penonjolan dari segi pemasaran. Saya kurang pasti alasan lainnya.
Saya di Melaka. Sebuah negari yang kecil. Saya tahu betapa tertinggalnya negeri ini di dalam bidang pembangunan diri. Hatta mennganjurkan kursus motivasi pun terpaksa mejemput motivator dari Kota besar Kuala Lumpur. Pendekatan pembangunan diri masih corak motivasi dan ceramah. Malahan di dalam latihan organisasi korporat juga banyak dari syarikat besar Kuala Lumpur.
Kerana itu selepas memikirkan halatuju penglibatan saya dalam bidang ini, saya mengambil keputusan untuk menceburi bidang ini secara sepenuh masa dan memberi komitmen yang lebih besar untuk mengembangkan lagi kaedah dan pendekatan yang banyak saya applikasikan di dalam bidang ini. Dengan itu saya telah menubuhkan AL QUDRAH Training & Consultancy (Al QUDRAH) yang bertujuan melengkapi pendekatan yang telah gunakan sebelum ini.
Alhamdulillah…. dengan kurniaan bakat dari Allah ini, juga minat dan pengalaman yang saya miliki; saya menawarkan perkhidmatan dari Pusat Latihan ini buat mereka yang berminat untuk berubah dan melakukan transformasi diri. Pemulaannya Al QUDRAH akan menumpukan kepada skop negeri Melaka dan beberapa negeri yang berdekatan dengannya. Manakala skop penumpuan awal adalah pada pembanguan remaja dan pelajar. Mungkin ada beberapa kursus dan program untuk golongan dewasa akan kami anjurkan selepas keberhasilan kami mengendalikan program untuk pelajar dan remaja.
Sila klik banner di bawah ini untuk ke Laman AL QUDRAH
AL QUDRAH menekankan pendekatan yang lebih HOLISTIK iaitu menekankan pembangunan diri dengan mengambil kira perubahan “Internal State” iaitu MINDA dan EMOSI dengan menekankan Kecerdasan Kerohanian sebagai padanan membimbing insan membangun dengan lebih mempunyai nilai murni kehidupan.
Maka selepas ini saya akan sibuk membangunkan kedua-dua weblog dan menguruskan pembangunan pusat latihan ini. Saya mohon maklumat dan informasi ini dipanjang-panjangkan terutama buat anda yang berada di Melaka atau mempunyai rakan taulan di sekitar negeri ini. Kursus pertama akan kami lancarkan di Melaka pada bulan Julai nanti. Moga Pusat Latihan ini akan mencapai visi yang terlekat pada minda ini. Moga ia memberi manfaat besar kepada pembangunan insan di Malaysia.
Salam keikhlasan
Amar Mahmood











