Archive for the ‘Mindset, Mentaliti, Belief & Kepercayaan’ Category

WORKSHOP KUASA MINDA & ENERGI KEJAYAAN – FEB 2010

Saturday, January 23rd, 2010

Sukses adalah energi. Manusia yang SUKSES dikelilingi dengan energi atau AURA kejayaan. Samada kita sedar atau tidak, manusia berkomunikasi dengan alam (unconscious communication) untuk menghasilkan apa yang mereka lalui di dalam perjalanan kehidupan setiap hari.

Energi Diri atau AURA akan bertindakbalas dengan Energi Alam seperti Hukum Tarikan. Ini semua adalah FITRAH ciptaan Allah-Tuhan Pencipta Alam Semesta. Mana mampu kita menentang dan menongkah FITRAH yang telah dituliskan oleh-Nya.
Qada’ itu adalah hukum yang pasti. Mana mungkin api itu tidak panas. Seperti juga mana mungkin Matahari itu terbit dari Barat?.

Kerana itu adalah Hukum yang telah ditentukan oleh Sang Pencipta. TETAPI Tuhan Yang Esa mahu membuktikan Ke Esaan-Nya, Nabi Ibrahim as tidak terbakar oleh api kerana Qadar atau takdir yang hanya difahami oleh Allah swt. Begitu juga matahari yang diberitakan akan keluar dari Barat pada akhir zaman kerana membuktikan KUASA Yang MAHA Esa.

Hari ini, kita juga berdepan dengan pelbagai hukum alam yang berinteriksi berdasarkan KUASA ENERGI. Dengan memahami dan mengetahui hukum tersembunyi ini, Insya Allah Ilmu Kejayaan semakin terbuka buat kita semua.

Saya akan mengendalikan satu Workshop Holistik tentang sains Kejayaan yang merangkumi sains metafizik. Bagi yang sudah kerap gagal atau bagi yang ingin meneroka ilmu yang sangat bernilai ini, sila berkunjung ke web alternatif saya di alamat berikut:

www.al-qudrah.com/aktiviti-latihan

sekian

Amar Mahmood

Qada’, Qadar & Takdir (Nasib)

Wednesday, January 20th, 2010

RUJUKAN: BUKU ‘EMPAYAR MINDA MUSLIM’ OLEH DR DANIAL BIN ZAINAL ABIDIN Di http://formulacemerlang.com/

SOALAN: Dr Danial apakah maksud qada dan qadar, mubram dan muallaq. Dan apakah kaitannya dengan usaha serta ikhtiar yg kita lakukan? ( Di http://formulacemerlang.com/ )

JAWAPAN: Qada dan qadar ialah ketetapan Allah yang telah ditentukan sejak dari azali lagi berdasarkan ilmuNya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian seperti mana yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, sebelum kejadian alam semesta, Allah menetapkan gas atau asap akan memenuhi angkasa raya diikuti dengan kejadian bintang-bintang dan planet-planet dan itulah sebenarnya yang telah berlaku tanpa dapat dihalangi. Allah menetapkan satu bahagian oksigen perlu bercantum dengan dua bahagian hidrogen untuk menjadi air dan hakikat ini tidak dapat diubah sampai ke bila-bila. Allah menetapkan kaum wanita dan bukannya kaum lelaki yang mengandung dan melahirkan anak dan hakikat ini juga tidak boleh diubah. Allah menetapkan mata sebagai alat untuk melihat dan telinga untuk mendengar dan fungsi ini akan berterusan sampai ke bila-bila. Allah menetapkan setiap yang hidup pasti merasai mati dan tidak ada seorang pakar perubatan pun yang mampu mengubah kenyataan ini. Semua ini dan yang lain-lainnya tidak dapat diubah sebab ia adalah ketetapan Allah sejak dari azali lagi berdasarkan kebijaksanaanNya yang tanpa batas dan ia telah menjadi hukum alam yang dikenali sebagai hukum sebab musabab dan sebab akibat. Justeru, hukum alam yang berkait rapat dengan kehidupan manusia ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar.

Isu yang hangat diperkatakan tentang qada dan qadar ialah, adakah tindak tanduk manusia juga telah ditentukan oleh Allah sejak dari azali lagi?

Syed Sabiq di dalam kitabnya Al-Aqaid Al-Islamiyah berkata: “Imam Al-Khathabi telah berkata: ‘Ramai orang mengira qada dan qadar adalah pemaksaan Allah ke atas hambaNya dan manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebenarnya pandangan yang seperti ini adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah berdasarkan ilmu Allah yang Maha Mengetahui tentang kejadian yang akan berlaku berhubung semua perkara..’ Pengetahuan Allah tentang sesuatu perkara tidak akan mempengaruhi kehendak hamba itu.” Di zaman Omar Al-Khattab ra, seorang lelaki telah ditangkap kerana mencuri dan beliau telah dibawa menghadap khalifah Omar. Lelaki itu telah disoal: “Mengapa kamu mencuri?” Lelaki itu menjawab: “Kerana Allah telah mentakdirkan ini ke atas diri saya.” Khalifah Omar ra amat marah dengan lelaki ini lantas beliau terus berkata: “Pukul lelaki ini dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong tangannya.” Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: “Mengapa hukumannya begitu berat?” Berkata Omar Al-Khattab ra: “Kamu akan dipotong tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah.” Maksudnya, manusia diizinkan Allah utk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar. Hukum sebab musabab atau sebab akibat adalah takdir. Manusia dapat menolak takdir dengan takdir yang lain kerana kesemua itu telah dicipta dan ditetapkan oleh Allah bagi manusia. Justeru, takdir lapar dapat dihilangkan dengan takdir makan, takdir dahaga dapat dihilangkan dengan minum dan takdir mengantuk dapat dihilangkan dengan tidur.

Mengikut sebuah riwayat yang sahih, khalifah Omar Al-Khattab ra enggan memasuki kampung tertentu di Syam kerana ketika itu ia sedang dilanda wabak taun. Sahabat Abu Ubaidah ibn Jarrah ra bertanya kepada Omar ra: “Mengapa kamu lari dari takdir Tuhan?’ Omar ra menjawab: “Aku lari dari takdir Allah kepada takdir yang lain.” (Tarikh At-Tabari) Kesemua ini menunjukkan, Allah tidak pernah mengikat dan menzalimi manusia malah sebaliknya manusia telah diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya sendiri. Walau bagaimanapun, segala keputusan manusia tidak boleh keluar dari ruang kemanusiaan yang telah Allah tetapkan dan Allah sejak dari awal lagi telah mengetahui segala keputusan yang akan diambil oleh manusia.
Takdir mempunyai beberapa bahagian, pertama ialah takdir di dalam ilmu Allah yang azali. Ia bermaksud Allah telah mengetahui segala-galanya sebelum ia benar-benar berlaku. Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak mungkin berubah secara mutlak. Jika ia berubah ia mencacat kesempurnaan Allah dan hal ini adalah mustahil di sisi Allah. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi hamba-hambaKu.” (Surah Qaaf ayat 29) Takdir ini dikenali sebagai qada mubram atau ‘takdir yang pasti’ dan mengingkarinya akan menyebabkan seseorang menjadi kafir mengikut ijmak ulama.

Takdir yang kedua ialah takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz dan ia dikenali juga sebagai takdir mu’allaq. Mengikut K.H. Sirajuddin Abbas di dalam buku 40 Masalah Agama, takdir ini boleh berubah dari masa ke semasa, sebagai contoh, jika seseorang telah ditakdirkan hidup hingga ke usia 60 tahun, dan beliau sering menghubungkan tali persaudaraan dengan manusia, Allah mungkin menambah umurnya melebihi 60 tahun. Atau jika seseorang telah ditulis akan memasuki neraka kemudian di hujung hidupnya beliau bertaubat dan melakukan amal salih dengan penuh keikhlasan, berkemungkinan beliau akhirnya akan dimasukkan ke dalam syurga. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab.” (Surah Ar-Ra’d ayat 39) Imam Baijuri di dalam kitab Tuhfatul Murid Syarh Jauharatut Tauhid berkata: “Lauh Mahfuz, mengikut pendapat yang hak, menerima penghapusan dan penetapan.” Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik.” (TIrmIzi) Justeru, Omar Al-Khattab ra pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini ketika bertawaf: “Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku. Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan.” Dalam bab mencari jodoh, nabi sendiri menyuruh kita memilih pasangan yang betul. Oleh kerana kita disuruh memilih secara yg betul, kita mempunyai pilihan. Justeru, berusahalah dan dalam konteks perkahwinan berusahalah utk mencari jodoh berdasarkan landasan agama dan mintalah petunjuk Allah tentangnya. Allah tidak pernah menzalimi manusia.

Perubahan Minda Untuk Sukses!

Tuesday, January 19th, 2010

Perlu Perubahan Minda Agar Malaysia Capai Kejayaan

ABU DHABI: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mahu Malaysia menjadi contoh terunggul sebuah negara yang berjaya bagi abad ke-21 sambil menggesa rakyat Malaysia untuk mengubah minda mereka dan melihat kepada gambaran yang lebih besar bagi membolehkan hasrat itu tercapai.

Sambil merumuskan apa yang perlu dilakukan bagi mencapai matlamat itu, Perdana Menteri berkata: “Bagi mengubah Malaysia, kita perlu berfikir secara besar, kita perlu berani, kita perlu melihat dunia ini melalui sudut yang berbeza.

“Kita tidak boleh melihat ke dalam diri, kita tidak boleh bersikap remeh-temeh dan kita tidak boleh bersikap iri hati di antara satu sama lain..jika kita tidak mengubah sikap dan minda rakyat Malaysia, kita tidak akan menjadi sebuah negara abad ke-21.”

Sumber: Mstar Online -19 Januari 2010.>

Mentaliti…

Tuesday, January 12th, 2010

Selain dari mewariskan peninggalan harta benda dan juga ilmu pengetahuan kepada anak cucu kita kemudian hari, salah satu dari warisan yang selalu diabaikan dan tidak dititikberatkan adalah warisan pemikiran kepada generasi akan datang.

Ibubapa tidak hanya memberikan harta benda kepada anak-anak mereka TETAPI mereka juga secara tidak disedari mewariskan atau meninggalkan pemikiran atau mentaliti kepada anak-anak mereka.Dan si Ibubapa juga tidak mengetahui bahawa mereka membawa pemikiran yang diwariskan dari ibubapa mereka sendiri dari satu generasi kepada satu generasi lain.

Tidak kira samada ia satu pemikiran yang positif ataupun negatif, ia selalunya turun dari satu generasi kepda generasi yang baru. HANYA dengan kesedaran dan ilmu pengetahuan yang betul mampu mengubah kotak pemikiran atau mentaliti yang mereka wariskan tersebut.

Sebagai individu yang banyak bercakap tentang mentaliti atau pemikiran, saya perhatikan Orang Melayu mempunyai satu struktur mentaliti tertentu yang menjadikan Melayu satu bangsa seperti hari ini. Yang ingin saya sentuh hari ini hanya satu dari pelbagai mentaliti tersebut.

Mentaliti tentang “security” atau keselamatan.

Walaupun setiap individu mempunyai naluri “security” secara fitrahnya, mentaliti “selamat” yang Orang Melayu miliki kerap menjadi penghalang kepada kejayaan mereka.

Setiap keputusan yang mereka lakukan kerap berlandaskan kepada mentaliti ini.

Dari segi sejarahnya, Orang Melayu adalah bangsa yang dikenali sebagai peniaga, pengembara dan individu yang dinamik. Bagaimanapun mungkin kerana kesan penjajahan yang lama, pemikiran terjajah melayu sudah diubah menjadi sebaliknya.

Orang Melayu terlalu memikirkan soal keselamatan. Pekara yang paling utama mereka ingin miliki adalah rumah. Memiliki rumah adalah lambang selamat. Orang tua selalu menekankan betapa pentingnya untuk memiliki sebuah rumah. Berbeza dengan orang cina yang selalunya bertindak untuk memiliki premis perniagaan (atau rumah kedai) kerana faktor nilai aset yang lebih besar. Orang melayu lebih sanggup membeli rumah berbanding aset pelaburan yang lain kerana mereka mahu soal keselamatan dibereskan terlebih dahulu.

Orang melayu memilih perkerjaaan di dalam sektor prkhidmatan awam juga kerana mentaliti selamat. Selamat kerana memiliki pendapatan tetap, risiko jawatan yang sangat rendah serta bantuan dari kerajaan. Mereka tidak suka berniaga walaupun Rasulullah menjadikan perniagaan sebagai 9/10 dari rezeki.

Orang cina menjadikan perniagaan sebagai punca rezeki mereka kerana mereka tahu sumber pendapatan yang besar datang dari perniagaan. Juga kerana “mentaliti survival” yang dibangunkan dari datuk nenek mereka sebagai seorang pendatang yang ingin menguasai.

Ibubapa Orang Melayu juga lebh suka anak-anak mereka tinggal berdekatan atau berhampiaran mereka kerana faktor selamat. Mereka tidak mahu anak-anak mereka pergi jauh dari zon selamt mereka walaupun anak-anak mereka mempunyai peluang yang lebih besar. Kerana itu orang melayu dahulu melepaskan terlalu banyak peluang untuk berjaya kerana faktor ini.

Manakala Orang Cina pula sanggup berpindah rendah hanya berdasarkan peluang yang mereka miliki untuk berjaya. Tidak hairan mereka boleh dijumpai walau dikampung-kampung kecil selgi terdapat peluang untuk mereka. Ini adalah “mentaliti seorang survival”.

Banyak faktor yang menghasilkan pelbagai lagi mentaliti yang mendiami setiap pemikiran sesuatu bangsa. Sejarah dan pengalaman yang dilalui oleh sesebuah masyarakat menjadikan mereka hari ini.

Kerana itu orang melayu yang berhijrah kenegara lain selalunya mudah berjaya di luar sana kerana mereka menukar mentaliti selamat kepada mentaliti survival di dalam kehidupan.

Banyak lagi soal mentaliti yang perlu kita ketahui. Kerana pemikiran inilah yang menjadikan siapa kita hari ini.

Tahukah Anda, kepercayaan dan emosi yang anda miliki kemungkinan diwarisi dari keturunan Anda?

Sunday, December 6th, 2009

Revolusi kajian saintifik telah membuktikan bahawa secara tidak kita sedari, banyak kepercayaan dan emosi yang kita miliki hari ini merupakan “peninggalan” dari ibubapa, datuk nenek ataupun keluarga kita sebelumnya.

Ia tersembunyi dikodkan ke dalam sistem genetik kita iaitu melalui DNA. Selain dari memiliki data tentang rupa bentuk fizikal, DNA juga membawa rekod dan maklumat tentang bentuk emosi dan kepercayaan (beliefs) dari keturunan kita.

Banyak kajian telah direkodkan. Bagaimanapun Margaret Ruby iaitu seorang pengasas dan pengajar di dalam bidang penyembuhan dan founder PosibilitiesDNA telah menulis secara panjang lebar tentang impak yang dimainkan oleh genetik manusia ke atas tingkahlaku manusia melalui buku beliau “The DNA of Healing”.

Malahan jika kita rajin melayari internet ini, kita akan menemui pelbagai artikel yang mengupas penemuan ini.

Saya melihat ini sebagai menjawap pelbagai persoalan besar yang sebelum ini kerap difikirkan oleh ramai pakar-pakar psikologis. Kenapa sesuatu bangsa dan kelompok masyarakat tertentu mempunyai beberapa persamaan tingkahlaku yang tertentu?

Contohnya; kenapa tabiat “melatah” kebanyakannya melingkari kaum melayu? Kenapa seseorang individu yang mempunyai keluarga yang pernah mempunyai masalah kesihatan mental lebih cenderung untuk mengalami masalah yang sama? Kenapa Ibubapa yang mempunyai sikap panas baran selalunya juga diturunkan kepada ahli keluarganya yang lain? Dan pelbagai persoalan yang lain yang sangat menarik untuk dikupas dan difikirkan bersama…..

 

On Track…’AKU SUKSES’ Mindset Mini Program- Untuk Pelajar!

Friday, July 24th, 2009

fatimahazzahrah1.jpg

rumah-fatimah-az-zahra2.jpg

Mentaliti….

Wednesday, June 24th, 2009

Dua hari lepas, saya ada pertemuan dengan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Melaka Tengah. Kisahnya saya mempersembahkan cadangan profil program yang telah saya desain untuk pelajar. Penolong Pengarahnya memang kenalan rapat saya. Tetapi memenuhi protokol dan prosedur jabatan, saya serahkan segala butiran lanjut modul dan kaedah yang saya perkenalkan.

Memandangkan pegawai tersebut sudah saya kenali, pertenuan dan diskusi dijalankan dalam suasana santai dan bercorak perbualan yang tidak formal. Banyak input yang saya perolehi. Terutama hal dan isu pelajar sekolah dan sudah tentu perkembangan latihan pembangunan diri di sekolah-sekolah.

Menariknya, saya perlu menerangkan bahawa program yang saya kemukakan ini adalah satu program yang membentuk mentaliti atau mindset yang sepatutnya dimiliki oleh pelajar untuk berjaya. Malahan, mindset atau mentaliti ini wajib dimiliki oleh seseorang individu yang ingin berjaya di dalam kehidupan mereka.

 Beliau nampak sedikit kurang jelas. Saya perlu membuat perbandingan bagaimana antara Tan Sri Syed Mokhtar Albukhari dan Tony Fernandes memang berbeza fizikalnya. Berbeza dari segi fisiologi dan personalitinya. Tetapi jika dikaji dari segi mentalitinya, mereka akan berkongsi hampir kebanyakan falsafah dan nilai kepercayaan mereka yang sama tentang kejayaan.

Begitu juga dalam lapangan Badminton, Datuk Lee Chong Wei dan Taufik Hidayat memang berbeza dari segi skil dan persembahannya, tetapi dari segi mentalitinya mereka akan berkongsi falsafah dan kepercayaan yang hampir sama tentang diri mereka.

Begitu juga bagi para remaja dan pelajar di sekolah. Walaupun strategi belajar boleh ditiru dan digunakan sebagai kaedah belajar yang baik, tetapi kita tidak boleh menafikan bahawa ada pelajar yang suka belajar dalam keadan yang sunyi. Manakala ada pelajar yang suka belajar dalam keadaan mendengar muzik. Kerana itu apa yang perlu mereka miliki adalah mentaliti dan kepercayaan yang boleh membawa mereka berjaya dalam bidang akademik mahupun kehidupan mereka.

Selepas saya menerangkan inti pati program tersebut, saya serahkan sebuah buku yang saya tulis iaitu buku “Rahsia Minda Jutawan”. Sambil memberikan satu profil lengkap modul karangan saya yang bertajuk “Potensi Minda, Emosi dan Kerohanian-Satu Kupasan”. Beliau tersenyum sambil berkata; “sekarang nie EQ paling banyak dibicarakan di sekolah sekolah”. Saya senyum semula sambil berkata; “Abang baca dulu profil dan buku saya, nanti kita ngombrol lagi”.

Selesai…

Hari ini beliau telepon dan berkata; “Mar, confirm nanti kau ceramah kat  surau Rumah Anak Yatim Fatimah Az Zahrah pada xx.xx nanti. Kau bagi buka minda dan beritahu tentang potensi yang kita miliki nie.  Nanti baru kau buat program satu hari penuh”.

Saya senyum aje….

Hebahan Umum: “AKU SUKSES” MiNDSET PROGRAM

Monday, June 22nd, 2009

Selepas hampir genap usia 2 tahun saya menulis di blog ini, saya dapati ramai peminat dan pembaca tentang subjek yang banyak saya lontarkan di blog ini kebanyakannya adalah dikalangan orang dewasa dan yang berusia agak matang. Malahan ada pembaca blog yang mengeluh kerana baru sahaja mengetahui tentang KEMAMPUAN dan POTENSI yang dimiliki oleh MINDA manusia pada usia yang agak lewat iaitu sesudah mencecah umur 40an ke atas.

Persoalan besar yang kerap saya fikirkan adalah kenapa terlalu lewat pengetahuan ini sampai pada kita semua? KENAPA tidak semasa kita berada di sekolah lagi..?

Sebagai individu yang mengetahui bagaimana minda dan potensi manusia mempunyai kemampuan yang luas dan luar biasa, sedih rasanya jika potensi ini tidak dikembangkan dan dikongsi bersama adik-adik kecil yang mempunyai potensi yang jauh lebih besar. Secara jujurnya, kebanyakan pengetahuan ini tidak diajar di sekolah-sekolah. Kerana itu kebanyakkan dari kita tidak pernah tahu bagaimana mahu menjana dan mengoptimakan potensi ini semasa berumur belasan tahun atau awal 20an.

Agak malang rasanya, para remaja dan pelajar yang mempunyai  perjalanan hidup yang lebih jauh dan generasi-generasi baru ini tidak didedahkan dan diasuh tentang potensi ini. Cuba bayangkan apa yang mereka akan perolehi jika mereka boleh mengapplikasikan dan menjana kemampuan yang mereka miliki ini. Jika kaedah pembangunan minda ini sudah bermanfaat kepada kepada ramai insan yang telah berjaya di dalam bidang masing masing, cuba anda bayangkankan kenapa ilmu dan pengetahuan ini tidak dimanfaatkan kepada golongan remaja dan pelajar tersebut?

Kerana itu selepas puas mengumpul maklumat, melakukan survey, berdiskusi dengan rakan-rakan yang terlibat di dalam bidang pembangunan diri di samping penelitian dan pengalaman sendiri , saya akhirnya  telah membangunkan satu modul pelatihan lengkap khusus untuk Pembinaan Karakter atau juga Pembentukan Peribadi. PROGRAM INI saya jenamakan sebagai “AKU SUKSES” MiNDSET PROGRAM (klik di sini). Modul ini bakal menjadi ‘Core Module’ atau ‘Modul Inti’ bagi kebanyakan program atau Bengkel Pembangunan Diri yang akan dikendalikan dan ditawarkan oleh Pusat Latihan saya di Melaka iaitu AL QUDRAH Training & Consultancy.

Modul ini dibangunkan dengan membawa pendekatan pembangunan potensi yang menyeluruh dan seimbang. Iaitu pembangunan yang banyak menyentuh elemen kecerdasan dan kekuatan minda, emosi dan kerohanian.

Menggunakan kaedah Meta Program Neuro Semantics-NLP, Hipnosis dan juga kaedah tradisional Kuasa Minda (akan dikembangkan sejajar dengan perkembangan teknologi di dalam sains minda). Modul ini juga di bentuk berasaskan DUA aliran saikologi kejayaan iaitu:-

  • Prinsip kejayaan yang banyak dibawa oleh aliran saikologi moden seperti Napolean Hill-Success Principles.
  • Juga digabungkan dengan prinsip kejayaan yang dikembangkan dari Model Islami berasaskan Penjanaan Kecerdasan Spiritual (SQ).

MATLAMAT PROGRAM ini adalah melahirkan INDIVIDU YANG MAMPU SUKSES di dalam apa juga bidang yang akan mereka ceburi dengan menjana kemampuan potensi minda, emosi dan kerohanian individu itu sendiri. Modul ini menggunakan 4 kaedah modaliti utama sains TRANSFORMASI DIRI iaitu NLP, Hipnosis, Kuasa minda dan penjanaan KUASA ESQ. Ini adalah satu modul jangka masa panjang yang dibangunkan untuk menawarkan alternatif kepada banyak program pembangunan diri yang telah ditawarkan di luar.

Modul ini disasarkan khusus buat para remaja, pelajar sekolah dan pelajar pengajian tinggi. ‘Pilot Project’ telah saya gerakan khusus di Melaka dengan kerjasama beberapa buah sekolah yang bersetuju menyertai program ini. Tetapi saya juga membuka ruang bagi sesiapa yang berminat untuk menganjurkan program ini baik di sekolah, pusat belia, pengajian tinggi atau mana-mana organisasi.

Saya sangat menggalakan mereka yang terlibat dengan para pelajar, remaja, belia, graduan dan mereka yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar untuk dikongsikan pengetahuan ini. Beri peluang kepada mereka untuk MENEROKA KEMAMPUAN DAN POTENSI YANG MEREKA MILIKI. Jangan biarkan mereka mengulangi apa yang telah kita lalui.  

Sila hubungi saya di talian 017-6839638 atau email terus kepada: pusatlatihan_alqudrah@yahoo.com atau amar_sukses@yahoo.com untuk mendapatkan keterangan lanjut.

NOTA:

* Kajian tentang saikologi tingkah laku moden (Behaviour Psychology) mengatakan bahawa MANUSIA BERSIKAP DAN BERTINDAK BERDASARKAN APA YANG MEREKA PERCAYA DI DALAM MINDA MEREKA. Kepercayaan yang mereka pegang, nilai yang mereka miliki dan apa yang mereka terima di dalam minda akan menghasilkan siapa diri mereka dan apa perjalanan kehidupan yang mereka akan tempuh.

* MODUL INI BOLEH DI “RE-DESIGN” BERDASARKAN KEPERLUAAN PESERTA. 

Saikologi Kejayaan: :”The Art of Character Building”

Tuesday, June 16th, 2009

Sejurus saya memberitahu bahawa saya melancarkan pusat latihan AL QUDRAH minggu lepas, saya menerima email yang bertanyakan tentang signifikan saya memasuki lapangan Pembangunan Insan yang menawarkan program yang khusus untuk pelajar dan remaja pada hal sebelum ini saya banyak mengendalikan kursus untuk orang dewasa. Kenapa tidak saya hanya mengkhusus kepada golongan atau kelompok pasaran orang dewasa?

Sebenarnya, semasa saya mengendalikan program atau kursus untuk golongan orang dewasa (kebanyakan lingkungan umur di atas 25 tahun) seperti kursus ”Mind Power”, KAMK dan program  pengurusan emosi-EFT,  saya mendengar dan menerima banyak isu–isu kejayaan, kegembiraan dan kemakmuran yang dibatasi oleh masalah atau isu minda dan emosi. Masalah takut gagal,  rendah diri,  perasaan malu/segan keterlaluan, tidak mempunyai  matlamat yang jelas, trauma emosi, tekanan perasaan, emosi yang tidak stabil dan seribu satu lagi isu kehidupan yang hampir kebanyakannya dihadapai oleh peserta bukannya dihadapi atau disedari baru hari ini. Bahkan bukan baru setahun dua mereka menghadapi masalah tersebut. Kebanyakannya adalah semenjak dari mereka berusia beberapa tahun hingga ke belasan tahun umur lagi. Cuma mereka tidak tahu atau sedar BAHAWA masalah tersebutlah yang menjadi penghalang BESAR kejayaan dan kemakmuran yang mereka cari di dalam kehidupan mereka sehingga hari ini.

Selain itu semasa saya bekerja dahulu, saya berpengalaman mengendalikan ratusan sesi temuduga. Saya bertemu ratusan graduan dan lepasan persekolahan yang mencari peluang pekerjaan. Isu terbesar yang membezakan mereka yang berjaya di dalam temuduga tersebut selalunya bukan ditentukan oleh kelayakan. Tetapi selalunya ditentukan oleh “apa yang dipersembahkan” kepada kami-penemuduga. Kebanyakan “interviewee” mempunyai kelayakan dan pengalaman yang hampir sama. Tetapi faktor keyakinan, sikap dan pembawakan si “interviewee” akan menentukan kejayaan mereka. Malahan saya perhatikan perbezaan ketara ADALAH LEBIH BESAR antara calon melayu dengan calon bangsa lain terutamanya pada sikap , keyakinan atau karakter mereka terutamanya apabila menjawap soalan-soalan dari penemuduga.

Di dalam bidang saikologi kehidupan manusia, umur dari 0 hingga sekitar 12 tahun adalah SANGAT PENTING kerana berlaku pembentukan nilai-nilai penting yang akan dibawa oleh seseorang individu ke dalam kehidupan mereka. Nilai kehidupan seperti sabar, jujur, ikhlas, harga diri, disiplin diri dan banyak lagi “self-concept” yang sangat berkesan dipupuk dalam lingkungan umur tersebut. Selepas itu, nilai diri tersebut akan berkembang menjadi mindset atau kepercayaan yang lebih luas. TETAPI “core value” yang terbentuk semasa seseorang individu tersebut berumur sebelum mencecah belasan tahun adalah sangat penting (sila rujuk artikel saya sebelum ini : Pembangunan Minda: Bagaiman manusia bertindak di dalam kehidupan mereka).

Perubahan “core value” berlaku hanya apabila pertembungan kepercayaan baru yang lebih kuat dihadapi oleh individu tersebut.

Nota.

Kerana itu apabila saya membangunkan pusat latihan AL QUDRAH, saya mensasarkankan beberapa modul  khusus yang didesain  untuk membangunkan keperibadian atau karakter (character building) seseorang individu baik secara fizikal, mental, emosi mahupun kerohaniannya yang boleh sukses bukan sahaja semasa atau setakat akademik tetapi juga selepas mereka menceburi realiti kehidupan sebenar.Kerana itu sudah tentu program sebegini lebih baik dijuruskan kepada golongan pelajar atau remaja. Ini kerana jika dibandingkan dengan orang yang sudah dewasa, mindset atau kepercayaan yang dipegang di dalam diri mereka adakah sangat kukuh. Selain itu terlalu banyak kepercayaan-kepercayaan kecil yang menyokong “core value’ yang dimiliki oleh seseorang individu berdasarkan situasi atau pengalaman kehidupan mereka.

Kerana itu anda dapati semakin berusia seseorang individu itu,semakin sukar kita ingin mengubah sikap, karakter dan kepercayaan yang dimiliki mereka. TETAPI JIKA KITA MEMAHAMI CARA MINDA dan EMOSI berkerja…Insya Allah segalanya masih mungkin diubah dan diprogramkan semula.

Lantaran itu saya membangunkan program “AKU SUKSES” iaitu satu program yang khusus dalam membentuk keperibadian seorang yang berjaya yang saya khususkan buat sementara waktu ini kepada golongan remaja dan pelajar. Harapan saya, dengan kesedaran yang dimilik semasa menghadiri program tersebut, disamping cara dan kaedah yang betul yang mereka pelajari di dalam memprogramkan minda mereka, insaya Allah perubahan sikap dan karakter dapat diperolehi dengan lebih cepat dan mudah. Apa yang penting selepas itu mereka mengetahui apakah resepi dan kepercayaan yang perlu mereka miliki untuk menghasilkan sikap dan karakter untuk sukses.

Salam kemakmuran..

AMAR MAHMOOD
AL QUDRAH Training & Consultancy
Coach/Speaker