Archive for the ‘"Review" Buku’ Category

Definasi Qada’ & Qadar

Wednesday, January 20th, 2010

Oleh
Syaikh Muhammad bin Ibrahim Al-Hamd
PERTAMA : QADAR
Qadar, menurut bahasa yaitu: Masdar (asal kata) dari qadara-yaqdaru-qadaran, dan adakalanya huruf daal-nya disukunkan (qa-dran). [1]
Ibnu Faris berkata, “Qadara: qaaf, daal dan raa’ adalah ash-sha-hiih yang menunjukkan akhir/puncak segala sesuatu. Maka qadar adalah: akhir/puncak segala sesuatu. Dinyatakan: Qadruhu kadza, yaitu akhirnya. Demikian pula al-qadar, dan qadartusy syai’ aqdi-ruhu, dan aqduruhu dari at-taqdiir.” [2]
Qadar (yang diberi harakat pada huruf daal-nya) ialah: Qadha’ (kepastian) dan hukum, yaitu apa-apa yang telah ditentukan Allah Azza wa Jalla dari qadha’ (kepastian) dan hukum-hukum dalam berbagai perkara
.
Takdir adalah: Merenungkan dan memikirkan untuk menyamakan sesuatu. Qadar itu sama dengan Qadr, semuanya bentuk jama’nya ialah Aqdaar. [3]
Qadar, menurut istilah ialah: Ketentuan Allah yang berlaku bagi semua makhluk, sesuai dengan ilmu Allah yang telah terdahulu dan dikehendaki oleh hikmah-Nya. [4]
Atau: Sesuatu yang telah diketahui sebelumnya dan telah tertuliskan, dari apa-apa yang terjadi hingga akhir masa. Dan bahwa Allah Azza wa Jalla telah menentukan ketentuan para makhluk dan hal-hal yang akan terjadi, sebelum diciptakan sejak zaman azali. Allah Subhanahu wa Ta’ala pun mengetahui, bahwa semua itu akan terjadi pada waktu-waktu tertentu sesuai dengan pengetahuan-Nya dan dengan sifat-sifat ter-tentu pula, maka hal itu pun terjadi sesuai dengan apa yang telah ditentukan-Nya. [5]
Atau: Ilmu Allah, catatan (takdir)-Nya terhadap segala sesuatu, kehendak-Nya dan penciptaan-Nya terhadap segala sesuatu tersebut.
KEDUA : QADHA’
Qadha’, menurut bahasa ialah: Hukum, ciptaan, kepastian dan penjelasan.
Asal (makna)nya adalah: Memutuskan, memisahkan, menen-tukan sesuatu, mengukuhkannya, menjalankannya dan menyele-saikannya. Maknanya adalah mencipta. [6]
Kaitan Antara Qadha’ dan Qadar
1. Dikatakan, bahwa yang dimaksud dengan qadar ialah takdir, dan yang dimaksud dengan qadha’ ialah penciptaan, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala
“Maka Dia menjadikannya tujuh langit… .” [Fushshilat: 12]
Yakni, menciptakan semua itu.
Qadha’ dan qadar adalah dua perkara yang beriringan, salah satunya tidak terpisah dari yang lainnya, karena salah satunya berkedudukan sebagai pondasi, yaitu qadar, dan yang lainnya berkedudukan sebagai bangunannya, yaitu qadha’. Barangsiapa bermaksud untuk memisahkan di antara keduanya, maka dia bermaksud menghancurkan dan merobohkan bangunan tersebut. [7]
2. Dikatakan pula sebaliknya, bahwa qadha’ ialah ilmu Allah yang terdahulu, yang dengannya Allah menetapkan sejak azali. Sedangkan qadar ialah terjadinya penciptaan sesuai timbangan perkara yang telah ditentukan sebelumnya. [8]
Ibnu Hajar al-Asqalani berkata, “Mereka, yakni para ulama mengatakan, ‘Qadha’ adalah ketentuan yang bersifat umum dan global sejak zaman azali, sedangkan qadar adalah bagian-bagian dan perincian-perincian dari ketentuan tersebut.’” [9]
3. Dikatakan, jika keduanya berhimpun, maka keduanya berbeda, di mana masing-masing dari keduanya mempunyai pengertian sebagaimana yang telah diutarakan dalam dua pendapat sebelumnya. Jika keduanya terpisah, maka keduanya berhimpun, di mana jika salah satu dari kedunya disebutkan sendirian, maka yang lainnya masuk di dalam (pengertian)nya.
[Disalin dari kitab Al-Iimaan bil Qadhaa wal Qadar, Edisi Indoensia Kupas Tuntas Masalah Takdir, Penulis Muhammad bin Ibrahim Al-Hamd, Penerjemah Ahmad Syaikhu, Sag. Penerbit Pustaka Ibntu Katsir]
__________

Qada’, Qadar & Takdir (Nasib)

Wednesday, January 20th, 2010

RUJUKAN: BUKU ‘EMPAYAR MINDA MUSLIM’ OLEH DR DANIAL BIN ZAINAL ABIDIN Di http://formulacemerlang.com/

SOALAN: Dr Danial apakah maksud qada dan qadar, mubram dan muallaq. Dan apakah kaitannya dengan usaha serta ikhtiar yg kita lakukan? ( Di http://formulacemerlang.com/ )

JAWAPAN: Qada dan qadar ialah ketetapan Allah yang telah ditentukan sejak dari azali lagi berdasarkan ilmuNya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian seperti mana yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, sebelum kejadian alam semesta, Allah menetapkan gas atau asap akan memenuhi angkasa raya diikuti dengan kejadian bintang-bintang dan planet-planet dan itulah sebenarnya yang telah berlaku tanpa dapat dihalangi. Allah menetapkan satu bahagian oksigen perlu bercantum dengan dua bahagian hidrogen untuk menjadi air dan hakikat ini tidak dapat diubah sampai ke bila-bila. Allah menetapkan kaum wanita dan bukannya kaum lelaki yang mengandung dan melahirkan anak dan hakikat ini juga tidak boleh diubah. Allah menetapkan mata sebagai alat untuk melihat dan telinga untuk mendengar dan fungsi ini akan berterusan sampai ke bila-bila. Allah menetapkan setiap yang hidup pasti merasai mati dan tidak ada seorang pakar perubatan pun yang mampu mengubah kenyataan ini. Semua ini dan yang lain-lainnya tidak dapat diubah sebab ia adalah ketetapan Allah sejak dari azali lagi berdasarkan kebijaksanaanNya yang tanpa batas dan ia telah menjadi hukum alam yang dikenali sebagai hukum sebab musabab dan sebab akibat. Justeru, hukum alam yang berkait rapat dengan kehidupan manusia ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar.

Isu yang hangat diperkatakan tentang qada dan qadar ialah, adakah tindak tanduk manusia juga telah ditentukan oleh Allah sejak dari azali lagi?

Syed Sabiq di dalam kitabnya Al-Aqaid Al-Islamiyah berkata: “Imam Al-Khathabi telah berkata: ‘Ramai orang mengira qada dan qadar adalah pemaksaan Allah ke atas hambaNya dan manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebenarnya pandangan yang seperti ini adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah berdasarkan ilmu Allah yang Maha Mengetahui tentang kejadian yang akan berlaku berhubung semua perkara..’ Pengetahuan Allah tentang sesuatu perkara tidak akan mempengaruhi kehendak hamba itu.” Di zaman Omar Al-Khattab ra, seorang lelaki telah ditangkap kerana mencuri dan beliau telah dibawa menghadap khalifah Omar. Lelaki itu telah disoal: “Mengapa kamu mencuri?” Lelaki itu menjawab: “Kerana Allah telah mentakdirkan ini ke atas diri saya.” Khalifah Omar ra amat marah dengan lelaki ini lantas beliau terus berkata: “Pukul lelaki ini dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong tangannya.” Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: “Mengapa hukumannya begitu berat?” Berkata Omar Al-Khattab ra: “Kamu akan dipotong tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah.” Maksudnya, manusia diizinkan Allah utk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar. Hukum sebab musabab atau sebab akibat adalah takdir. Manusia dapat menolak takdir dengan takdir yang lain kerana kesemua itu telah dicipta dan ditetapkan oleh Allah bagi manusia. Justeru, takdir lapar dapat dihilangkan dengan takdir makan, takdir dahaga dapat dihilangkan dengan minum dan takdir mengantuk dapat dihilangkan dengan tidur.

Mengikut sebuah riwayat yang sahih, khalifah Omar Al-Khattab ra enggan memasuki kampung tertentu di Syam kerana ketika itu ia sedang dilanda wabak taun. Sahabat Abu Ubaidah ibn Jarrah ra bertanya kepada Omar ra: “Mengapa kamu lari dari takdir Tuhan?’ Omar ra menjawab: “Aku lari dari takdir Allah kepada takdir yang lain.” (Tarikh At-Tabari) Kesemua ini menunjukkan, Allah tidak pernah mengikat dan menzalimi manusia malah sebaliknya manusia telah diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya sendiri. Walau bagaimanapun, segala keputusan manusia tidak boleh keluar dari ruang kemanusiaan yang telah Allah tetapkan dan Allah sejak dari awal lagi telah mengetahui segala keputusan yang akan diambil oleh manusia.
Takdir mempunyai beberapa bahagian, pertama ialah takdir di dalam ilmu Allah yang azali. Ia bermaksud Allah telah mengetahui segala-galanya sebelum ia benar-benar berlaku. Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak mungkin berubah secara mutlak. Jika ia berubah ia mencacat kesempurnaan Allah dan hal ini adalah mustahil di sisi Allah. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi hamba-hambaKu.” (Surah Qaaf ayat 29) Takdir ini dikenali sebagai qada mubram atau ‘takdir yang pasti’ dan mengingkarinya akan menyebabkan seseorang menjadi kafir mengikut ijmak ulama.

Takdir yang kedua ialah takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz dan ia dikenali juga sebagai takdir mu’allaq. Mengikut K.H. Sirajuddin Abbas di dalam buku 40 Masalah Agama, takdir ini boleh berubah dari masa ke semasa, sebagai contoh, jika seseorang telah ditakdirkan hidup hingga ke usia 60 tahun, dan beliau sering menghubungkan tali persaudaraan dengan manusia, Allah mungkin menambah umurnya melebihi 60 tahun. Atau jika seseorang telah ditulis akan memasuki neraka kemudian di hujung hidupnya beliau bertaubat dan melakukan amal salih dengan penuh keikhlasan, berkemungkinan beliau akhirnya akan dimasukkan ke dalam syurga. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab.” (Surah Ar-Ra’d ayat 39) Imam Baijuri di dalam kitab Tuhfatul Murid Syarh Jauharatut Tauhid berkata: “Lauh Mahfuz, mengikut pendapat yang hak, menerima penghapusan dan penetapan.” Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik.” (TIrmIzi) Justeru, Omar Al-Khattab ra pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini ketika bertawaf: “Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku. Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan.” Dalam bab mencari jodoh, nabi sendiri menyuruh kita memilih pasangan yang betul. Oleh kerana kita disuruh memilih secara yg betul, kita mempunyai pilihan. Justeru, berusahalah dan dalam konteks perkahwinan berusahalah utk mencari jodoh berdasarkan landasan agama dan mintalah petunjuk Allah tentangnya. Allah tidak pernah menzalimi manusia.

Memahami Buku “Rahsia Minda Jutawan”

Monday, November 30th, 2009

buku

Walaupun telah hampir 3 tahun buku ini diterbitkan oleh PTS Publication, sehingga hari ini saya masih menerima banyak respon dan reaksi positif pembaca mengenai buku ini. Kebanyakan respon tersebut dikirimkan melalui email. Jika diberi peluang, saya mahu memaparkan kebanyakan email yang telah dikirimkan tersebut. Tetapi apakan daya, ia bertaburan di dalam peti email saya. Insya Allah akan saya usahakan untuk mengumpulkan semula satu persatu kiriman tersebut sebagai satu testimoni yang jujur disampaikan oleh pembaca buku tersebut. (terima kasih kepada mereka yang telah sudi mengirimkan perasaaan dan pandangan tersebut. Saya hargai kiriman tuan/puan)

Hari ini, saya ingin melakukan sedikit kupasan disebalik apa yang terisi di dalam buku tersebut. Mungkin  sudah agak terlambat saya mengupas buku ini, tetapi pengalaman berdepan dan bertemu dengan ramai individu yang menceritakan tentang buku ini menyebabkan saya termotivasi dan teringin menulis sedikit informasi yang bermain-main di dalam fikiran saya yang mungkin dapat dicatatkan di sini.

Artikel ini bagi mengulas lanjut isi dan membedah kandungan buku ini terutama bagi mereka yang masih belum dapat memahami inti sebenar di sebalik buku ini. Pepatah Inggeris mengatakan “don’t judge a book by its cover”.

Asalnya buku ini dicadangkan kepada PTS atas kandungan dan tajuk tentang KUASA dan POTENSI MINDA. Bagaimanapun atas beberapa sebab; terutama kerana sudah terdapat buku yang diterbitkan di oleh PTS yang mempunyai skop dan subjek yang sama, saya terpaksa menghantar kembali proposal baru buku tersebut TETAPI tetap saya  KEKALKAN dan menekankan subjek Pembangunan Mindset dan Potensi Minda sebagai INTI dan SUBJEK yang ingin saya sampaikan kepada pembaca.

Walaupun buku tersebut bertajuk “Rahsia Minda Jutawan“, SEBENARNYA ia adalah sebuah buku yang mengupas dan menyampaikan perkongsian tentang subjek PEMBANGUNAN MINDA dan PERUBAHAN MINDSET. Walaupun perkataan JUTAWAN terpampang dihadapan buku tersebut; sebenarnya perkataan JUTAWAN itu sendiri hanya disentuh beberapa kali sahaja di dalam buku tersebut. Keseluruhan buku tersebut LEBIH menekankan tentang kepentingan membangunkan dan membentuk mindset SERTA potensi yang dimiliki oleh minda.

Kerana itu bagi mereka yang masih belum berkesempatan untuk membaca buku tersebut akan mengatakan buku tersebut sekadar buku untuk menjadi jutawan seperti yang sedang hangat bergelora di bumi Malaysia ini. Tetapi bagi yang sudah membaca buku tersebut dan memahaminya pasti mengetahui bahawa buku tersebut adalah satu perkongsian ilmu tentang pembentukan mindset untuk SUKSES terutama di dalam subjek kemakmuran.

Kerana itu buku ini banyak saya gunakan dan kupas terutama untuk program-program mengenai peningkatan kecemerlangan, transormasi diri dan pembangunan diri. Malahan, ramai yang telah membacanya mengatakan mereka rasa puas hati, bersemangat dan termotivasi untuk mengejar kejayaan dan impian yang mula hadir di dalam imaginasi di minda mereka.

 

Seminar Kuasa Mindset : Rahsia Minda Jutawan

Sunday, November 15th, 2009

Insya Allah, sabtu ini (21hb Nov 2009) saya akan mengendalikan satu seminar membongkar kehebatan Mindset dan kepercayaan anjuran Kerajaan negeri Melaka melalui Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM). Seminar ini adalah berdasarkan buku yang telah mendapat sambutan yang sangat baik dari pencinta ilmu iaitu Rahsia Minda Jutawan.

Seminar sehari ini akan mengupas dan membongkar rahsia dan kemampuan mindset di dalam mempengaruhi dan memberi kesan kepada perubahan secara TOTAL kehidupan seseorang individu.

Seminar ini dijangka akan dihadiri sekitar 100 hingga 150 orang peserta yang dikategorikan sebagi e-Kasih dalam program pembangunan tahap hidup dan ekonomi negeri melaka.

Seminar akan menekankan pembangunan minda dan mindset di dalam membaiki kecemerlangan diri dan pencapaian kehidupan setiap hari.

Seminar ini juga adalah blue-print asal saya untuk seminar potensi Mindset yang akan dilancarkan awal tahun hadapan dengan menggunakan label buku saya iaitu “Rahsia Minda Jutawan” sebagai jenama seminar tersebut.

Setakat  ini, modul ini digerakan ke dalam organisasai dan pertubuhan yang ingin melihat perubahan secara besar dan holistik ke dalam diri seseorang individu.

Sekian.

Amar Mahmood

Penulis boleh dihubungi melalui email: amar_sukses@yahoo.com atau sms kepada 017-6839638 

Pelancaran buku “Tarik Kekayaan Dengan KUASA MINDA”

Wednesday, April 2nd, 2008

Salam Kekayaan dan Kemakmuran buat semua.

Alhamdulillah..akhirnya selepas disiapkan semenjak bulan oktober tahun lepas, buku  yang di beri nama “Tarik kekayaan dengan KUASA MINDA telah mula dipasarkan di kedai-kedai buku seluruh negara mulai minggu ini (seperti yang dikhabarkan oleh wakil PTS Pro-Saudara Roslan). InshaAllah..anda boleh mendapatkannya di kedai-kedai buku dalam masa yang terdekat ini. Tetapi bagi yang akan menghadiri  PESTA BUKU ANTARABANGSA KL nanti, pasti anda boleh memiliki buku tersebut di sana..InshaAllah.

 Jadi..apakah yang menariknya tentang buku ini..?

Saya mula menulis manuskrip buku ini secara santai selepas buku “Rahsia Minda Jutawan (RMJ)” diterbitkan sekitar bulan Feb 2007. Justeru, buku ini tidak akan lari dengan gaya dan semangat kejayaan buku RMJ tersebut. Gaya penulisan masih mengekalkan  gaya yang mudah, ringkas dan mempunyai elemen motivasi. Memang ini gaya penulisan saya masa itu kerana saya baru mula menulis dalam bahasa melayu selepas banyak menulis repot kerja (corporate writing) semasa bekerja iaitu dalam bahasa Inggeris. Jadi saya mengambil cara mudah dengan menulis gaya bahasa melayu yang mudah sahaja untuk mengelakkan kesalahan tatabahasa.

Buku ini adalah buku sekual RMJ aliran “prosperity thinking” yang saya perkenalkan pada buku RMJ. TETAPI kedua-duanya tetap  berbeza dengan setiap buku mempunyai pendekatan yang tersendiri. Walau ia membiacarakan tentang dua topik besar yang sama iaitu tentang Kekuatan Minda dan aspek KEKAYAAN /KEMAKMURAN, tetapi buku tersebut tetap saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Jika anda teliti, buku RMJ adalah buku tentang Mindset atau mentaliti mereka yang sukses dalam aspek kekayaan atau kewangan. Manakala buku “Tarik Kekayaaan dengan KUASA MINDA” ini pula menggunakan pendekatan KUASA dan kekuatan atau membicarakan tentang mencapai kekayaan dengan applikasi aliran energy dan psikologi energi yang sangat kurang didedahkan di Malaysia. Buku ini mengupas kekayaan dalam sudut yang lebih holistik iaitu dari segi kekuatan mental, emosi dan spiritual energi kekayaan itu sendiri. Pasti ramai yang kurang jelas tentang pekara ini, TETAPI bacalah buku tersebut kerana anda akan mula memahami banyak pekara-pekara metafizik yang telah  banyak menghalang atau menjadi kekangan kepada anda untuk menerima kekayaan.

Buku ini adalah pengalaman saya dalam bidang psikologi energi (iaitu meliputi terapi meridian energy  dan terapi energi aliran reiki) dan hasil keterujaan saya dengan pendekatan “the spiritual energy of money and wealth” yang dikupas di barat dengan baik sekali tetapi SEBENARNYA telah ada di ajar kepada penganut ISLAM ribuan tahun dahulu. Sangat rugi bagi kita yang mencari-cari kekayaan tetapi gagal kerana tidak memahami hukum ketetapan tuhan yang berkerja mengikut terma dan hukumnya sendiri.

Maka buku ini hadir untuk membuka minda anda tentang erti energi kekayaan itu sendiri. Tambah menarik dan ibarat kebetulan (jika kita andaikan sebegitu) apabila Guru Bio Energi iaiu Master Hazil sendiri telah memberikan sumbangan energi yang sangat besar melalui kata-kata aluan di awalan buku ini. (harap seperti yang dihantarkan semasa final manuskrip).

Jika anda sudah membaca RMJ, saya wajibkan anda membaca buku ini kerana ia melengkapi apa yang telah anda perolehi dalam buku RMJ tersebut.  Tetapi jJika anda masih belum membaca RMJ maka ANDA WAJIB MEMBELI KEDUA-DUA BUKU INI kerana anda akan mengetahui  rahsia kenapa hanya orang tertentu sahaja yang mendapat kekayaan tetapi terdapat ramai lagi di luar sana yang masih mencari-cari kekayaan yang sebenarnya BERMULA dari diri kita sendiri. Buku ini akan memberikan anda langkah yang tepat jika anda masih di dalam kesusahan atau dihimpit dengan kemiskinan. MUHASABAH diri anda  dengan membaca kedua-dua buku tersebut di samping anda akan mengetahui dan mendapat motivasi yang tak terhingga untuk memeluk kekayaan dan kemakmuran.

SAYA JAMIN anda akan tidak rugi dengan nilai wang yang anda akan “invest” untuk membeli ilmu yang terdapat di dalam buku cetakan tersebut. Seperti RMJ yang telah memasuki cetakan ke tiga dalam tempoh setahun dan menjadi antara buku terlaris sepanjang 2007 , saya optimis, “Tarik kekayaan dengan KUASA MINDA” akan mesinergikan kejayaan buku RMJ dan mencatatkan kejayaan tersendiri yang melebihi kejayaan yang diperolehi oleh pembaca RMJ dan diri saya sendiri.

Akhir kata…saya dengan lafaz BISMILLAH…melancarkan buku ini di pasaran untuk perkongsian anda. Moga ia membekalkan diri anda dengan ilmu dan rahsia untuk anda menerima dan menarik kekayaan ke dalam hidup anda setiap hari..ameen.

   “…Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
-Surah al-Thalaaq 65:2-3-

“KEKAYAAN HANYA DATANG DENGAN ANDA MENAMPAKNYA DI MINDA ANDA!”
AMAR MAHMOOD

PS: dalam masa terdekat ini saya akan membangunkan satu blog untuk menjadi wardah ilmu kedua-dua buku tersebut. Di samping ia akan membantu promosi untuk buku tersebut, blog itu nanti akan menjadi blog WAJIB LAWAT untuk mereka yang ingin mencapai KEKAYAAN dan KEMAKMURAN!!!

 

Kongsi Koleksi Ebook

Saturday, October 27th, 2007

Hari ini saya ada membina satu account Gmail untuk dikongsi buat semua pengunjung blog ini. Di dalamnya akan disimpan koleksi ebook tertentu yang boleh dibaca atau download oleh mereka yang berminat. Sebenarnya, saya menyimpan ratusan ebook dalam bidang personal growth yang dikumpul bertahun2 samada dibeli mahupun diberi secara percuma oleh penulis asal ebook tersebut. Tetapi saya hanya mampu berkongsi mana yang DIBENARKAN  (oleh penulis asal ebook tersebut) dan bersesuaian di blog ini sahaja. 

Saya akan menambah koleksi ebook ini pelahan2 atau anda boleh melawat melalui pages : Free ebook percuma

Di bawah, saya berikan username dan passwordnya sekali. Harap tidak ditukar sebarang setting account ini.

Masuk di sini : Gmail Account

Username: ebookfree4u

Password : masteramarmahmood

Moga  ia memberi manfaat untuk semua.

Amar Mahmood

Library Review: Unlimited Power & Awaken The Giant Within

Saturday, October 6th, 2007

Siapa tak kenal Anthony Robbins? Jika anda duduk dalam bidang psikologi dan personal growth, beliau bukanlah nama asing atau nama yang tidak dikenali ramai. Jika anda pengamal NLP, lebih pelik jika anda tidak mengenali beliau.  Anthony Robbins adalah guru besar dalam bidang ini. Jurulatih (Trainer) Peak Performance yang bertaraf 1st  class ini telah melatih ramai nama2 besar dalam pelbagai bidang.

Hari ini cuma sebagai syarat sahaja, 2 buah buku beliau saya review untuk saya caangkan buat yang masih belum memiliki buku ini.

Unlimited Power (1986) dan Awaken The Giant Within (1991) adalah ibarat satu module untuk pengamal NLP dan sebagai bahan asas pengamal sains minda. Buku ini sangat padat dengan term2 teknikal seperti metafora, anchoring, perseptif, fisiologi dan beberapa term yang berat untuk pegamal baru sains minda. Jadi, buku ini bukan boleh dibaca sambil berbaring atau semasa hendak tidur, pastinya anda akan terpaksa membaca buku ini berulang-ulang kali untuk difahami.

Tetapi, jika anda ingin memahami bagaimana perjalanan hidup manusia bermula dan bagaimana otak manusia berkerja, buku ini mesti anda miliki kerana jika anda membaca buku yang ditulis oleh pakar2 neorologi rasa2nya makin sukar kita hendak fahami. Tetapi sebagai seorang bukan akedamik, penulisan beliau dalam menerangkan konsep otak bekerja lebih mudah difahami.

Buku ini bukan cerita tentang kuasa LOA atau kuasa minda, tetapi ia adalah buku tentang bagaimana sistem kepercayaan manusia dibentuk dan bagaimana manusia membina kepercayaan di dalam minda mereka. Buku ini adalah tentang kerangka minda atau bagaimana anda membina struktur kepercayaan di dalam kehidupan anda setiap hari.

Hingga hari ini, saya masih membaca buku ini untuk memahami beberapa pendekatan beliau. Bagi saya , buku ini adalah buku terbaik dalam bidang seni berkomunikasi dengan diri sendiri.

Library Review: Spiritual Marketing & The Power is Within You

Tuesday, September 18th, 2007

Dalam banyak2 buku tentang kuasa minda, 3204695993.jpg Spiritual Marketing yang di tulis oleh Mr Joe Vitale benar2 telah mengubah banyak persepsi saya dalam bidang ini. Seorang pakar hypnosis, dan telah banyak mencatatkan record penjualan dalam bidang Internet Biz, Joe Vitale memang bukan asing dalam teknik2 memukau orang hanya dengan tulisnya.

Kerana itu jika anda membaca buku2 yang ditulis beliau, terdapat banyak teknik2 untuk menarik anda hingga anda membaca buku beliau sehingga habis.

Spiritual marketing asalnya hanyalah sebuah ebook yang di jual di Internet sahaja. Selepas mendapat sambutan yang sangat hangat, buku ini telah disusun semula dan telah diterbitkan ke seluruh dunia dengan nama The Attractor Factor.

Buku ini mendedahkan bagaimana langkah2 untuk mendapatkan apa sahaja yang anda inginkan berdasarkan pengalaman sendiri yang dialami oleh Mr Fire ini.

Sangat Menarik . Dan pasti memberi banyak pengetahuaan kepada anda.

Dibawah ini saya sertakan sekali satu link unuk mendapatkan ebook ini secara percuma.

Load di sini:The Spiritual Marketing

The Power Is Within You- Louise Hay.

2692930244-l.jpgBekas pengidap kanser yang telah pulih hasil pengamalan positif thinking serta terapi minda. Louise kini telah menghasilkan buku2 yang bercorak motivational serta membuat banyak ceramah tentang bagaimana menggunakan minda untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan melakukan pemulihan penyakit melalui terapi minda.

Dengan bahasa yang simple dan mudah, buku ini menyentuh tentang kekuatan minda, minda separa sedar, bagaimana memprogram minda dan sudah tentung menyentuh emosi cinta dan kasih sayang serta bagaimana teknik letting go digunakan.

Bagi saya, buku ini sangat colouring mungkin kerana beliau juga menggunakan colour therapy sebagai amalan beliau. (sangat bagus dibaca oleh kaum wanita)

Buku ini adalah buku wajib untuk dibaca bagi pengamal2 kuasa minda.

Library Review: Shalat sebagai meditasi tertinggi dalam Islam

Wednesday, September 12th, 2007

abu-sanjan.jpgSempena menyambut kehadiran ramadhan al mubarak dan menjawab banyak pertanyaan dari rakan2 yang menyuruh saya review sebuah buku bahasa melayu maka tidak boleh tidak saya teruja untuk menyambut pertanyaan mereka. Maka hari ini, saya  ingin berkongsi dengan anda sebuah buku yang sangat mendasar iaitu “Pelatihan Shalat Khusyu’-Shalat sebagai meditasi tertinggi dalam Islam oleh Abu Sangkan dari Indonesia.

Kenapa buku ini?

Asalnya ia direcommendkan oleh rakan seperjuangan – Motivator Bro Izu (moga beliau mendapat rahmat dari Allah kerana telah menunjukkan buku ini kepada saya) pada 7 atau 8 bulan yang lepas. Jadi beliau meminta saya membawa sains minda dalam konsep Islam mengikut apa yang dibawa oleh buku ini iaitu membawa meditasi dari sudut kerohanian islam. Jadi seperti yang dinyatakan oleh beliau, saya pun mencari buku ini untuk menambahkan pengetahuan saya.

Pertama kali melihat cover buku ini, saya sudah terasa energi yang datang dari buku ini. Sangat kuat vibrationnya dan terasa ruh kerohanian yang datang dari buku tersebut. Sangat tenang dan mendambakan bila merenung design buku tersebut. Jelas, buku ini ditulis oleh penulisnya dengan penuh penghayatan dan pengalaman spiritual yang kuat.

Sebenarnya, saya memang seorang peminat buku karya dari seberang. Semenjak umur saya 20an lagi saya telah mula mengumpul buku dari sebelah sana. Malahan jika saya berkunjung ke Jakarta hampir berkotak buku yang akan saya shopping. Malahan hingga kini saya masih melanggan majalah tertentu dari Indonesia. Jadi jangan terperanjat jika penulisan saya banyak dipengaruhi dgn ayat2 lenggok Indonesia.

Di kuala Lumpur, sebuah arkib di Masjid India adalah tempat rasmi kunjungan saya setiap kali ada kelapangan. Jadi apabila rakan2 menegur saya banyak review tentang buku dari barat, saya hanya tersenyum kerana buku2 melayu aliran sains minda boleh dikira dengan sebelah tangan sahaja. Tetapi koleksi buku dalam bahasa melayu saya tersangat banyak tetapi lebih bercorak spiritual, politik, ekonomi yang luar dari skop blog ini.

Okay berbalik kepada buku tersebut, apakah yang hebatnya buku itu? Ia lain dari yang lain. Solat disentuh bukan dari segi hukum dan applikasi tetapi ia adalah inti, ia adalah ruh dan ia adalah hakikat solat itu sendiri. Terlalu banyak buku menyentuh solat dari sudut fizikalnya tetapi tidak melihat solat dari segi energi, ruh, isi dan hubungannya dengan Penciptanya. Kerana itu buku ini sangat2 berbeza. Sebagai penganut Islam kita patut bersyukur kerana solat adalah meditasi tertinggi dalam kerohaniaan yang akan mencapai kebahagian dan ketenangan dalam kehidupan. Ia adalah peringkat meditasi yang sangat tinggi. Tetapi dalam Islam, ia telah diajar semenjak beribu tahun dahulu.

Kandungannya menyentuh kosentrasi, kuasa niat, aromatherapy, terapi air(wudhu’), rahsia rukun solat, dzikir dan energinya dan banyak lagi. Subhanallah… anda perlu membacanya kerana ia adalah menguatkan kekuatan minda anda. Ia menguatkan spiritual anda dalam anda mencapai kusyuk di dalam solat. Buku ini akan membawa anda mendekati, mengenal dan mencintai Allah. Ia akan mengubah “mindset” kita bahawa sholat khusyu’ itu mudah, sholat khusyu’ itu bukan diciptakan tapi diterima, seperti kita tidak diciptakan cinta tapi menerima dan merasakannya.

Di blogroll, saya masukkan sekali URL Abu Sangkan untuk anda mendalami pemikiran dari beliau.

Amar Mahmood

P.S: Kepada sahabatku Luth, anda perlu memiliki buku hebat ini. Review ini aku dedikasikan khas buat dirimu.
P.S.S: Gunakan ramadhan ini untuk mendalami rahsia yang terdapat di dalam buku ini.