Archive for the ‘Bicara Penulis/Falsafah/Kritis/’ Category
Hebahan Umum
Saturday, February 27th, 2010Kebelakangan ini, blog ini tidak dapat berfungsi dengan baik kerana terdapat gangguan yang ketara ke atas file-file maklumat blog ini. Gangguan virus malware dan kehilangan file asas di dalam blog ini telah mengganggu kelancaran dan keadaaan blog ini.
Saya memohon maaf kerana masalah tersebut.
Bersama ini saya akan menggunakan blog alternatif saya iaitu :-
www.amar-mahmood.blospot.com.
Blog ini (amarmahmood.com) akan dibaikpulih sementara waktu sebelum bergerak seperti biasa.
akan dipindahkan secara berkala ke beberapa blog alternatif saya yang lain. (sila rujuk blog alternatif tersebut>)
Segala artikel
Al Fatihah..Moga Kalian Dicucuri Rahmat
Wednesday, February 10th, 2010Di kedugaan ini, aku doakan moga kalian dicucuri rahmat….ameen
AL FATIHAH buat:-
Suhaimi dan Norfadhilah bersama empat anak mereka (dari kiri) Muhammad Hanif Iman, Nurul Natasha Huda, Muhammad Danial Iskandar dan Adi Putra.
Arkib:-
SEREMBAN – Hajat enam sekeluarga untuk pulang ke Melaka selepas bercuti selama dua hari di Bukit Merah Laketown Resort, Taiping, Perak tidak kesampaian apabila kesemua mereka maut dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 252.3 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini semalam.
Kejadian pukul 1.30 pagi itu mengakibatkan Suhaimi Ghazali, 41, dan isterinya, Norfadhilah Isenin, 32, rentung apabila kereta jenis BMW 7 Series yang dinaiki meletup dan terbakar selepas merempuh belakang sebuah treler rosak yang diletakkan di lorong kecemasan.
Turut rentung ialah anak-anak mereka iaitu Nurul Natasha Huda, 11, Muhammad Danial Iskandar, 10, Muhammad Hanif Iman, 6, dan Adi Putra, 2.
——————————————————————————–
Suhaimi merupakan pengasas syarikat Fadhilat Herbs Sdn. Bhd. yang mengusahakan sejenis minuman kesihatan tradisional di Telok Mas, Melaka.
Ilmu…
Tuesday, February 2nd, 2010Jika kita rajin membaca dan mendengar berita di media-media utama, pasti kita ketahui ramai yang tertipu dengan pelbagai sistem yang berpandukan pada perkataan JUTAAN dan juga RIBUAN ringgit. Ramai yang berlumba-lumba memasuki sistem yang dikatakan akan membawa peserta ke dalam landasan menjadi seorang jutawan. Ribuan ringgit dilaburkan. Ada yang untung dan ramai yang rugi. Semua mahu KAYA.
Taukeh Ternak Lintah melarikan jutaan ringgit. Taukeh Ternak Ikan Keli menghilangkan diri. Banyak lagi taukeh atau pengumpul “duit tanpa lesen” ini melesapkan impian ribuan peseta mahu jadi KAYA. Luruh segala cita-cita dan juga harapan menggunung para perserta ini. Mereka menaruhkan risiko untuk mendapatkan sesuatu yang mereka percaya akan membantu mereka keluar dari kepompong kesusahan atau meraih hidup senang dengan cara “duit buat duit”
Selain itu, di merata bandar kita dapat melihta sendiri puluhan hingga ratusan pencuba nasib meneka nombor dengan harapan mendapat rezeki terpijak. Ada yang bertaruhkan beberapa ringgit, ada yang memperjudikan puluhan atau mungkin ratusan ringgit sehari. Harapannya??…mahu jadi KAYA… mahu dapat DUIT TERPIJAK.
Benarkah ini cara yang betul mahu hidup senang? Adakah ini cara yang digunakan oleh Syed Mokhtar, Ananda Krishna, Datuk Mustapa dan ramai lagi jutawan di Malaysia mencapai impian mereka? Berapa ramai yang benar-benar KAYA dan SUKSES dengan cara begini?
Sebenarnya, Orang yang menggunakan kaedah seperti yang disebutkan di atas adalah mereka yang berpegang pada prinsip HIDUP INI SEKADAR NASIB, HIDUP INI HANYA KEBETULAN, HIDUPAN INI ADALAH PERJUDIAN. Mereka tidak percaya atau tidak yakin mereka mempunyai KEMAMPUAN untuk mencorakkan kehidupan berdasarkan apa yang mereka mahu. Mereka HILANG KAWALAN ke atas kehidupan mereka sendiri. Mereka membiarkan hidup mereka bergerak ditiup oleh pergerakan alam. Untuk sabut timbul!
HIDUP adalah ILMU. ILMU itu penyuluh jalan merentas kehidupan kita. Mahu sukses adalah ilmu. Mahu KAYA juga adalah ilmu. Islam menekankan pembangunan AKAL dengan ILMU. WAJIB kita belajar. Apakah prinsip atau hukum untuk berjaya? Apakh rahsia dan prinsip untuk mencapai kekayaan?
Individu ramai yang membiarkan nasib menentukan takdir merkea. Walhal, Allah swt menekankan betapa manuia itu yang perlu menggbah nasib mereka.
Berapa ramai yang tahu kunci yang mencorakkan nasib mereka banyak di dalam diri mereka sendiri? Berapa ramai yang tahu apa peristiwa atau pengalaman yang mereka lalui adalah ditarik oleh diri mereka sendiri? Adakah mereka tahu betapa mereka mampu mengawal perjalanan kehidupan mereka dengan menggunakan kemampunan yang mereka miliki?
Inilah masalahnya. Ramai yang malas untk belajar mengubah kehidupan mereka. Mereka mahu kaya mudah tanpa ilmu. Kerana itu ramai yang tertipu.
Perbezaan ketara antara seorang yang gagal dengan individu yang sukses bukan pada paras rupa. Bukan juga pada tahap pendidikan. Bukan juga latar belajang kehidupan. Tetapi perbezaan yang paling ketara adalah ilmu yang dimiliki.
Ilmu itu kunci membangunkan potensi ayng dimiliki oleh seseorang insan.
Bolehkah Masalah Yang Dihadapi Di dalam Kehidupan Dirawat?
Monday, January 25th, 2010Sepanjang penglibatan saya di dalam bidang pembangunan diri, saya dapati betapa rendahnya kesedaran tentang masalah kehidupan terutamanyan berkaitan psikologi (seperti kerap gagal di dalam bidang yang diceburi, masalah keyakinan diri, mengalami kesusahan, nasib malang, kerap menghadapi emosi kesedihan, susah hati, murung atau merasa tidak bahagia di dalam kehidupan, dan sebagainya) dikendalikan dengan betul dan berkesan.
Selalunya jika kita pening kepala, demam, sakit badan, atau mengalami pelbagai masalah kesihatan fizikal, kita akan SEGERA berjumpa ahli perubatan untuk mendapatkan nasihat. Selalunya klinik dan hospital adalah lokasi yang dicari.
Sebalikya masalah kehidupan (seperti yang saya sebutkan di atas) yang kerap dihadapi dan selalunya memberi kesan yang sangat besar di dalam kualiti kehidupan yang dihadapi oleh ramai individu- tidak pula mencari ahli atau nasihat dari mereka yang sepatutnya. Selalunya mereka menghadapi situasi dan masalah tersebut bersendirian tanpa panduan dan ilmu yang betul. Bagi yang ada inisiatif, akan berusaha menghadiri ceramah motivasi atau mencari buku-buku yang mampu memberi semangat dan inspirasi untuk mereka.
Saya tidak katakan pekara itu salah, kerana memang itu adalah sebahagian dari kaedah yang boleh digunakan untuk mencari “ubat” atau mungkin ia mampu menjadi “ubat” kepada masalah kehidupan tersebut.
Saya berpendapat, MOTIVASI BUKAN RAWATAN YANG CUKUP terutama bagi mereka yang menghadapi masalah kehidupan yang lebih besar. Bagi setakat kurang semangat, mudah sedih atau gagal dalam peperiksaaan, mungkin motivasi boleh membantu. TETAPI masalah kehidupan seperti gagal dalam kerjaya, bisnes, takut menghadapi masa depan, rasa rendah diri yang kronik, masalah emosi yang teruk dan sebaginya memerlukan rawatan dan nasihat dari mereka yang ahli di dalam bidang tersebut.
Jika sakit fizikal dirujuk kepad doktor perubatan, saya percaya masalah kehidupan juga patut dirujuk atau mendapatkan nasihat dari ahli psikologi.
Kerana itu kebanyakan ceramah motivasi tidak mampu memberi impak besar di dalam perubahan situasi kehidupan yang dihadapi oleh seseorang individu. Ini pandangan saya.
Di barat, pusat terapi psikologi dan kounselor bertauliah telah menjadi satu profesion yang dihormati dan dipercayai oleh masyarakat mereka. Mereka tidak memandang ringan permasalahan kehidupan yang mereka hadapi. Malahan mereka kerap berjumpa dan mendapatkan nasihat dari pakar psikologi.
Ini sudah menjadi sebahagian dari proses pembangunan diri atau pengembangan potensi diri mereka.
Amar Mahmood
Konsultan/Juruterapi
Mentaliti…
Tuesday, January 12th, 2010Selain dari mewariskan peninggalan harta benda dan juga ilmu pengetahuan kepada anak cucu kita kemudian hari, salah satu dari warisan yang selalu diabaikan dan tidak dititikberatkan adalah warisan pemikiran kepada generasi akan datang.
Ibubapa tidak hanya memberikan harta benda kepada anak-anak mereka TETAPI mereka juga secara tidak disedari mewariskan atau meninggalkan pemikiran atau mentaliti kepada anak-anak mereka.Dan si Ibubapa juga tidak mengetahui bahawa mereka membawa pemikiran yang diwariskan dari ibubapa mereka sendiri dari satu generasi kepada satu generasi lain.
Tidak kira samada ia satu pemikiran yang positif ataupun negatif, ia selalunya turun dari satu generasi kepda generasi yang baru. HANYA dengan kesedaran dan ilmu pengetahuan yang betul mampu mengubah kotak pemikiran atau mentaliti yang mereka wariskan tersebut.
Sebagai individu yang banyak bercakap tentang mentaliti atau pemikiran, saya perhatikan Orang Melayu mempunyai satu struktur mentaliti tertentu yang menjadikan Melayu satu bangsa seperti hari ini. Yang ingin saya sentuh hari ini hanya satu dari pelbagai mentaliti tersebut.
Mentaliti tentang “security” atau keselamatan.
Walaupun setiap individu mempunyai naluri “security” secara fitrahnya, mentaliti “selamat” yang Orang Melayu miliki kerap menjadi penghalang kepada kejayaan mereka.
Setiap keputusan yang mereka lakukan kerap berlandaskan kepada mentaliti ini.
Dari segi sejarahnya, Orang Melayu adalah bangsa yang dikenali sebagai peniaga, pengembara dan individu yang dinamik. Bagaimanapun mungkin kerana kesan penjajahan yang lama, pemikiran terjajah melayu sudah diubah menjadi sebaliknya.
Orang Melayu terlalu memikirkan soal keselamatan. Pekara yang paling utama mereka ingin miliki adalah rumah. Memiliki rumah adalah lambang selamat. Orang tua selalu menekankan betapa pentingnya untuk memiliki sebuah rumah. Berbeza dengan orang cina yang selalunya bertindak untuk memiliki premis perniagaan (atau rumah kedai) kerana faktor nilai aset yang lebih besar. Orang melayu lebih sanggup membeli rumah berbanding aset pelaburan yang lain kerana mereka mahu soal keselamatan dibereskan terlebih dahulu.
Orang melayu memilih perkerjaaan di dalam sektor prkhidmatan awam juga kerana mentaliti selamat. Selamat kerana memiliki pendapatan tetap, risiko jawatan yang sangat rendah serta bantuan dari kerajaan. Mereka tidak suka berniaga walaupun Rasulullah menjadikan perniagaan sebagai 9/10 dari rezeki.
Orang cina menjadikan perniagaan sebagai punca rezeki mereka kerana mereka tahu sumber pendapatan yang besar datang dari perniagaan. Juga kerana “mentaliti survival” yang dibangunkan dari datuk nenek mereka sebagai seorang pendatang yang ingin menguasai.
Ibubapa Orang Melayu juga lebh suka anak-anak mereka tinggal berdekatan atau berhampiaran mereka kerana faktor selamat. Mereka tidak mahu anak-anak mereka pergi jauh dari zon selamt mereka walaupun anak-anak mereka mempunyai peluang yang lebih besar. Kerana itu orang melayu dahulu melepaskan terlalu banyak peluang untuk berjaya kerana faktor ini.
Manakala Orang Cina pula sanggup berpindah rendah hanya berdasarkan peluang yang mereka miliki untuk berjaya. Tidak hairan mereka boleh dijumpai walau dikampung-kampung kecil selgi terdapat peluang untuk mereka. Ini adalah “mentaliti seorang survival”.
Banyak faktor yang menghasilkan pelbagai lagi mentaliti yang mendiami setiap pemikiran sesuatu bangsa. Sejarah dan pengalaman yang dilalui oleh sesebuah masyarakat menjadikan mereka hari ini.
Kerana itu orang melayu yang berhijrah kenegara lain selalunya mudah berjaya di luar sana kerana mereka menukar mentaliti selamat kepada mentaliti survival di dalam kehidupan.
Banyak lagi soal mentaliti yang perlu kita ketahui. Kerana pemikiran inilah yang menjadikan siapa kita hari ini.
Energi Tahun Baru..
Saturday, December 19th, 2009Seminggu dua ini kita akan sibuk menerima pelbagai ucapan dan kiriman yang bertujuan untuk meraikan kedatangan tahun baru. Semalam kita meraikan sambutan Maal Hijrah dengan kesyukuran kerana diberikan kesempatan untuk terus berada di BUMI ALLAH ini. Minggu hadapan sekali lagi kebanyakan dari kita akan menerima puluhan kiriman ucapan untuk menyambut kedatangan tahun baru 2010.
Seperti biasa, tahun baru selalu datang dengan AZAM dan MATLAMAT yang baru. Mungkin juga kedatangan tahun baru ini ibarat menjadi sempadan merenung dan meneliti semula apa yang telah kita lalui sepanjang setahun yang lepas. Mungkin bagai sesetengah individu, ia tidak memberi sebarang kesan kepada kehidupan harian mereka.
Tetapi saya ingin berkongsi dengan anda NOTA berikut:
Orang yang gagal adalah orang yang hanya memikirkan kehidupan mereka hari ini sahaja. Makan dan soal pakai hanya sekitar hari ini. Esok bukan di dalam pemikiran mereka. Bagi orang yang biasa-biasa, mereka memikirkan sebulan dan ke sebulan. Mereka merancang berdasarkan dari tempuh sebulan. Manakala orang yang sederhana pula sudah mula memikirkan VISI mereka dan PERANCANGAN mereka untuk tempuh setahun.
Tetapi bagi orang yang berjaya, mereka biasanya kerap merancang dan melihat diri mereka untuk 3 ke 5 tahun akan datang. Mereka mahu LIHAT apa yang mereka lakukan pada tempuh tersebut. Tetapi lain benar bagi ORANG yang LUAR BIASA, mereka mempunyai perancangan dan wawasan yang LUAR BIASA JAUH KE DEPAN. Mungkin 10 tahun..mungkin 20 tahun. Dr Mahathir mempunyai wawasan 2020. Setiap syarikat yang besar menetapkan visi dan misi mereka untuk setiap 10 tahun. Malahan kebanyakan pemimpim besar negara mempunayai perancangan masa depan yang mececah puluhan tahun kedepan.
Untuk peringatan kita…Pemimpin Agung kita; Nabi Muhammad saw selalu memikirkan umatnya pada akhir zaman. Iaitu ribuan tahun kedepan dari zaman baginda. Betapa BESARNYA JIWA RASULLAH, mengambarkan betapa besarnya pemikiran Baginda yang sepatutnya kita ‘model‘kan dan kita tiru supaya kita berjaya dan memenuhi impian kita seperti yang telah ditunjukkan oleh Baginda..Insya Allah.
Inilah yang dipanggil “The Magic of Thinking Big”.
Saya juga mempunyai visi yang besar. Bagaimanapun, hari ini bukanlah hari untuk saya berkongsi tentang visi saya. Saya sekadar ingin berkongsi sedikit cerita dan pengalaman di pentas ini.
Setahun yang lepas saya ibaratkan sebagai FRASA “pembelajaran” saya. Seawal tahun 2009 lagi saya benar-benar melalui pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang mematangkan saya. saya percaya Allah swt ingin menyediakan saya untuk saya mencapai impian saya. Hanya selepas ogos 2009 baru saya dapat meluahkan apa yang banyak terkumpul dan tersimpan di dalam minda saya. Saya percaya, ia adalah persiapan untuk hari-hari mendatang.
Berbakikan beberapa bulan, Alhamdulillah saya mampu menterjemahkan beberapa idea dan perancangan saya dengan baik. Peluncuran Bengkel Terapi Emosi-EFT, Program Pembangunan Karakter-”Aku Sukses Mindset” Untuk Pelajar dan sudah semestinya terbangunnya AL Qudrah Training & Consultancy benar-benar meceriakan dan memberi sedikit kepuasan buat saya. Alhamdulliah atas rahmat dan limpahan kemakmuran dan berakat dari-Nya.
Hari ini saya lebih bersedia. Insya Allah dipermudahkan Allah swt dan dengan izinNya, saya akan merealitikan beberapa idea besar untuk tahun mendatang. Walau visi dan wawasan saya belum mencapai pemikiran orang yang luar biasa jauhnya, saya percaya pandangan dan jauhnya visualisasi minda ini sudah mendekati prinsip-prinsip orang yang berjaya.
Harapan saya, moga semua rakan-rakan pembaca menikmati kedatangan ENERGI TAHUN BARU ini dengan IKTIZAM dan SEMANGAT PERUBAHAN. BERANI BERUBAH adalah inti kepada kejayaan. Hanya orang yang benar-benar mahu berubah akan berjaya. Saya doakan kejayaan buat kita semua.
Salam kemakmuran…
Selamat Menyambut 1431H
Thursday, December 17th, 2009Dalam kesibukan kita mendekati tahun 2010, adalah amat mendukacitakan jika kita terlupa untuk menyambut kedatangan Maal Hijrah 1431. Semakin ramai dari kita yang semakin lupa meraikan (baca: membesarkan) hari-hari kebesaran di dalam kalender Islam.
Semakin ramai yang lupa tarikh haribulan berdasarkan kalender Islam. Malahan semakin ramai yang tidak tahu dan tidak kenal bulan-bulan di dalam kalender hijrah. Jika ditanya bulan (berdasarkan kalender Islam) apakah hari ini? Pasti ramai yang tersasul atau terpinga-pinga.
Kita sebagai umat Islam semakin terleka dengan pelbagai sambutan yang diraikan berdasarkan tahun kalender barat. Hari Kekasih (14hb) ditunggu dengan pelbagai pesta dan sambutan. Kedatangan tahun baru (kalender barat) juga disambut dengan pengisian yang selalu penuh dengan pembaziran dan kurang makna pengisian yang positif. Kita makin lalai dan lupa.
Saat saya menaip perkataan ini, kita telah berada di tahun baru 1431H. Tahun baru, tahun yang sepatutnya sudah kita isi dengan perancangan untuk berubah menjadi lebih baik dan positif.
Moga kedatangan tahun 1431 ini API MEMBAKAR SEMANGAT dan KEINGINAN kita untuk berjaya dan mencapai Impian yang kita ingini.
Saya dengan rendah hati dan penuh kesyukuran ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1431H buat semua sahabat, rakan pembaca dan insan-insan yang saya kenali mahupun yang tidak saya kenali…
Salam buat semua;
Amar Mahmood
