Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

October 17th, 2008 at 4:25 pm

Mencari PenCERAHan…

Hingga kemarin….minda ini masih bisu.

Jari jemariku lemah dan lesu.  Fikiranku terbang bukan di sini tetapi melepasi dimensi mentalku.

Apakah roma-romaku ini tahu?

Tetapi aku bersyukur….

Aku masih mampu belajar dan mempelajari.

Biar kering air di dahi ini. Biar sunyi di dalam gegendang telingaku…aku terus bersyukur.

Aku pasrah….dan Aku berserah….

Hari ini aku melihat PENCERAHAN!

October 16th, 2008 at 12:19 pm

Pengumuman: Reiki i-Medic

mastershifoo

Pada 21hb September 2008 yang lalu, buat PERTAMA KALINYA IQBC Sdn Bhd telah MELANCARKAN LOGO bagi Pusat Rawatan Reiki iaitu REIKI i-MEDIC. Dalam artikel PELANCARAN LOGO Reiki i-Medic pada 28hb September, 2008 yang lalu; saya juga telah WAR-WAR kan tentang PUSAT RAWATAN REIKI i-MEDIC, BANGSAR dibawah kelolaan Master Nurulhuda Azizan (penerima tauliah sebagai Juruterapi kanan IQBC) & Master Jehanshah Tan Sri Dato’ Hanafiah. Alhamdulillah, segala persiapan berjalan lancar dan kini centre tersebut telah memulakan operasinya.

HARI INI, sukacita saya maklumkan bahawa MAJLIS PEMBUKAAN REIKI i-MEDIC, Bangsar & Jamuan Eid’ul Fitr AKAN DIADAKAN seperti butiran berikut:

Hari : AHAD 19hb October, 2008 bersamaan 19hb SYAWAL, 1429

Masa : 3.30 petang - 6.30 petang

Lokasi : REIKI i-MEDIC Bangsar, 2-0-1, Kompleks Niaga Utama, Jalan Bangsar Utama 1, Bangsar, KL.

Saya mewakili Master Nurulhuda & Master Jehanshah dengan ini menjemput semua kenalan & keluarga MIR serta mereka-mereka yang mendokong amalan REIKI untuk hadir ke majlis tersebut. Mudah-mudahan kehadiran dan DOA kalian akan menambah barakah & rahmat untuk Majlis tersebut.

MASTER G

Selanjutnya KLIK :http://mastershifoo.wordpress.com/

October 7th, 2008 at 1:05 pm

Raya dan Blog…

Raya kali ini, saya dan keluarga sambut dengan ringkas dan meriah. Berkumpul bersama ahli keluarga memang mengembirakan.  Pelbagai cerita dan kisah bertukar ganti. Yang muda memohon ampun manakala yang tua saling bermaafan antara satu sama lain. Kebanyakan ahli keluarga saya hanya sekitar Bandar Melaka sahaja. Kecuali seorang adik lelaki yang bermastautin di Kuala Lumpur.

Makan memang tidak usaha cerita… penat makan dan jadi malas kerana terlebih makan. Jadi terpaksa ambil penghadam perut supaya perut jadi lebih lega dan selesa.

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah mengirimkan ucapan Eid Mubarak. Baik melalui blog ini, email dan juga SMS. Moga kita semua  diberkati dan diberi kesejahteraan oleh Nya.

Selepas raya, blog ini masih sunyi. Mungkin dengan mood raya atau minda jadi sedikit kelu untuk mula berbicara. Memang ada yang bertanya bila nak update cerita baru. Haha…sebenarnya, sebab pertama lambat nak update kerana kapasiti disk hosting blog ini sudah hampir penuh. Walaupun sudah kerap ditambah kapasitinya, tetapi kerana saya kerap menulis maka cepat penuh disk hosting yang saya sewa ini. Insya Allah..beberapa hari ini saya akan membuat penambahan sedikit kapasiti baru blog ini. Mudah untuk menulis dan boleh pelbagaikan gambar dan informasi nanti.

Sebab keduanya mungkin saya sedikit sibuk mengemaskini perancangan dan bahan untuk buku dan modul latihan. Sambil itu juga sedang ambil advance course dalam Mind Science. Jadi kena banyak mentelaah dan membuat kajian sedikit.

Ini memyebabkan saya perlu membahagi-bahagikan masa yang ada di sebelah malam.

Bagaimanapun…Insya Allah, saya akan mendisiplinkan diri untuk terus berkongsi dan bercerita di sini. Moga semua mendapat manfaat dan berguna untuk kehidupan kita semua.

September 28th, 2008 at 12:39 am

Salam Aidilfitri Buat Semua

Eid Mubarak

Tak beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut kedatangan Syawal dengan KESYUKURAN dan KEMENANGAN. Ramai yang sudah mula bergerak ke destinasi masing-masing untuk menyambut hari kemenangan tersebut bersama keluarga tercinta.

Kemungkinan dua-tiga hari ini saya mungkin agak sibuk dengan persiapan dan melayan adik dan keluarga yang mula pulang untuk beraya di Melaka.

Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SALAM dan SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI buat semua rakan-rakan dan pembaca yang selalu singgah ke blog ini. Andai ada sebarang kesilapan dan tersalah dalam penulisan saya di sini, mohon maaf baik yang zahir mahupun yang batin. Sebagai manusia, kita tidak dapat lari dari kelemahan dan melakukan kesilapan.

Saya doakan kita semua menyambut hari kemenangan ini dengan rasa syukur dan penuh kegembiraan di samping keluarga dan orang yang kita cintai. Moga sepanjang perjalanan kita pergi dan balik sentiasa dilindungi dan dipermudahkan oleh Allah SWT…ameen.

 AMAR MAHMOOD & KELUARGA

28 Ramadhan 1429

amar_sukses@yahoo.com

September 23rd, 2008 at 12:41 pm

Dari Fizik ke Metafizik: Mencari “Malam Rahsia”

Dua hari lepas anak sulung saya bertanyakan tentang malam Lailatul kadar. Isha-nama panggilannya bertanya “Kenapa kita tidak diberitahu bilakah akan berlakunya malam Lailatul kadar?…Kan kalau kita tahu, bolehlah kita berdoa sepanjang malam tu.”

Saya hanya tersenyum dan menjawap; “Sebenarnya, malam tersebut sengaja dirahsiakan kerana mempunyai hikmah. Hikmah tersembunyinya adalah supaya kita mempergiatkan atau memperkuatkan ibadat dan amalan kita sepanjang 10 hari terakhir bulan ramadhan” Bukannya semakin sibuk dengan persiapan menyambut syawal.”

Anak saya yang berumur sembilan (9) tahun itu mengangguk dan terus tersenyum. Sebenarnya, itulah juga jawapan yang pernah diberikan oleh seorang tok guru agama saya ketika saya berumur lingkungan sepuluh tahun.

Itulah hikmah tersembunyi yang semakin hilang dan tidak difahami oleh kita. Jika kita melihat sekeliling kita; tampak sepuluh hari terakhir ini menjadi malam “bikin duit” atau malam buat kuih atau sebagainya untuk persiapan menyambut syawal. Bazar ramadhan dipanjangkan hingga menjejak ke subuh.  Pusat membeli belah menlanjutkan tempuh operasi hariannya. Pesta-pesta jualan semakin penuh dengan manusia usai waktu berbuka puasa.

Hikmahnya sepuluh malam terakhir ini TAMPAK makin NIPIS dan KELAM. Saya termenung mengingati suara lembut tok guru saya atas pesan beliau itu.

Sebenarnya malam LAILATUL KADAR adalah satu malam metafizik yang penuh dengan rahsia dan hikmah. Seperti mana yang berlaku pada malam ISRA’ dan MIKRAJ.  Islam sebenarnya penuh dengan isi yang TERSIRAT dan TERSURAT.  Dari kalimah syahadatnya, solatnya, puasa dalam ramadhan, zakat fitrah hingga ibadat hajinya. Belum lagi kisah-kisah Nabi-Nabi yang banyak menceritakan kisah secara fizikalnya. tetapi mempunyai hikmah secara metafiziknya. Cuba ingat semula kisah bagaimana Rasulullah saw “dibedah” oleh Malaikat Jibrail untuk dibersihkan hati @ qalbunya.

Terlalu banyak pekara metafizik yang telah dikupas oleh ulama-ulama dan ahli –ahli pemikir Islam dahulu  tetapi semakin dilupakan oleh kita.  Malam Lailatul kadar akan terus menjadi malam yang penuh dengan rahsia misteri metafiziknya. Ia bukan untuk dicari-cari tetapi ia akan dibuka pada mereka yang layak. Hanya mereka yang dihijapkan akan dapat melihat malam rahsia itu.

Wallahu’ Alam…..

Amar Mahmood