Archive for the ‘Motivasi & Inspirasi’ Category

Rahsia Hidup Penuh Dengan Kejayaan Dan Kemakmuran (Part 1)

Wednesday, July 15th, 2009

Dua tiga hari yang lepas, seorang peserta latihan bertanyakan saya soalan berikut:-

“Coach…Hukum Tarikan (maksudnya: Law of Attraction) itu maksudnya kita tarik apa yang kita fokuskan ke?”

Saya jawab; “Tak salah…tapi kurang BETUL”

Peserta tersebut bertanya semula; “Habis itu, apa maksudnya?”

Saya jawab..“Tunggu esok…..”

Hebahan Umum: “AKU SUKSES” MiNDSET PROGRAM

Monday, June 22nd, 2009

Selepas hampir genap usia 2 tahun saya menulis di blog ini, saya dapati ramai peminat dan pembaca tentang subjek yang banyak saya lontarkan di blog ini kebanyakannya adalah dikalangan orang dewasa dan yang berusia agak matang. Malahan ada pembaca blog yang mengeluh kerana baru sahaja mengetahui tentang KEMAMPUAN dan POTENSI yang dimiliki oleh MINDA manusia pada usia yang agak lewat iaitu sesudah mencecah umur 40an ke atas.

Persoalan besar yang kerap saya fikirkan adalah kenapa terlalu lewat pengetahuan ini sampai pada kita semua? KENAPA tidak semasa kita berada di sekolah lagi..?

Sebagai individu yang mengetahui bagaimana minda dan potensi manusia mempunyai kemampuan yang luas dan luar biasa, sedih rasanya jika potensi ini tidak dikembangkan dan dikongsi bersama adik-adik kecil yang mempunyai potensi yang jauh lebih besar. Secara jujurnya, kebanyakan pengetahuan ini tidak diajar di sekolah-sekolah. Kerana itu kebanyakkan dari kita tidak pernah tahu bagaimana mahu menjana dan mengoptimakan potensi ini semasa berumur belasan tahun atau awal 20an.

Agak malang rasanya, para remaja dan pelajar yang mempunyai  perjalanan hidup yang lebih jauh dan generasi-generasi baru ini tidak didedahkan dan diasuh tentang potensi ini. Cuba bayangkan apa yang mereka akan perolehi jika mereka boleh mengapplikasikan dan menjana kemampuan yang mereka miliki ini. Jika kaedah pembangunan minda ini sudah bermanfaat kepada kepada ramai insan yang telah berjaya di dalam bidang masing masing, cuba anda bayangkankan kenapa ilmu dan pengetahuan ini tidak dimanfaatkan kepada golongan remaja dan pelajar tersebut?

Kerana itu selepas puas mengumpul maklumat, melakukan survey, berdiskusi dengan rakan-rakan yang terlibat di dalam bidang pembangunan diri di samping penelitian dan pengalaman sendiri , saya akhirnya  telah membangunkan satu modul pelatihan lengkap khusus untuk Pembinaan Karakter atau juga Pembentukan Peribadi. PROGRAM INI saya jenamakan sebagai “AKU SUKSES” MiNDSET PROGRAM (klik di sini). Modul ini bakal menjadi ‘Core Module’ atau ‘Modul Inti’ bagi kebanyakan program atau Bengkel Pembangunan Diri yang akan dikendalikan dan ditawarkan oleh Pusat Latihan saya di Melaka iaitu AL QUDRAH Training & Consultancy.

Modul ini dibangunkan dengan membawa pendekatan pembangunan potensi yang menyeluruh dan seimbang. Iaitu pembangunan yang banyak menyentuh elemen kecerdasan dan kekuatan minda, emosi dan kerohanian.

Menggunakan kaedah Meta Program Neuro Semantics-NLP, Hipnosis dan juga kaedah tradisional Kuasa Minda (akan dikembangkan sejajar dengan perkembangan teknologi di dalam sains minda). Modul ini juga di bentuk berasaskan DUA aliran saikologi kejayaan iaitu:-

  • Prinsip kejayaan yang banyak dibawa oleh aliran saikologi moden seperti Napolean Hill-Success Principles.
  • Juga digabungkan dengan prinsip kejayaan yang dikembangkan dari Model Islami berasaskan Penjanaan Kecerdasan Spiritual (SQ).

MATLAMAT PROGRAM ini adalah melahirkan INDIVIDU YANG MAMPU SUKSES di dalam apa juga bidang yang akan mereka ceburi dengan menjana kemampuan potensi minda, emosi dan kerohanian individu itu sendiri. Modul ini menggunakan 4 kaedah modaliti utama sains TRANSFORMASI DIRI iaitu NLP, Hipnosis, Kuasa minda dan penjanaan KUASA ESQ. Ini adalah satu modul jangka masa panjang yang dibangunkan untuk menawarkan alternatif kepada banyak program pembangunan diri yang telah ditawarkan di luar.

Modul ini disasarkan khusus buat para remaja, pelajar sekolah dan pelajar pengajian tinggi. ‘Pilot Project’ telah saya gerakan khusus di Melaka dengan kerjasama beberapa buah sekolah yang bersetuju menyertai program ini. Tetapi saya juga membuka ruang bagi sesiapa yang berminat untuk menganjurkan program ini baik di sekolah, pusat belia, pengajian tinggi atau mana-mana organisasi.

Saya sangat menggalakan mereka yang terlibat dengan para pelajar, remaja, belia, graduan dan mereka yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar untuk dikongsikan pengetahuan ini. Beri peluang kepada mereka untuk MENEROKA KEMAMPUAN DAN POTENSI YANG MEREKA MILIKI. Jangan biarkan mereka mengulangi apa yang telah kita lalui.  

Sila hubungi saya di talian 017-6839638 atau email terus kepada: pusatlatihan_alqudrah@yahoo.com atau amar_sukses@yahoo.com untuk mendapatkan keterangan lanjut.

NOTA:

* Kajian tentang saikologi tingkah laku moden (Behaviour Psychology) mengatakan bahawa MANUSIA BERSIKAP DAN BERTINDAK BERDASARKAN APA YANG MEREKA PERCAYA DI DALAM MINDA MEREKA. Kepercayaan yang mereka pegang, nilai yang mereka miliki dan apa yang mereka terima di dalam minda akan menghasilkan siapa diri mereka dan apa perjalanan kehidupan yang mereka akan tempuh.

* MODUL INI BOLEH DI “RE-DESIGN” BERDASARKAN KEPERLUAAN PESERTA. 

Motivasi dan Perubahan Diri…sekadar satu PERSEPSI

Wednesday, June 3rd, 2009

Motivasi adalah satu dorongan saikologi yang menghalakan seseorang ke arah suatu tujuan atau keinginan. Motivasi membangkitkan semangat di dalam diri individu,  emosi lebih terarah, dan meningkatkan tingkahlaku positif diri individu tersebut. Motivasi menjadi dorongan (driving force) terhadap seseorang agar mahu melaksanakan sesuatu atau melakukan tindakan.

Motivasi yang ada pada setiap orang tidaklah sama, berbeza-beza antara yang satu dengan yang lain. Untuk itu, diperlukan pengetahuan mengenai pengertian dan hakikat motivasi, serta kemampuan teknik menciptakan situasi sehingga menimbulkan motivasi/dorongan bagi mereka untuk berbuat atau bertindak sesuai dengan apa yang dikehendakinya.

Motivasi merupakan kata yang sangat popular disebut di dalam bidang pembangunan diri. Baik di buku-buku popular, seminar-seminar atau di kursus-kursus perniagaan dan korporat. Apa sebenarnya motivasi itu, dari mana dan kenapa perlu motivasi terutama dalam pengembangan diri? Bila anda mempunyai keinginan, maka anda perlu motivasi untuk memanifestasi keinginan tersebut.

“Saya bermotivasi tinggi untuk memperbaiki diri sendiri” adalah contoh  kalimat yang digunakan untuk  menaikkan motivasi pada diri kita sendiri.

Melalui pengalaman saya, motivasi muncul dari dua cara. Pertama adalah “Outside-In” dan satu lagi adalah “Inside-Out”. Atau dalam pergertian mudahnya, ada motivasi muncul kerana dari kesan luaran seperti mendengar ucapan, ceramah, filem, lagu, bahan bacaan dan juga perubahan fisiologi seseorang. Manakala satu lagi adalah dari dalam diri seseorang individu itu sendiri. Ini biasanya motivasi dalaman yang muncul dengan mengubah cara pemikiran dan persepsi kita tentang sesuatu isu atau pekara.

Ada indivdu yang memerlukan situasi dari luar untuk termotivasi dan berubah. Ada individu yang perlu sokongan pihak kedua untuk menjana motivasi dirinya. KEBANYAKAN PERUBAHAN YANG DIHASILKAN DARI LUAR SANGAT BERSIFAT SEMENTARA (beberapa hari…seminggu…dua minggu atau bernasib baik beberapa bulan). Hanya KESEDARAN YANG BESAR akan dapat mengekalkan tahap dan kadar motivasi diri individu tersebut.

Dalam pengamal kaedah Neuro Linguistic Programming atau dikenali dengan nama NLP, motivasi boleh dijana dengan menggunakan pendekatan luaran seperti perubahan fisiologi seseorang individu. Hanya mengubah bentuk mulut anda dari kurang senyum kepada lebih banyak tersenyum, ia akan mengubah serta merta “emotion state” individu tersebut. Jika anda rasa malas, cuba betulkan cara anda berjalan dan struktur dada dan kepala anda. Anda pasti akan terasa lebih ceria dan bermotivasi (Jurulatih pembangunan Diri terkenal Anthony Robbins adalah jurulatih yang paling banyak menggunakan kaedah perubahan fisiologi di samping kaedah-kaedah perubahan internal state seseorang individu).

Kerana itu dalam seminar atau ceramah bercorak motivasi, pendekatan luaran seperti tonasi dan kekuatan nada suara, pergerakan tubuh badan (aktif dan segar), penceritaan dan penampilan (pesonaliti) adalah sangat penting supaya dapat memberikan kesan motivasi dan perubahan kepada si pendengar atau peserta kursus.  

Tetapi saya lebih percaya dan banyak menggunakan kaedah “Inside-Out”. Iaiatu dengan mengubah di dalam (internal state), anda akan menghasilkan satu perubahan diri yang lebih berkesan dan bertahan lama. Perubahan pemikiran dan mindset akan mengubah sikap dan tinkahlaku anda. Minda anda akan menghasilkan emosi dan perasaaan anda terhadap situasi luar. Nilai-nilai internal anda akan mengeluarkan diri external anda.

Kerana itu perubahan diri perlu dijana terus ke dalam diri seseorang individu. Tidak dinafikan kadang kala kita memerlukan seseorang untuk meningkatkan motivasi diri kita. TETAPI percayalah, anda mempunyai kemampuan untuk menjana motivasi dan perubahan diri bila anda tahu dimana tempat dan sisi yang perlu anda tumpukan. Kerana motivasi dan perubahan adalah datang dari energi pendorong yang berasal dari dalam diri kita sendiri.

AMAR MAHMOOD

Kuasa Imajinasi Dan Kreativiti

Thursday, May 28th, 2009

Imajinasi adalah alat dalam menjana kreativiti seseorang individu. Seorang yang kreatif menggunakan imajinasi dalam meningkatkan daya kreatif mereka. Imajinasi dan kreatifiviti duduk di sebelah Otak Kanan. Kanak-kanak merupakan model terbaik di dalam mengapplikasikan imajinasi di dalam hidup  mereka.

Imajinasi dan kreativiti yang besar menolak kerasionalan dan logik. Kanak-kanak yang belum mempunyai daya rasional (kerana banyak menggunakan minda emosi atau otak kanan) selalu berfikir yang besar-besar, yang pelik-pelik dan di luar rangka pemikiran orang dewasa. Mereka bermain pondok-pondok dengan menjadikan alat-alat di rumah sebagai bahan permainan mereka. Mereka mencipta pekakas permainan mereka hanya berasaskan kertas, kotak, pinggan dan apa sahaja bahan yang mereka miliki semasa itu. Mereka berlagak menjadi seorang pemandu F1 dan Jet Star Wars semasa bermain dengan rakan-rakan meeka. Orang dewasa akan ketawa apabila mellihat lagak dan aksi si kecil kerana si kecil menolak logik. Tetapi ramai lupa  si dewasa sebenarnya dikekang dengan ego kerasionalan dan kelogikan.

Kerana itu di dalam prinsip Brainstorming, pekara pertama semasa memulakan sesi tersebut adalah menolak isu logik. Kerana logik akan membunuh kreativiti. Kerana logik akan menghalang lahirnya idea yang luar biasa dan unik.  Kerana itu ibubapa jangan menghalang dan mentertawakan kreativiti si kecil. Ini akan menghalang DAYA KREATIF dan POTENSI MINDA  mereka.

Seorang Novelis dan Pereka Feksyen menggunakan daya kreativiti dalam melahirkan karya mereka. Penulis komik “Pendekar Alam Semesta” juga menggunakan daya kreativiti. Daya kreatif yang bagus adalah menjangkau luar sempadan kemampuan minda. Biarkan otak bekerja mengarahkan Minda Separa Sedar menghasilkan kelogikan dan kerasionalan. Tanpa kreativiti tidak wujud filem sehebat Star Wars. Jika logik jadi panduan, JK Rowling tidak akan menjadi jutawan dengan cerita Harry Potternya.

Kerana itu imajinasi dan kreativiti sangat penting untuk menjana kemampuan minda. Imajinasi dan kreativiti sangat penting dalam merealisasikan matlamat dan impian. Indvividu yang menggunakana imajinasi dan kreatifiti dalam perjalanan mencapai matlamat lebih mudah dan lebih cepat berjaya berbanding mereka yang hanya menggunakan logik. Ini kerana  imajinasi juga menghasilkan dan menjana KUASA.

Kuasa apa…? Kuasa Minda Separa Sedar.

Tanpa imajinasi , manusia telah mengabaikan satu potensi hebat yang sudah ada di dalam diri mereka.

 

Saikologi Untuk Berjaya: KUASA IMAJINASI

Thursday, May 28th, 2009

Sepanjang pengalaman saya  mengenal dan mendalami mereka yang berjaya di dalam kehidupan, kebanyakan mereka mempunyai satu ciri penting yang menyebabkan mereka mencapai sesuatu yang tidak difikirkan oleh orang lain. Atau mereka mencapai  sesuatu yang lebih besar dari orang lain.

Ciri tersebut adalah BERIMAJINASI dan BERMIMPI.

Bermimpi ibarat “adik-beradik” dengan matlamat. Cuma matlamat lebih jelas, logik dan konkrit berbanding bermimpi atau berimpian. Tetapi, bermimpi dan berimajinasi akan membesarkan keinginan anda, meluaskan ruag lingkup pemikiran anda dan seterusnya meningkatkan KEMAMPUAN dan POTENSI DIRI anda.

Orville dan Wilbur Wright berimajinasi bagaimana manusia mempunyai sayap untuk terbang sebelum mencipta kapal terbang. Graham Bell selalu membayangkan bagaimana seorang individu boleh bercakap dengan individu yang lain sejauh ratusan kilometer sebelum mencipta telepon. Seorang arketik perlu meimajinasikan bentuk dan struktur rumah atau sebuah bangunan yang ingin dibina sebelum arketik tersebut dapat melukiskan dan menterjemahkannya ke atas sehelai kertas. Malahan ramai atlet-atlet dunia menggunakan kuasa imajinasi mereka untuk meningkatkan kemampuan dan prestasi mereka.

Imajinasi adalah bahasa minda. Imajinasi menjadikan otak semakin kreatif. Apa yang anda imajinasikan atau gambarkan di dalam minda anda akan memaksa minda separa sedar anda menjalankan kerja untuk mnrealisasikan gambaran-gambaran yang anda hantarkan tersebut. Makin kerap anda membina imajinasi anda, makin kreatif dan makin kuat POTENSI KEKUATAN MINDA anda.

Jutaan orang yang berjaya membina kejayaan mereka dengan menggunakan potensi dan kuasa imajinasi mereka. Tetapi…imajinasi ada cara dan seninya. Kita perlu belajar dan memahami bagaimana membina daya imajinasi yang kuat dan mampu berkerja untuk diri  kita.

I Have A Dream…..

Wednesday, May 27th, 2009

http://www.supercozy.com/blog/uploaded_images/MartinLutherKingHaveaDream-748235.jpg

Let us not wallow in the valley of despair, I say to you today, my friends.
And so even though we face the difficulties of today and tomorrow, I still have a dream. It is a dream deeply rooted in the American dream.

I have a dream that one day this nation will rise up and live out the true meaning of its creed: “We hold these truths to be self-evident, that all men are created equal.”
I have a dream that one day on the red hills of Georgia, the sons of former slaves and the sons of former slave owners will be able to sit down together at the table of brotherhood.
I have a dream that one day even the state of Mississippi, a state sweltering with the heat of injustice, sweltering with the heat of oppression, will be transformed into an oasis of freedom and justice.
I have a dream that my four little children will one day live in a nation where they will not be judged by the color of their skin but by the content of their character.
I have a dream today!

Martin Luther King, Jr. (28 August 1963_

Klik di sini untuk ucapan penuh

—————————————————————————————————————————

Beberapa hari lepas, saya telah memuatkan beberapa surat yang saya terima dari pelbagai pembaca yang bertanyakan isu-isu berkaitan saikologi dan permasalahan di dalam kehidupan. Sudah tentu saya cuba menjawap dengan cara yang mudah dan ringkas segala persolan tersebut kepada pengirim. Ada banyak lagi surat yang kadang kala saya sukar untuk menjawap hanya melalui email. Apatah lagi untuk isu-isu yang agak kompleks dan perlu penjelasan yang lebih khusus.

Beberapa tahun dahulu semasa saya mula ingin melangkah kaki saya ke dalam bidang ini, saya tidak menduga akan menemui pelbagai masalah saikologi yang mendalam dari  masyarakat seperti yang sedang saya lalui sekarang. Bila saya membuat keputusan meletakkan jawatan saya di  syarikat lama saya  iaitu AEON Co, saya memang telah melihat diri saya sebagai seorang speaker dalam tempuh 5 tahun selepas itu. Rakan saya saudara Mohd Fauzy  yang serentak melangkah keluar dari alam pekerjaaan juga sudah sukses dalam bidang perundingan (Pascal Resourses SB) beliau iaitu satu bidang yang hampir sama dengan bidang yang beliau lalui semasa di syarikat lama kami.

Tetapi saya memilih untuk menukar haluan. Walaupun saya  berpengalaman di dalam subjek kaedah latihan organisasi dan korporat, saya memilih bidang pembangunan diri dan saikologi sebagi haluan saya. Memang saya mempunyai impian yang tersendiri. Ramai rakan terkejut karana saya memilih bidang pembangunan diri dan bukan bidang pengurusan dan kewangan. Saya membuktikan komitmen saya dengan menulis buku Rahsia Minda Jutawan (yang sukar hendak dijumpai di rak-rak kedai buku) dalam tempoh 2 bulan dan menghantar manuskrip tersebut kepada PTS Publication.

Saya mempunyai keyakinan diri yang tinggi atas kemampuan saya. Saya selalu percaya dengan apa yang saya gambarkan di dalam minda ini ..Insya Allah akan dimanifestasikan di alam realiti. Tetapi pada masa itu saya impikan kebebasan dalam saya menzahirkan POTENSI DIRI saya. Kerana itu saya lebih suka menjadi seorang penulis, penceramah dan pengajar tanpa terikat dengan sebarang komitmen dengan sebarang syarikat. Saya lebih suka bebas melakukan apa yang ingin saya lakukan dalam kehidupan saya.

Tetapi hari ini, impian saya sudah berubah. Melihat terlalu besarnya ruang dan keperluan yang boleh saya isi, saya rasa terpanggil untuk mencurahkan pengalaman dan apa yang saya ketahui di dalam bidang ini. Impian dan imaginasi saya semakin berkembang dan melebar di luar sempadan minda yang pernah saya lukiskan dahulu.

Saya mula membayangkan  apa yang saya boleh lakukan untuk membantu satu perubahan yang positif di dalam bidang ini. Saya mula nampak satu institusi pembangunan diri yang bermanfaat buat semua. Saya makin jelas dengan subjek apakah yang perlu saya kongsikan supaya saya memberi yang terbaik kepada mereka yang memerlukannya sesuai dengan kemampuan, keinginan dan bakat yang saya miliki. Saya tahu apakah misi yang penting dan menjadi passion saya.

Ya..saya mesti “bergerak terus ke depan” menuju kepada impian ini. Saya ingin berikan yang lebih dari setakat apa yang kecil ini sudah saya lakukan. Surat-surat, pertanyaan, perkongsian, permasalah yang saya terima menunjukkan saya perlu lebih komited dan bergelumbang lebih jauh dan lebih dalam di bidang ini. Terlalu banyak yang perlu saya lakukan tetapi saya perlu mulakan langkah pertama….

Insya Allah..saya akan khabarkan sedikit masa lagi…..

Yes..I’ve a dream………

AMAR MAHMOOD

NOTA:-  MADISON — The mastery and magic of Dr. Martin Luther King Jr.’s famous ” I Have a Dream” speech earned it top honors in a new list of the 100 best political speeches of the 20th century.

Compiled by researchers at the University of Wisconsin-Madison and Texas A&M University, the list reflects the opinions of 137 leading scholars of American public address. The experts were asked to recommend speeches on the basis of social and political impact, and rhetorical artistry. The words  are rousing, motivational and filled with emotion as are all of the best speeches. The essence of the most persuasive speeches is the  inspirational and informative quality that  these types of speeches possess. The ” I have a Dream ” speech is especially moving as it symbolises Freedom of Speech and the dream was essentially an extension of the Freedom of speech philosophy.

Kenali dan “Galilah” POTENSI DIRI Anda

Thursday, May 14th, 2009

Salah satu topik yang paling banyak ditanya oleh pembaca blog ini adalah tentang Kekuatan Minda atau biasanya kita panggil Kuasa Minda. Baik dari segi apa itu Kuasa Minda hingga kepada bagaimana mahu menggunakan kaedah dan teknik Kuasa Minda yang betul. Sebenarnya, Jika saya mahu menarik lebih ramai pembaca ke blog ini, salah satu caranya adalah dengan memperbanyakkan lagi artikel yang menceritakan subjek ini.

Tetapi saya sengaja memilih untuk menulis subjek lain yang saya lihat sering kali dilupakan TETAPI merupakan elemen-elemen penting di dalam bidang pembangunan diri. Sudah ada beberapa blog lain yang menulis tentang kuasa minda. Tetapi jika kita hanya menumpukan tentang kekuatan minda sahaja, saya khuatir potensi diri manusia yang lain akan dilupakan atau diabaikan. Ini tidak bermaksud bahawa saya menganggap kuasa minda itu tidak penting atau kurang berkesan TETAPI saya ingin membawa skop POTENSI MINDA dan KEKUATAN MINDA ini dalam lingkungan persepsi yang lebih luas di kalangan pembaca, peminat dan pengamal subjek ini.

“Tidak ada yang amat baik telah dicapai kecuali mereka yang berani dan percaya bahawa ADA SESUATU DI DALAMNYA adalah lebih baik daripada keadaan persekitarannya.”-Bruce Barton

Sebenarnya, potensi yang dimiliki oleh manusia itu adalah sangat besar. Ia tidak terhad atau terbatas hanya pada kekuatan minda sahaja. Kerana itu saya lebih suka menulis pelbagai subjek yang berkaitan dengan potensi dan kemampuan yang dimiliki oleh manusia. Bukan sekadar kuasa minda. Jika kita mempelajari kuasa minda tetapi tidak tahu bagaimana potensi diri seperti Kuasa Emosi dan Kuasa Kerohanian kita boleh memberi impak pada diri, kebarangkaliannya kuasa atau tenaga yang anda pancarkan melalui minda anda akan terganggu dengan tenaga emosi atau tenaga kerohanian yang anda hasilkan.

Kerana itu saya selalu menekankan pembangunan yang SEIMBANG dan HOLISTIK di dalam kita menjana kemampuan dan kekuatan dalaman kita. Saya berpendapat, memperkasakan potensi diri yang kita miliki secara menyeluruh akan memberi kesan yang lebih cepat dan berkesan kepada perubahan diri seseorang individu.

Maka, kita balik semula pada minda kita. Apa yang ingin saya tegaskan adalah manusia mempunyai kepelbagaian potensi yang saling berkait. Memang manusia kejadian Allah swt yang amat kompleks dan misteri penciptaanya. Maka, setiap apa yang kita pelajari dan kita amalkan akan meningkatkan potensi diri kita sebagai seorang insan di muka bumi ini. Kualiti kehidupan kita akan semakin baik.

Bayangkan bagaimana kehidupan anda akan berubah apabila anda tahu bagaimana anda mahu meyelarasan tenaga yang anda pancarkan didalam minda anda dengan tenaga keinginan (impian) anda. Bayangkan bagaimana anda tahu apakah kepercayaan atau mindset yang menjadi penghalang kepada kejayaan anda dan apakah kepercayaan yang akan mendorong dan menyokong keinginan di dalam kehidupan anda. Bayangkan juga bagaimana anda menjalani kehidupan anda dengan lebih ceria dan gembira apabila anda tahu bagaimana mengendalikan dan menjana kuasa emosi diri anda?

Allah swt telah sediakan alat dan “senjata” yang cukup untuk manusia berjaya di dalam kehidupannya. CUMA…manusia perlu mengali dan mengenali apakah alat dan “senjata” yang telah disediakan untuk mereka. Rugilah anda jika anda telah mempunyai perisai dan sebilah parang untuk mempertahankan diri bila diserang seekor serigala TETAPI anda tidak mahu atau tidak tahu menggunakannya?

Ia samalah situasi yang anda alami di dalam kehidupan anda yang sebenarnya. Adakah anda hanya mahu menyimpan sahaja alat-alat atau “gadget-gadget” hebat yang telah Allah swt sediakan khas HANYA untuk manusia supaya mereka hidup dengan makmur di muka bumi ini?

“Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya.”
(Surah Huud 11:61)

Sudah tentu kita kadang kala akan melalui sedikit kesusahan..kadang kala melimpah kemewahannya..kadang kala sedikit kecewa dan ada masanya gembira ceria sepanjang masa. Ini semua memang ada hikmahnya. Tetapi kita juga telah disediakan cara dan kaedah begaimana kita mengendalikan situasi kehidupan kita. Yang penting ingin saya tegaskan adalah kenali diri kita dan anda akan tahu betapa Allah itu Maha Besar. Tidak ada yang mistik keran setiap itu ada penjelasannya. Hanya kita mengetahuinya atau belum diizinkan oleh-Nya.

Seperti anda, saya juga berharap kita semua mencapai kehidupan yang sukses dan bahagia di dunia ini.

Salam Kemakmuran..
Amar Mahmood

Kenapa ada orang yang berjaya.. dan kenapa ada orang yang gagal?

Sunday, April 26th, 2009

Saya menceburi bidang pembangunan diri kerana soalan di atas. Semenjak dahulu lagi saya kerap memikirkan apakah sebab atau faktor yang menyebabkan sesetengah individu itu berjaya. Dan sebaliknya pula  kenapa  individu tertentu kerap mengalami kegagalan.

Saya PERCAYA setiap apa yang berlaku pada seseorang individu itu ada sebab dan munasababnya. Pasti ada penjelasan disebalik kejadian yang berlaku ke atas diri individu tersebut. Ini satu soalan yang sangat menarik untuk diperbincangkan kerana ramai dari kita ingin tahu rahsianya.

Menceburi bidang ini menyebabkan saya kerap diajukan soalan tersebut. Ramai  mahu tahu kenapa dan bagaimana mahu berjaya. Pengalaman saya menceritakan bahawa kejayaan dan kegagalan itu banyak bergantung kepada beberapa faktor. Ia tidak hanya bergantung kepada satu faktor yang mutlak. Ia adalah kombinasi dari beberapa faktor. Dan setiap individu itu akan mempunyai faktor- faktornya yang tersendiri  yang akan menjadi  penghalang kejayaan mahupun sebab  ia menuju kepada kejayaan.

Setiap insan dilahirkan BERBEZA. Ibubapa dan keluarga yang BERBEZA. Dibesarkan dalam suasana yang sangat BERBEZA Peluang yang BERBEZA dan pengalaman yang BERBEZA. Ini semua adalah faktor asas yang mempengaruhi proses seseorang individu untuk berjaya. Ada individu yang cukup dengan kata-kata motivasi dan inspirasi sahaja untuk mereka berubah dan berjaya. Mungkin ini adalah individu yang melalui pengalaman dan situasi yang tidak banyak menganggu kepercayaan diri mereka tentang kejayaan. Atau individu tersebut punyai KEKUATAN DALAMAN dan KEKUATAN MOTIVASI DIRI mereka sendiri untuk berubah.

Tetapi ada individu yang lain perlu melalui proses perubahan MENTAL dan EMOSI mereka dahulu sebelum berjaya. Selalunya individu ini adalah mereka yang pernah melalui peristiwa yang telah menganggu apa yang ada didalam diri mereka. Mungkin mereka pernah melalui beberapa kegagalan yang terus menghuni di dalam minda dan emosi mereka. Mungkin mereka pernah melalui “trauma-trauma” kegagalan yang menjadi penyakit di dalam diri mereka.

Anda tidak percaya…? Tahukah anda mangsa-mangsa penderaaan, penyiksaaan, rogol, kemalangan dan sebagainya mempunyai trauma-tauma mental dan emosi yang bersarang dan menganggu kehidupan mereka? Dan tahukah anda jika trauma-trauma ini dirawat secara fizikal dan motivasi biasa akan mengambil masa dan tempoh yang panjang? Malahan ada kebarangkalian besar luka trauma tersebut tidak dirawati atau dihadapi dengan betul. Malahan masalah inilah yang menjadi gangguan sepanjang kehidupan individu tersebut pada kemudian hari. Jika anda perhatikan, orang yang mempunyai masalah emosi seperti panas baran, mudah melenting, cepat kecewa, mudah putus asa dan masalah-masalah emosi yang lain kemungkinan mempunyai banyak isu-isu “mental dan emosi masa lalu” yang tidak diberi perhatian.

Cuba anda perhatikan dan bandingkan antara anak yang dibesarkan oleh ibubapa dengan penuh kasih sayang dengan anak yang melalui perpisahan antara ibubapa. Terdapat perbezaaan besar dan ketara dari segi sikap, pemikiran, dan emosi anak-anak tersebut. Peristiwa, pengalaman dan keadaan yang mereka lalui  telah menpengaruhi individu tersebut.

Begitu juga dalam proses kejayaan, jika ada yang pernah melalui kegagalan yang teruk atau dibesarkan dalam keluarga dan masyarakat yang gagal dan kurang berjaya, isu-isu “mental dan emosi” perlu diatasi. Pendekatan minda dan emosi perlulah digunakan. Selalunya motivasi dan inspirasi tidak mencukupi. Terapi dan pendekatan minda dan emosi adalah kaedah dan pilihan yang terbaik.

Bahkan bagi individu yang mempunyai masalah-masalah “trauma” dan “gangguan” yang lebih mendalam seperti gangguan semasa individu masih bayi, masalah individu semasa di dalam kandungan ibu (kesan emosi dan mental ibu semasa mengandung) hingga kepada isu keturunan, baka dan genetik (DNA) yang melekat pada tubuh individu tersebut boleh menjadi faktor-faktor mempengaruhi proses kejayaan individu (sila rujuk DNA Healing dan kajian jurnal sains DNA tentang kesan pada saikologi manusia). Maka disinilah selalunya hadir pendekatan yang lebih mendalam dan menyeluruh seperti pendekatan penyembuhan energi (energy healing) dan penyembuhan kerohanian (spiritual healing). Ini semua elemen dari “mind,body and soul” yang menyentuh hingga pada elemen-elemen yang halus di dalam diri seseorang individu. Mungkin tidak ramai individu yang menyedarinya, Tetapi pengalaman saya menunjukkan ada individu yang perlu melalui pendekatan ini. Mana tahu mungkin anda salah seorang darinya…..siapa tahu?…

Kerana itulah setiap individu berbeza. Proses kejayaan mereka juga berbeza-beza dan faktor-faktor kejayaan mereka juga berbeza. Justeru  pendekatan yang HOLISTIK dalam bidang pembangunan diri ini adalah satu option atau alternatif bagi ramai individu. Sebenarnya, Ini jawapan saya bagi yang bertanyakan kepada saya kenapa saya membawa pendekatan holistik dalam bidang ini. Pandangan saya ialah setiap manusia mengalami peristiwa dan pengalaman yang berbeza. Satu cara bukan penyelesaian tetapi beberapa cara adalah pilihan buat mereka yang pernah melalui cara yang mereka pernah gunakan sebelum ini.

Manusia itu bukan terdiri dari satu elemen sahaja. TETAPI manusia itu mempunyai elemen fizikal, mental, emosi dan juga kerohaniannya. Jika kita katakan manusia itu “psychical being” kita tidak salah tetapi kurang tepat..kerana manusia itu juga adalah “spiritual being”. Jika kita katakan manusia itu nampak (tubuh) dan fizik juga tidak salah tetapi tidak cukup kerana manusia itu tidak nampak (roh) dan metafizik.

AMAR MAHMOOD

Psikologi Sukses: Apakah yang kita boleh belajar dari Insan ini?

Thursday, August 28th, 2008


Foto dari: Mstar.com

Suka atau tidak suka, sesiapa yang ingin memahami sains atau prinsip-prinsip mendapatkan kejayaan perlu belajari dari insan di atas. Di sebalik ramai individu yang mengatakan beliau “tidak releven”, “mustahil akan muncul lagi dalam politik”, “sudah menjadi sejarah” dan berpuluh-puluh perkataan yang digunakan untuk menunjukkan beliau tidak akan mampu muncul kembali dalam pentas politik. Pasti ramai musuh beliau yang ternganga dan terdiam.

Kunci yang ada pada beliau yang perlu diambil dan dipelajari oleh setiap insan yang ingin berjaya adalah “Burning Desire” atau “Keinginan yang membara”. Napolean Hill pertama kali menyebut rahsia kejayaan ini di dalam buku beliau iaitu “Think and Grow Rich” seawal bab pertama di buku tersebut. Atau anda boleh panggil ia “matlamat atau impian”. Saya sudah dengar dan pernah baca bagaimana DSAI berulang dan ulang kali menyebut dan menekankan impiannya. Beliau sebut dan sebut di setiap pentas yang beliau berdiri (satu affirmasi yang tersembunyi).

Ramai dari kita yang tahu…apakah yang beliau inginkan. Apakah visi dan misi yang kerap disebut-sebut. Pernahkah anda mendengar cerita katak yang berlumba untuk memanjat menara yang tinggi?

Jika anda pernah mendengar cerita tersebut, pasti anda tahu apakah salah satu rahsia untuk berjaya. Bagi yang tidak pernah dengar ceritanya…saya beritahu anda hari ini rahsianya. “PEKAKKAN TELINGA  ANDA DARI KATA-KATA NEGATIF ” dari orang sekeliling!

AMAR MAHMOOD